Pengikut Blog Ayie

Selasa, 27 September 2011

Movie Pilihan!!!

Bini Biniku Gangster..



Kini ditayangkan di seluruh pawagang bermula 22 September 2011..

Dengar tajuk pun macam best..

Jangan lupa pergi tengok!!!

Sinopsis Bini Biniku Gangster:

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh di sudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Antara pelokon-pelakon dalam movie nie adalah SHAHEIZY SAM (Herry), INTAN LADYANA (Reanna) dan YANA SAMSUDIN (Manja)..


AYIE PUTRA berkata-kata: Lu Langsi, Wa Kawin Lagi..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan