Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 30 April 2011

~Tamat Sudah~

Exam sem nie pun suda..

Kini, masa tuk packing barang and then blk kampung..

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat mengakhiri sem nie dengan pelbagai kenangan suka dan duka..

Walaupun ia telah berlalu aku akan kenang sampai bila..

Bagi aku sem nie yang banyak memberikan cabaran buatku..

Dengan pelbagai rintangan, masalah, tension dsbnya..

Aku pun xtahu mengapa sem nie begitu banyak dugaan yang terpaksa aku hadapi..

Teringat lagi kata-kata “ X sempurna hidup seseorang itu tanpa sebarang dugaan ”..

Dugaan mematangkan kita..

Walaupun dugaan mendatang, aku x pernah mengalah..

Ia benar-benar menguji kesabaranku..

Mungkin ada hikmah di sebiliknya kita x tahu kan..

Setiap kali dugaan mendatang, aku hanya bersabar selagi termampu..

Dan berdoa pada Mu Ya Allah moga masalah ini di selesaikan..

Allah hendak menguji kesabaran keatas hambaNya dalam mengahadapi dugaannya..

Satu sem aku dselubungi masalah stduy kat sini..

Macam-macam masalah..

Tapi aku x mahu mengungkitnya kembali..

Yang berlalu biarlah berlaku..

Masalah 2 yang aku x tahu mana silapnya aku..

Tutt..Tutt..

Libatkan aku jugak..

Memang tension time 2..

Xterungkap dengan kata-kata..

Allah saja yang tahu..

Sampai satu masa 2, aku stress sangat..

Xtau la naper xleh kawal stres time 2..

Sampai tekanan darah aku naik mendadak..

Masih lagi aku ingat satu hari 2 aku hampir-hampir pitam..

Berat badan mula merosot..

Tapi kini, alhamdulillah semua masalah 2 aku sudah settlekan..

Harapan aku agar sem-sem seterusnya xkan berulang lagi..

Memang perit jika situasi 2 kalau xsettle lagi..

Aku mesti kuat, Aku mesti tabah..

Kini senyuman kebahagiaan terpancar di bibirkan..

Walaupun di dalam hati tersimpan dengan suka duka yang xkan aku lupa..

Jumpa lagi sem depan..:)

p/s:Penat packing barang coz hari nie dah nak balik kampung..hoh0

Jumaat, 29 April 2011

Projek Geografi OR Exam Paper???


Pening tol bila 2 perkara kita minat..
And then, kita diberi peluang utk memilih salah satu jew..
Ades..
Inilah situasi aku sekarang..
Tak tahu antara 2 yang mana lebih better..
Xtau nak buat pilihan..
Bimbang tersalah pilih x pasal2 nyesal nanti..
Hope ok pilihan yang aku buat nie..
Nak tau apa???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nie ha, aku sekarang tengah pening nak pilih Projek Geografi or Exam Paper untuk semesta depan..
Bolehkah aku berani ambil risiko untuk ambil projek or exam paper..
Kalau ambik projek, aku dah ada sikit2 basic apa yang aku buat kajian luar sem2 lepas..
Bagi aku kedua-dua pilihan nie sama penting bg aku..
Projek Geografi
OR
Exam Paper
Kalau aku ambek Projek Geografi kelebihannya spt:
:::BOLEH KE LOKASI KAJIAN LAPANGAN DAN MAKMAL :::
Xla boring sangat asyik duk dalam dewan kuliah jew..
Antara Lokasi Kajian yang pernah aku buat sekitar Penang & Perak..
Memang best giler..
Tapi penat sikit coz berpanas terik,hujan semua ada..
Tapi aku rasa enjoy aktiviti macam nie..
Kerjanya kumpul data dan analisis kat makmal..
Confirm la tiap2 minggu duk lam makmal..
:::UNIT YANG BANYAK:::
Kalau ambek Projek x silap aku 3 unit kot tuk 1 sem..
Tempoh projek nie 1 sidang..
Jadi kalau 2 sem 6 unit kot..
Kalau xsilap aku..
Nanti aku check balik..
Kalau dpt A projek nie silap-silap dapat ANUGERAH DEKAN tau..
:::XDE EXAM PAPER, XDE KULIAH DAN XDE TUTORIAL:::
Nie yang aku nak dengar nie..
Bestkan 1 sidang xde exam,kuliah dan tutorial kalau aku ambil Projek Goegrafi..
Sebelum nie, semua unit tuk semesta berdasarkan exam paper..
So, ini adalah masanya untuk aku belajar dan cari pengalaman yang lebih mendalam jika aku ambil Projek Geografi..
So, pilihan ini semua di tangan aku..
p/s: Budak nie (Ayie) lebih berminat Projek Geografi..So, kalau korang ada pendapat sila bagi cadangan yea..hehe

Khamis, 28 April 2011

Di Saat Aku Mencintaimu..:)

Bestkan lagu nih..

“ Di Saat Aku Mencintaimu ” dinyanyikan oleh Dedali..

Malam nie nk tenangkan fikiran setelah 2 minggu tension dengan exam..he2

So, hari last paper aku..

Rasa ringan sikit bebanan bila exam abes..

Jom layan lagu jiwang nie..

Asyik layan lagu teringat plk masa Dinner Kelab Geografi yang aku join hari 2..

Teringat plk bila dipaksa karoake coz menang Anugerah King , pastu kena nyanyi lagu Cinda-Siti Nurhaliza..

Ada ke patut???

Memang xpatut..haha

Masa 2 xtaula feel camnew coz aku xpernah karoake cam geng2 aku yang laen..

So, karok jew la..

Sah suara aku masa 2 sumbang..Malu2..

Aku kena nyanyi lagu perempuan, memang larik lirik..haha

Nie kerja kawan aku la Sapik suh karok Lagu Cindai..

Kalu lagu laki bolehla jugak..

Cam lagu Anuar Zain ke “ Sedetik Lebih “, Aizat ke, dan bla..bla..

Lepas 2, apa lagi rasa best plk karok..

Biasa suara sumbang pun..kakakaka..

Hari 2 karok lagu Saleem (Tinggal Kenangan), Wali Band (Cari Jodoh) dan yg paling aku suke karok lagu Dedali nie..

Memang best..Gamat sikit suasana dinner 2 dgn suaraku yang sumbang ini..haha

Lagu Dedali nie aku nyanyi berduet dengan member aku..

Dia budak Sejarah, namanya Najwa..

Dia xpe suara sedap coz selalu karok..hehe

Aku pakai hentam jew nyanyi..

Sedap ke x taula..

Yang penting kita happy..

Najwa kata lagu Dedali nyanyi agak sedap jgkla..

Tp aku xsure suara aku sedap ke x..

Siap mintak video lagi..

Tapi sayang  kat video 2 coz cameraman Syukri record sekejap jew..

Ruginya..

May be cameraman duk nyanyik jugak tengok aku berduet..haha

Sabor jew la..

p/s: So, siapa2 yang stres dgn exam 2 blh la try karok..Asyik study je..Confirm blh hilangkan tension bila karok..Tgk budak 2 (Ayie) bila dah karok sekali tentu nak lagi..Aiyaaa..

Isnin, 25 April 2011

Raja Segala Buah

Sedapnya buah nie..

Korang pasti suka jgk buah nie..

Tapi buah nie ikut musim jgk..

Kalau xada musim buah nie usah carila mana2 tempat xde..

Nak tahu buah apa???

Buah nie Raja segala buah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Buah durian..hehe






 
Bestkan buah durian nie..

Tambahan rasa yang sedap dari segi bau..

Menusuk aroma hidup sesiapa sahaja..

Sekarang nie musim dah musim durian bolehla beli kat pasar-pasar..

Kalau yang ada kebun lagi best..

Just kutip buah yang gugur dari pokok dan makan terus kat kebun..

Oh, no..bestnyeee..

Ayie suka durian kampung daripad durian dari luar negara..

Dari segi rasa isi buah durian best durian kampung..

Rasa lemak dan enak membuatkanku nak makan lagi..

Warna isi yang kekuningan..

Hurmm..

Xleh cakap lebih nanti meleleh plk air liur nie..hehe

Kat Penang, Ayie dengar kawan2 Ayie kat durian dari Balik Pulau sedap..

Xtau la, may be sedap kot sebab Ayie xpernah makan lagi durian kat sana..

Nantila ada masa Ayie cuba..

Tapi kalau durian yang ada isi merah belum makan lagi..

Macam sedap jgk nih..

Kalau musim durian, emak Ayie suka buat pulut durian..

Fuhh!!!Sedap sehingga menjilat jari..

Pulut+Isi durian+Santan+Gula/Gula Melaka..

Selain 2, buah durian kat suka bubuh dalam budu campur cili cicah ulam..

Orang Kelantan kata “Meme nyakut molek”..

Nenek Ayie juga kalau ada durian yang lebih buat tempoyak..

Menyelerakan makan tempoyak terutamanya masak asam pedas tempoyak,ikan bakar tempoyak..

Yang paling biasa kat Kelantan tempoyak bubuh dalam budu..

Sedap dan membangkitkan selera makan..

Cicah pulak dgn petai, jering dan buah kerdas..

Lagi sedap..

Xcaya cubala..

Makan sekali tentu nak lagi..

Kalau buah durian banyak sangat xnak bagi membazir orang akan buat lempuk..

Warna dia keperang-perangan..

Ayie suka makan lempuk durian nie..

Rasa manis-manis durian..

2 jew entry kali nie..

p/s: Tengah mencari buah durian sekarang..Mengidam kot..hahaha

The CG Boys Birth Day

Satu sejarah yang menabjukkan..

Nak tahu kenapa???

Memang ia satu kebetulan..

Inilah “ The Cg Boys”..



Nama group kitaorang masa class HGT dulu..

Sampai kini nama 2 masih mekar di hati semua..

Berbalik pada topik asal..

Bulan April nie memang bertuah bagi kitaorang..

Birth Day group Ayie..

Semuanya bulan April kecuali Ayie tersasar jauh di bulan 6..

Birth Day pertama adalah Nazrul pada 22 April..

Birth Day kedua Husrun pada 23 April..

Masih panas-panas lagi Bufday kawan Ayie sorang nie..

Tarikhnya 25 April..

Dia adalah Kucai atau Khusyairi..

Dan akan menyusul adalah bufday Adi pada 30 April..

Penutup bulan April..hehe

Paling last for bufday “The Cg Boys” ialah Ayie pada 7 Jun..

Sedihnya, sambut bufday kat kampug coz cuti sem..

Bertuah mereka semua nie..

Lagi best bila dpt sambut sekali kelima2 org nie..

Saper nk sponsor kek???

Angkat tangan macam saya..haha

Apapun Ayie mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke-22 tahun semua..

Tua suda..

Nah potong kek nie..

Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahgia selalu..Amin2


Sabtu, 23 April 2011

Andai Dapat Ku Undurkan..

Jasamu Cikgu-STPM

Salam..Entry kali nie Ayie nk share kenangan bersama2 cikgu Tingkatan Enam di Smkce 2007/2008..



Banyak kenangan manis berselit suka duka selama 2 tahun Ayie melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam..

Kini, sudah menjangkau 2 tahun lebih Ayie meninggalkan kenangan lalu di Tingkatan Enam..

Rindu kat cikgu2 Ayie..

Mereka banyak berjasa pada Ayie dan rakan-rakan seperjuangan berjaya hingga ke peringkat universiti..

Banyak ilmu-ilmu dicurahkan tanpa mengenal erti penat lelah mengajar kami..

Kini, Ayie berasa bangga kerana jasa-jasa cikgu2 dulu Ayie sekarang berjaya dan tinggal setahun lg untukku mendapatkan ijazah..

Ok,serba sedikit tentang kenangan Ayie bersama cikgu2 yg power blako..

Ayie masa tingkatan Enam ambek aliran ekonomi tp xminat pun ekonomi..

Ayie lebih minat pada Geografi..

Alhamdulillah, sampai kini Ayie masih meneruskan pengajian dalam bidang Geografi..

Class Ayie masa tingkatan enam 6 ATAS 1 yang hanya ada 2 putra dan 20 lebih putri..

Sapa lag putra 2 kalau bukan Ayie dan sorang lagi kawan Ayie, Shah namanya..

Guru class Ayie masa 2 Cikgu Rosmani..

Ramai suke kat cikgu nie yg peramah, suka buat lawak dan macam2 lg..

Memang happening satu class bila cikgu Ros mengajar..

Beliau mengajar Ayie dlm bidang Sejarah Malaysia..

Dalam class xsah kalau xgelak coz cikgu nie suke buat lawak jenaka..

Samapai kawan-kawan dan Ayie sendiri menjadi bahan jenaka cikgu..

Al-maklumla cikgu sejarah..

Xnak bagi studentnya mengantuk..JJJ

Cikgu nie juga kuat bagi motivasi suruh belajar bersungguh2..

Org Kelantan sebut “ Mengepek biar buih mulut-mulut nok suruh anok murid berjayo sumo ”

Sampai sekarang masih teringat kata-kata cikgu itu..

Cikgu sejarah sorang lagi namanya cikgu Sanusi..

Beliau mengajar dalam Sejarah Tamadun..

Nampak gimik muka macam serius..

Tp beliau ok dan sporting..

Dalam class sambil mengajar cikgu nie suka buat joke..

Sampai kitaorang kecut perut asyik duk tergelakan jenaka 2..

Cikgu Bahasa Melayu Ayie yang mengajar BM 1 yg ada fonologi,sintaksis,semantik dan sewaktu dgnnya..hehe

Cikgu nie pun memang sporting..

Berbagai2 cara cikgu mengajar kami coz faham2 jew la nk ingat BM 1 susah sikit..

Lebih2 lagi bab fonologi..

Hurmm..Macam2 bunyi kuar dan nk hafal bunyi-bunyi yg dihasilkan oleh mulut..

Walaupun susah bab nie, teknik yg diajarkan oleh cikgu Noor Aini ini amat kami banggakan..

Terima kasih cikgu yg xjemu2 ajar kami..JJJ

BM 2 yang meliputi kesalahan bahasa dan karangan..

Cikgu yg mengajar Ayie siapa lg kalau bukan cikgu yg digeruni oleh studentnya..

Cikgu Asmawati, beliau garang tapi beliau baik..

Masih ingat lagi, masa cikgu nie semua student class Ayie senyap dan sunyi..

Faham-fahamla yer kenapa..hehe

Cara pengajaran cikgu nie juga berkesan..

Contohnya, masa Ayie belajar dulu setiap minggu ada homework karangan,kalau cuti jew karangan mesti double..

Kena cari artikel lg..

Tp cara nie mmg berkesan sehinggalah ramai yg berjaya dlm peperiksaan STPM dgn cemerlang..

1 lagi bila exam macam pertengahan tahun kalau xlulus kena rotan..

Sebab penangan rotan 2 jugaklah ramai yang lulus dgn jaya dlm STPM dan berjaya ke universiti..JJJ

Paling Ayie x minat matapelajaran masa tingkatan Enam adalah Ekonomi..

Xtaula kenapa, masa f5 minat pulak..

Ekonomi 1 atau Mikroekonomi diajar oleh cikgu Mazlan..

Perlbagai latihan diberikan dlm class..

Paling Ayie minat masa cikgu nie mengajar bab yg ada keluk-keluk..

Tp kalau bab pengiraan, hurmm sabo jew la..

Suka buat lawak jenaka jugak dlm class sampai xkering gusi asyik gelak..

Cikgu Ekonomi 2 atau Makroekonomi diajar oleh cikgu Najib..

Makro paling Ayie xminat coz dia meliputi aspek yg luas..

Tp alhamdulillah bila exam STPM Ayie lulus jugak..JJJ

Cikgu MUET Ayie masa 2 cikgu chan dan cikgu Wan Latifah..

Best dpt belajar dengan cikgu2 nie..

Bagi matapelajaran yang Ayie paling minat xsalah lagi kalau bukan Geografi..

Cikgu Azah org yg penting dlm pengurusan tingkatan Enam dan PERTINA di samping cikgu-cikgu yg laen..

Cikgu nie mengajar Ayie dalam Geografi Manusia..

Suka sangat pengajaran cikgu nie..

Macam universiti dah coz ada pembentangan n buat nota jawapan exam mengalahkan tesis..

Alhamdulillah berkat cikgu mengajar Ayie, STPM bagi matapejaran cikgu Ayie lulus dgn cemerlang..JJJ

Cikgu mok panggilan manja oleh students..

Cikgu mok atau cikgu Wan Siti Aminah mengajar dalam Geografi Fizikal..

Best sgt belajar dgn cikgu mok..

Banyak ilmu-ilmu berguna yg Ayie dapat..

Selalu buat lawak jenaka..

Tp xtau la masa 2 ramai yg kata Ayie nie anak murid kesayangan cikgu nie..

Xtau la,no komen..hehehe

May be muka Ayie ada iras-iras AZ (Anuar Zain)..poyo giler diriku ini,haha

Xtipu, tp ini luahan sendiri yg dikuarkan dari mulut cikgu mok ini..

May be juga cikgu nie peminat AZ kot..heheJJJ

Pengajian Am, subjek yang paling penting..

Xlulus student kena repeat blk..serammm

PA 1 (Kenegaraan) diajar oleh cikgu Mat Rani..

Beliau suke jgk buat joke..

PA 2  pula diajar oleh cikgu Adnan..

Seorang yang baik juga..

Rindu semua cikgu2 masa tingkatan Enam..

Betapa ku rasakan betapa pentingnya dan jasa-jasa cikgu kpd anak didiknya berjaya..

Terima kasih cikgu..

Jasamu tetap akan ku kenang sampai bila2:)

JJJJJJJJJJJJ

Jeruk Buah Di Chowrasta

Salam..Awl bangun Ayie bangun hari nie..

Hari nie nk share pasal entry tempat menarik kat Penang..

Pernah datang Penang???

Walaupun byk tempat menarik kat sini rasa xlengkap kalau xpergi Pasar Chawrasta berdekatan Komtar..

Nie la Pasar Chowrasta..

Nak tahu kenapa???

Kat sini famous dgn jeruk buah-buahan..

Macam2 ada..

Buah salak,pala,jambu dan byk lg..

Xcaya pergilah tgk..

Korang just sediakan duit jew..

Jeruk buah nie kalau xbeli rugi tau coz rasa dia yg sedap..

Rasa tempat laen xde jual jeruk buah cam kat Penang nie..

Igt petang nanti Ayie nak pergi sana nak beli jeruk sebelum balik kampung minggu depan..

Sebagai buah tangan dari Penang utk keluarga..hehe

Nie masa Ayie pergi Chowrasta tahun lepas..

Kat sini jugak ada jual rojak buah..

Hari rasa nk try beli..

Orang kata sedap..

Blhla buat balik makan dgn mangga kat umah yg berbuah 2..

Korang kalau datang Penang singgah2 la kat sini yea..
Tengokla pic jeruk buah 2..Terliur..