Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 30 September 2011

LIBAS

Movie pilihanku ialah LIBAS..
Dah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 29 September 2011..


Antara para pelakon dalam movie nie Rosyam Nor sebagai Raja Libas, Scha sebagai Ratna, Johan Raja Lawak sebagai Hamadi, Beego sebagai Megat, Mohd Fadzly bin Kamarulzaman sebagai Kumok, Mohd. Razib sebagai Jurulatih Malaysia, Z.Zamrie sebagai Aek Mangkorn, Taiyuddin Bakar sebagai Sukchai, Adam Corrie sebagai Propchai, Yank Kassim sebagai Jurulatih Siam, Sabri Yunus sebagai Hj Hasbullah Awang, Sathiya sebagai Mamak, Johan Abdullah sebagai Mr. Wilson.

Berikut adalah sinopsis cerita LIBAS:


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya…

AYIE PUTRA berkata-kata: Suka tengok drama " Gelora di Hati Sara " arahan Rosham Nor..




LELAKI atau SUAMI

Peringatan buat diriKU, LELAKI or SUAMI..



AYIE PUTRA berkata-kata: Renung-renungkan dan selamat beramah..


 

Thanks..

Thanks to someone yang sudi belanja kitaorang makan KFC tadi..






AYIE PUTRA berkata-kata: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..




Birthday Fatihah 22

Assalammualaikum..
Entry kali nie aku nak sambung story mengenai sambutan hari jadi my BFF aku..

Best jugak sambutannya walaupun kitaorang buat kecil-kecilan jew..
Xde baling-baling tepung or mandi telur..

Majlis  tue kitaorang buat kat KFC..

Bertemankan Azura, Sabri dan Baizura telah menghagatkan majlis tue dengan gelak tawa yang tak henti-henti..

Diorang semua nie memang sporting coz diaorang my BFF sejak dari sekolah samapai kat universiti..

Dah xde segan-segan..

Paling best masa nak memotong kek..
Nak tahu kenapa??
Bila buka kotak kek tue semua terkejut coz kek yang disponsor oleh Azura telah lenyek..
Tp xpe, itu yang tak penting..
Paling penting adalah rasa kek coklat tue..
Memang sedap sangat!!!
Sedap sampai menjilat ibu jari kaki..hahaha

Tengoklah pictures kitaorang tue..
Mamang happening..













AYIE PUTRA berkata-kata: Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat..


Khamis, 29 September 2011

Fikir Sejenak..



AYIE PUTRA berkata-kata: Sekadar renungan untuk tatapan bersama..



Kek ke nie???

Hahahaha..

Gelak aku tengok kek bufday kawan aku sorang nie..

Nak bagi surprise sampai kek menjadi penyek..haha

Baru surprise kan???

Kek jadi Lemping..

Nasib baik rasa kek coklat 2 sedap..yum3

Credit to Azura coz telah menjadi sponsor..

Lain kali sponsor lagi k..



AYIE PUTRA berkata-kata: Tengok kek itu tak perlu kata apa-apa(Cam lirik lagu)hahaha


 



Hepi Bufday

Assalamualaikum..

Entry kali adalah mengenai sahabat baik saya..
Tanggal 28 September 2011 adalah tarikh paling bermakna buat kami..

Nak tahu kenapa???

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
HAPPY BIRTHDAY TO NURUL FATIHAH..

My BFF..
Buat yang ke 22 tahun..

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, Amin..

AYIE PUTRA berkata-kata: Menghargai seseorang..

Selasa, 27 September 2011

Movie Pilihan!!!

Bini Biniku Gangster..



Kini ditayangkan di seluruh pawagang bermula 22 September 2011..

Dengar tajuk pun macam best..

Jangan lupa pergi tengok!!!

Sinopsis Bini Biniku Gangster:

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh di sudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Antara pelokon-pelakon dalam movie nie adalah SHAHEIZY SAM (Herry), INTAN LADYANA (Reanna) dan YANA SAMSUDIN (Manja)..


AYIE PUTRA berkata-kata: Lu Langsi, Wa Kawin Lagi..hehe

Isnin, 26 September 2011

Penang Hill

Macam best jew naik keretapi kat sini selepas beberapa bulan ditutup untuk direnovate..
Seingat aku, dah dekat setahun seblm ia direnovate..
Sekarang lagi best kerana keretapi nie dah ditukar yang baru..
Siap ada aircord lagi..
Harap2 dapat pergi sini lagi..
Nak cuba keretapi yang baru di samping menikmati keindahan di sekitar bukit nie..
Kalau yang dulu kereta api nie xsama dgn sekarang coz sekarang ia menggunakan elektrik sepenuhnya..

Keretapi yang dahulu..


Keretapi berwajah baru..


Di hadapan Bukit Bendera..


Pemandangan di atas bukit ini..

AYIE PUTRA berkata-kata: Mai sekali mesti nak datang lagi..



ANGRY Bird

Comelkan Angry Bird..
Bekenan aku tengok binatang nih masa kat expo CONVEX hari 2..
Tambahan pula binatang nie dia letak atas jambangan bunga..
So, masa konvo aku nanti harap dapat hadiah bunga yang ada Angry Bird..hehe


Nie Angry Bird yang sebenar..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mood konvo masih terasa lagi..

Sabtu, 24 September 2011

Baek Punyer!!!

Tarraa..
NASI KERABU
Cap pasar malam kat Sungai Dua..
Sedap..
Makan sekali mesti nak lagi..
Tengok 2, dah meleleh air liur 2..haha
Harganya dalam RM3-RM8..
Bergantung pada lauk yang diambil..
Macam aku pun dalam RM6..



AYIE PUTRA berkata-kata: Walaupun berada jauh di perantauan, NASI KERABU tetap di hatiku..Chewwah!!!

 




Selasa, 20 September 2011

Konvokesyen USM 2011

Assalamualaikum..

Esok adalah hari penting buat pelajar USM yang akan konvo..

Bestnya kalau aku di tempat mereka..hehe

Apapun, aku ucapkan TAHNIAH kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segulung ijazah..



AYIE PUTRA berkata-kata: 2012 giliran aku pula konvo, InsyaAllah..




Isnin, 19 September 2011

GATHERING

Assalamualaikum..

Entry kali nie pasal gathering aku dan sahabat yang paling syok..

Nak tau kenapa??

Memang happening masa 2 coz tengah berborak dengan mereka..

Nk tergelak pun ada tengok gelagat mereka makan KFC..

Maklumla sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai camnie..

Kitaorang semua makan menu yang sama jew..

Paling best sekali masa nak balik ada cabutan bertuah kerana ada FREE GIFT Kfc bagi..

Free Gift tersebut adalah>>>

*

*

*

*

*

*

*

*

Comelkan??hehe


Nie yang aku dapat..hehe

Bertuah jugak aku malam 2..




Thanks semua yang sponsor makanan 2..

Lain kali sponsorlah lagi..hehe

AYIE PUTRA berkata-kata: Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan olehNya..

Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

Semalam aku dapat msg dari mak saudaraku yang mengatakan sepupuku Adik Hanan dimasukkan hospital, KBMC..

Katanya, Hanan muntah-muntah..

Td, aku call ibuku yang mengatakan Adik Hanan masih lagi di wad dan makin beransur pulih..

Moga Adik Hanan cepat-cepat sembuh..

Amin..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mahu Adik Hanan kembali sihat selalu..Ya Allah berikanlah Adik Hanan kembali sihat seperti dahulu, Amin2..

  

Kecoh!!!

Assalamulaikum..

Hari nie entry aku pasal desa aku..

Heboh 2 3 hari nie dgn berita kehilangan barang spt kasut dan baju yang diletak kat luar bilik..



Dah banyak barang penghuni desa nie kena curi..

So, aku mengingatkan semua penghuni agar berhati-hati..

Kalau blh barang yang berharga 2 simpan kat dlm bilik..

2 jew entry aku tuk hari nie..

AYIE PUTRA berkata-kata: Beringat sebelum nasi menjadi bubur..

Ahad, 18 September 2011

Rindu Kamu

Dah lama aku xmakan KFC..

Dekat 4 bulan kot..

Insyaallah esok aku nak ke KFC..


AYIE PUTRA berkata-kata: Nak makan sampai kenyang..hahaha

Malam Apresias Merdeka

Assalamualaikum..

Entry kali nie aku nk cerita pasal semalam aku pergi tengok Malam Apresias Siswa Merdeka di Dewan Tengku Syed Putra (DTSP)..

Best siot tengok pesembahan pelajar2 baru..

Memang berbakat..

Tengoklah diorang berlakon dan menyanyi..

Xkering gusi asyik ketawa dengan aksi2 persembahan diorang sampai satu dewan riuh..

Aku pun sampai kecut perut asyik gelak..haha

Tahniah kepada Desasiswa Fajar yang buat pesembah terbaik dan johan dalam pertandingan nie..

Nie 1st time aku tengok pesembahan yang happening cam nie..

Diorang guna tema Hantu..

Best giler..

Buat desasiswa aku Desasiswa Cahaya Gemilang korang semua memang yang terbaik walaupun desa kita tidak mendapat johan..

Penuh dewan DTSP ini..
AYIE PUTRA berkata-kata: Mengimbau kembali memori semasa aku mendaftar di USM dulu..

Jumaat, 16 September 2011

Jom tengok!!!

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak bagitau pada semua pelajar USM coz mlm nie ada event best pelajar-pelajar baru persembahkan..



AYIE PUTRA berkata-kata: Masa aku dulu xde program cam nie..Tahniah atas perubahan yang dilakukan..

Raya Tak Jadi The Movie

Raya Tak Jadi???

Movie terbaru yang panas-panas ditayangkan di pawagam mulai 15 September 2011..

Walaupun raya dah lepas, so xde masalah nak tgk cerita nie coz kita masih berada di bulan Syawal..

Pelakon utamanya Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Dato Jalaluddin Hasan dan ramai lagi..

Pasti korang akan kecut perut asyik gelak tengok cerita nie..

Tak caya tryla tgk..

Jom baca sinopsis RTJ:

Filem Raya Tak Jadi ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj. Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj. Ehsan dengan Shuib (Saiful Apek) iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib (Saiful Apek) mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob (Johan Raja Lawak). Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi. Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut mengajikan Shuib dan Bob untuk bekerja dengannya.

Sumber: Sinemamalaysia

AYIE PUTERA berkata-kata: X sabar nak tengok Bunohan The Movie akan datang ditayangkan..

Khamis, 15 September 2011

Hari Merdeka & Hari Malaysia 2011

Esok, tanggal 16 September 2011 negara kita akan meraikan Sambutan Kemerdekaan yang Ke-54 & Hari Malaysia..



Tema pada kali ini adalah “ Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”

Logo pada tahun ini adalah 1 Malaysia..



So, dikesempatan ini, Ayie ingi mengucapkan selamat meraikannya..

AYIE PUTRA berkata-kata: Hargailah pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang mempertahankan negara ini daripada musuh dan mencapai kemerdekaan..

Happy Birthday

Hanan & Aleesya

Inilah cousin aku yang cute..

Suka tengok gelagat diorang masa balik kampung hari 2..

Kadang-kadang suka gaduh jugak..

Biasala budak-budak..

Kedua-duanya sebaya umur tp berbeza bulan dilahirkan..

Hanan lebih awal lahir..

Aleesya selepas Hanan lahir..

Tp Hanan lebih kecil daripada Alesyaa..

Tengokla gambar masa diorang sambut Birthday selepas hari raya lalu..

Suke tengok aksi diorang masa nak belah kek..

Xsabar-sabar..hehe
Tengok 2..


AYIE PUTRA berkata-kata: Sedap kek coklat 2.. Credit to Mak Dik & Mok Teh yang buat kek 2..Memang Sedap!!!