Tinggal beberapa hari lg nk Raya Haji..Tanggal 17/11/2010,umt Islam bakal merayakan Hari Raya Aidiladha,Haji,Korban..Hari raya ini diraikan seluruh umat Islam seluruh dunia..Boleh la Ayie mkn daging lembu korban yg dimasak ma nanti(sup tulang,daging goreng,daging bakar & byk ag).Yum2 sedapnya..Kegemaranku 2..hurmmm..Xsbrnya nk blk raya..Sabar2..16/11/10 Ayie akn blk kg..hehe..Sebelum 2 pernah x korang tahu peristiwa di seblk Hari Raya Aidiladha yg kita sambut nie..
Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Nabi SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eid al-Adha dan Eid al-Fitr" (HR AbuDaud & an-Nasaei)
Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah hari kebesaran umat Islam dan kita diseru bertahmid dan bertakbir ketika meraikannya. Keagungan Aidiladha yang sarat dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku muslim. Pada bulan Zulhijah, sebahagian umat Islam akan berbondong-bondong menyempurnakan rukun Islam kelima di tanah suci. Pada ketika itu, sekiranya kita berada di sana maka kita pasti akan merasa insaf dan takjub dengan kehebatan suasana mahsyar yang dijanjikan Allah SWT. Kita boleh bayangkan bagaimana manusia akan dikumpulkan dalam pelbagai ragam dan keadaan. Ada yang sedang menerima siksaan pada ketika itu dan ada juga yang merasai kenikmatan ibadahnya sewaktu di dunia.
Mari kita teladani kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail AS dalam mentaati dan berkorban demi memperoleh redha Allah. Mari kita lihat manifestasi kecintaan kedua-duanya kepada Rabb mereka.Apabila Nabi Ibrahim menghadapi dilema, antara perintah Allah untuk menyembelih anak yang dicintai dan tanggungjawabnya sebagai hamba-Nya, sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Allah SWT melalui firmanNya:
“Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: maka fikirkanlah apa pendapatmu?” [As-Soffat :102]
Lalu Nabi Ismail menjelaskan kekalutan yang dihadapi ayahandanya dengan menegaskan,
“Jalankanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [As-Soffat:102]
Satu jawapan first class honour daripada seorang anak yang soleh yang jelas menunjukkan tiada apa yang ingin dikejar dalam kehidupan di dunia ini selain redha Allah SWT. Tanpa memikirkan riwayat hidupnya akan tamat, baginda menerima arahan daripada CEOnya dengan redha manakala si ayah pula dengan penuh taat melaksanakannya tanpa mempersoalkan perintah itu. Barangkali kita banyakkali berdalih dalam melaksanakan perintah Allah. Acap kali kita mencari alasan untuk menangguh atau tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Mungkin juga, kita pernah mempersoalkan kenapa kita dilarang melakukan sesuatu dosa dan kenapa kita perlu melaksanakan perintah Allah. Beristighfarlah sahabat-sahabat jika persoalan tadi pernah terlintas di hati atau pernah dimanifestasikan dalam tindakan kita.
Cuba kita renung kembali sirah tadi. Sejauh mana kita telah melaksanakan tujuan kita berada dibumi Allah ini. Sejauh mana usaha, gerak kerja dan pengorbanan kita untuk deen kita. Sebanyak mana titis peluh yang telah dicurahkan untuk menaikkan martabat agama dan Negara kita. Kita tidak tahu selama mana jantung kita mampu mengepam darah ke seluruh badan kita, se-efektif mana paru-paru mampu menukar oksigen dengan karbon dioksida, setajam mana otak mampu mengawal tubuh badan kita, sekuat mana ginjal mampu menapis darah kita dan kita tidak tahu bilakah fungsi organ badan yang lain ini akan dihentikan oleh Allah SWT.
Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah. Kisah sirah tadi telah mengajar erti pengorbananyang sebenar. Setiap daripada kita pernah berkorban untuk sesuatu. Sebagai mahasiswa, kita berkorban masa dan tenaga untuk setitik ilmu yang berguna. Sebagai seorang sahabat, kita berkorban harta dan jiwa demi harga sebuah ukhuwah yang mantap. Sebagai seorang hamba-Nya, kita berkorban segala-galanya semata-mata untuk mengejar Mardhatillah iaitu keredhaan Allah SWT.
Ayuh! Berikanlah sumbangan, cadangan dan teguran yang membina untuk renungan bersama.
Firman Allah SWT:
“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”[Al-Maidah:2]
Diharap kisah tersebut dpt dijdkan pengajaran sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha ini..Di kesempatan in, Ayie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiadha Maaf Zahir & Batin kpd semua umat Islam terutamanya kpd sahabat Ayie dan keluarga Ayie tercinta..Kpd sahabat Ayie yg xdpt blk raya 2, SYUKRI,YONG,FIZA dan sahabat2 lain Ayie ucapkan selamat hari raya jgk..Maklum sajalah ramai sahabat2 Ayie yg xdpt blk ke kg disebabkan kesuntukan masa,mggu examla katakan..hehe..Mereke 2 kuat study..hehe..Apapun raya2 jgk,study 2 jgn lupa cz exm 2 masa depan kita..Mohon maaf jika Ayie ada buat salah silap pd kawan2 cz setiap2 manusia xdpt lari drp kesilapan..Di hari yg mulia ini marilah kita bermaaf-maafan antara satu sama la..Klu buat kenduri raya 2 jgn segan2 jemput Ayie erk!!!hehehehe.. <(V___V)>
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR & BATIN..
.*.*.*.*Ikhlas Daripada Hairi Sekeluarga.*.*.*.*.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan