Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 21 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamulaikum..
Tahniah ducapkan kepada Ally Iskandar kerana telah mendirikan masjid beberapa hari lalu..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
SELAMAT PENGANTIN BARU..



AYIE PUTRA berkata-kata: Aku bila pulak nak kawin???hahahaha

My Favorite Song!!!

Assalamualaikum..
Pernah tak korang dengan lagu nasyid nie..
First time aku minat lagu nie lepas aku menonton video perkahwinan pasangan yang mengikut Islam..
Majlisnya simple tapi menarik..
Kerana semuanya dibuat bersederhana..
Bersederhana inilah yang dituntut Islam..
Hehe..
Aku asyik bincang topik perkahwinan jew sekarang nie..
Cuti2 sempena Hari Raya Cina ramailah yang mendirikan rumah tangga..
Sangat tersentuh hati aku bila mendengarnya..
Nie lirik lagunya..

SAAT LAFAZ SAKINAH – Far East
Heningnya,
Sunyi suasana,
Lafaz sakinah bermula..

Apa rasa,
Diterjemah hanya,
Sebak abah tangis ibunda...
Adalah aku wali puteriku,
Serah kini amanahku ini padamu,
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta,
Lebih dari yang ku berikan kepadanya...

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku,
Tangisannya kini ku serah padamu,
Bukan bermakna dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu,
Jadikanlah dia wanita syurga,
Mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya,

Ku akur,
Akan pesanmu,
Puterimu kini amanahku,

Iringilah,
Dengan doamu,
Bahagia kami dari redhamu...

Ulang Chorus


AYIE PUTRA berkata-kata: Inginkan perkahwinan nanti yang bersederhana tapi bahagia..Amin..

Wordless#Saturday:: Just For Fun



AYIE PUTRA berkata-kata: Dah banyak kali aku tengok movie..The best movie for me..

Jumaat, 20 Januari 2012

Berhati-hati Memilih SAHABAT

Bukan senang nak cari sahabat yang betul2 sahabat..
  Kebanyakannya, hanya ada bila ada kepentingan..
  Ayat2 manis, muka2 comel semua ada time perlu,
Time tak perlu, pandang pun xnak, apatah lagi berhubung..
Biarlah apa yang orang nak buat pada kita..
  Semua tue hanya ujian Allah bagi nak uji iman kita..
  Sebab antara kita, bukan semuanya sempurna..
  Dan biarlah apa yang orang nak buat pd kita,
Sebab fungsi kita membant
u dan memberi selagi termampu,
Takpelah, pahala kita dapat tolong orangkan..:)

Bila terlalu berharap dan bergantung pada manusia,
Kita akan rasa jatuh dan lemah,
Sedangkan ALLAH, sekalipun tak pernah tinggalkan kita,
Sekalipun tak pernah, cuma kita, yang selalu lupakan Allah,
Jangan risau, dalam ramai2 orang dalam dunia nie, Allah dah hadirkan ramai lagi sayang kita,
Ramai lagi yang concern pasal kita, ramai lagi yang ikhlas dan jujur berkawan dengan kita..
Hargailah mereke sebaik2 mungkin..:)



AYIE PUTRA berkata-kata: Kerana SABAHAT membawa kita ke arah kebaikan dan kerana SAHABAT juga membawa kita ke arah keburukan jika salah memilih SAHABAT..

Selamat Pengantin Baru

Assalamulaikum..
Kenduri sana sini bila musim cuti Raya Cina nie..
Tanggal 26 Januari 2012 my cousin Farahana aka Farah akan melangsungkan perkahwinan..
Alhamdulillah, bolehla Ayie makan gulai kawah..
Nak tunggu yang sendiri punya lambat lagi la..
Jodoh pun xde lagi macam mana nak kawin..(promote nampak)hehe
Aku akan balik ke Kelantan pada 23 haribulan..
Sempat lagila nak beli hadiah untuk my cousin tue..
Korang ada cadangan x nak hadiahkan apa yang sesuai untuknya???
Ayie tengah blur2 lagi nak cari hadiah apa..
Nanti kena survey dulula kat kedai..
Tunggu & lihat nanti apa hadiah aku akan berikan..
Jengjeng!!!
Dengar ura-ura tema perkahwinan my cousin warna hijau..
Ok, gak warna ini..
Bagi Ayie lebih suka warna purple..
Tak tahula kenapa warna nie menjadi pilihanku..
Mungkin aku pelajar USM kot..(gurau jew)hahaha
Last sekali, Ayie nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..
Semoga berkekalan hingga akhir hayat sempanjang melayari bahtera hidup..



AYIE PUTRA berkata-kata: Ada sape-sape nak jadi bakal isteri saya tak??(ayat poyo)hahaha..

Perubahan DRASTIK Aku

Assalamulaikum..
Baru hari aku berkesempatan nak update my blog..
3 minggu nie busy dengan final exam..
Alhamdulillah, semalam exam aku telah tamat..
Rasa happy sangat sebab bebas daripada tekanan dan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan..
Kenangan manis dan pahit yang aku alami sepanjang aku berada di semesta 5 ini..
Tapi, semua itu mematangkan aku agar menjadi lebih kuat dan bersabar untuk menghadapinya..
Mengharungi rintangan dan dugaan..
Back to my topic ialah berkaitan dengan tajuk entry aku nie..
Perubahan DRASTIK Aku Semesta nie..
Apa yang berubahnya???


Ok2, aku hanya nak share dengan korang akan perubahan aku dalam menghadapi peperiksaan semesta nie dengan semesta lepas..
Memang perubahan drastik yang telah aku buat..
Ini mungkin keazaman aku nak berjaya seperti orang-orang lain juga..
Aku ambil contoh paling dekat, aku juga mahu seperti kawan-kawan aku juga..
Ada yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang cemerlang dari segi pointer dan ANUGERAH DEKAN..
So, dalam hati aku berkata tak mustahil aku boleh cemerlang seperti mereka jika aku mahukannya dengan berusaha bersungguh-sungguh..
Teringat lagi kata-kata pengetua aku masa sekolah dulu..
" Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah "
Pilihan itu terletak di tangan kita sendiri mahu berubah atau tidak..
Lagi pun aku tak mahu menghampakan kedua-dua ibu bapaku yang banyak berjaya kepada aku..
Dengan kejayaan inilah aku mampu membalas jasa-jasa mereka..
Lagi pun aku nak sulung, mestilah aku menjadi abang yang role model kepada adik aku..
Kesedaran inilah membuatkan aku terdetik untuk menjadi insan yang berjaya seperti sahabat-sahabat aku..
Kata-kata azimat pengetua aku lagi..
" Bukan kita melihat orang lain berjaya tapi biar orang lain melihat kita berjaya "
" Kalau ada 1000 orang yang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 100 orang terbaik,aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 10 orang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya dan kalau ada 1 orang terbaik akulah orangnya "
Bila aku terfikir balik kata-kata tersebut telah menjadikan satu aspirasi untuk aku mencapai kejayaan..
Sebelum ini aku terbuai dengan kejayaan yang lalu tanpa memikirkan untuk mencipta sejarah baru..
Kata-kata pegetua aku yang nie aku mencabar diri aku untuk melakukan perubahan drastik ini..
" Leka dan dibuai dengan kejayaan lalu tak bermakna kejayaan baru akan tercipta "
" Kejayaan dicipta oleh pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa "
Ada ke kejayaan yang dimiliki oleh insan-insan seperti Nik Nur Madihah amnya tanpa berusaha..
Tak bukan, kejayaan mereka kerana semangat, keazaman dan usaha mereka..
Tak mustahil mereka boleh berjaya dan tak mustahil juga aku boleh berjaya jika aku berusaha..
Lagi pun sembelum nie aku kurang motivasi macam mana nak jadi insan yang berjaya..
Lihat sajalah keluarga aku, mereka berjaya sebagai pensyarah dan cikgu kerana usaha mereka..
" Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang  melayang "
Keazaman aku mula berubah drastik ketika aku balik kampung hari tue..
Emak aku pesan kat aku belajar bersungguh-sungguh..
Di samping bapa saudaraku yang mendapat manfaat apabila dia mendapat pointer tinggi dan berjaya dengan cemerlang..
Kesan motivasi inilah aku mahu bangkit, yang aku boleh berjaya juga seperti mereka..
InsyaAllah aku akan buktikan..
Antara perubahan DRASTIK aku ketika menghadapi peperiksaan semesta ini..
Banyak baca buku motivasi dan rahsia-rahsia pelajar yang telah berjaya..
Set my mind aku boleh membuat dengan terbaik..
Banyak masa untuk study banyak berubah daripada semesta lepas..
Buat kerangka dan formula untuk memahami subjek yang aku ambil..
Masa exam yang aku ubah secara drastik pergi ke Dewan Peperiksaan awal sejam..
Sebelum ini dekat nak mula exam baru pergi, cam exam pukul 9.00pagi, pukul 8.00 pagi aku dah pergi..
Sebab kalau pergi awal kita boleh refesh balik tajuk-tajuk dengan tenang tanpa terburu-buru..
Nie antara resepi kejayaan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar yang cemerlang..
Yang paling penting setiap kali nak exam aku selalu call ibu bapa aku terutamanya ibu aku supaya mendoakan anaknya sipaya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat restunya..
Dan tak lupa selalu buat Solat Hajat selepas solat wajib dan ketika tengah malam selepas bangun tidur sekejap serta banyakan berdoa kepada Allah moga dipermudahkan urusanku..
Itu sahaja yang sempat aku kongsikan untuk korang semua..
Semoga perubahan DRASTIK ini membawa aku kejayaan seperti insan-insan lain juga..
" Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan aku sendiri..
" Kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha bersungguh-sungguh "
Thanks sudi baca..
Moga bermanfaat..
Sekadar perkongsian..
^____^

PILIHAN terletak di tangan anda!!!

AYIE PUTRA berkata-kata: Aku BANGKIT demi harapku dan harapanmu..


Wordless#Friday: Macam-macam Ada



AYIE PUTRA berkata-kata: Nak cari jugakla satu, berkenan..

Movie Terbaru: Bujang Telajak The Movie

Assalamulaikum.. Dah tengok erk filem nie BUJANG TELAJAK?? Bagi aku dengar tajuk pun dah nampak lawaknya. Tue belum tengok pelakonnya lagi yg menjadi favorite aku. Siapa lagi kalau bukan Saiful Apek, Johan dan Nabil Rajak Lawak yang tak kering gusi aku asyik gelak dengan lawak mereka. Filem nie mula ditayangkan pada 19 Januari 2012. Bolehla tengok sebab aku dah habis exam. Filem komedi ini ialah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

SINOPSIS
Bujang Telajak merupakan mengisahkan tentang tiga orang rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis. Saiful, Nabil dan Johan merupakan tiga orang ahli silap mata professional. Ketika sedang membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan keayuan dan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura). Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa Puteri merupakan seorang guru tadika dan juga model sambilan.Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu, Saiful mula menyamar sebagai seorang yang buta untuk menambat hati Puteri. Menyedari bahawa Saiful mengetahui rahsia bagi memenangi hati Puteri, Nabil dan Johan pula menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu untuk memikat Puteri. Sepanjang tempoh penyamaran itu, mereka menggunakan pelbagai helah untuk meraih kasih Puteri termasuk cuba menggagalkan rancangan antara satu sama lain..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mesti lawak kalau ada Johan..

Khamis, 19 Januari 2012

Wordless#Thursday:: Ubati Hatimu



AYIE PUTRA berkata-kata: Hari last paper aku exam..Doakan agar ia dipermudahkan-Nya..

Selasa, 17 Januari 2012

Wordless#Tuesday: Kebahagiaan


 
AYIE PUTRA berkata-kata: Berbahagialah selalu walaupun pahit untuk menghadapinya..

Isnin, 16 Januari 2012

Wordless#Monday::Saya Nak Dekan



AYIE PUTRA berkata-kata: Impian akan menjadi kenyataan apabila kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh..

Ahad, 15 Januari 2012

Wordless#Sunday::Rahsia Untuk Berjaya



AYIE PUTRA berkata-kata: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Jumaat, 13 Januari 2012

Wordless#Friday: Renungan


AYIE PUTRA berkata-kata: Semakin Allah sayangkan hambaNya, semakin kuat dugaan buat kita..

Alhamdulillah..

Assalamulaikum..
Morning..
Syukur Alhamdulillah..
Semalam aku dah ambik BAUCAR BUKU RM200..
Terima kasih pada kerajaan yang memberi bantuan tersebut..
Walaupun nilainya RM200 tapi aku berterima kasih kerana dapat beli buku yang bermanfaat untuk aku..
Ilmu pengetahuan lebih bernilai daripada nilai tersebut jika dibandingkan..
So, gunalah baucar tersebut dengan sebaik-baiknya..
Agar ia memberikan 1000 manfaat..
Orang memberi, kita merasa..


AYIE PUTRA berkata-kata: Bersyukur dengan bantuan yang diberikan..

Khamis, 12 Januari 2012

KERAMAT The Movie

Assalamulaikum. Movie pilihan untuk entry hari ini ialah KERAMAT. Memang seram kot. Aku belum tengok lagi walaupun ia dah mula ditayangkan di seluruh pawagam mulai hari ini. Adakah filem ini setanding filem Al-Hijab??? Aku tengok Al-Hijab pun dah macam nak tercabut jantung. Saspen betol. (Tanjat Boboi..hahaha). Movie KERAMAT ini dibintangi oleh Zul Suphian, Mon Ryanti, Rebecca Nur Al Islam, Adey Syafrien, Hairul Azreen, Putri Mardiana.

SINOPSIS
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?


AYIE PUTRA berkata-kata: Memang sekarang musim filem berhantu ke?

Memori Semesta 5

Assalamulaikum.. Alhamdulillah, akhirnya aku dah nak habiskan semesta 5 nie. 2 paper lagi aku exam. Moga ia dipermudahkan. Amin. Sebenarnya, nbanyak memori suka duka & pahit manis semasa aku sem nie. Yang pahit & duka tue aku simpan jew dalam hati. Yang aku nak korang tahu sem nie kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Nak tahu kenangan apa???

Kenangan semasa aku ambil kursus Kajian Luar Geografi. Memang seronok bila mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa tersebut. Dalam kursus nie, semua pelajar kena buat kajian luar bergantung pada penyelia masing-masing & tajuk kajian berbeza-beza juga.

Semasa nak pilih penyelia masa tue membuatkan aku blur nak pilih siapa penyelia aku. Tak tahu nak pilih penyelia kajian berfokus kepada Geografi Manusia or Fizikal. So, kerana ikut sahabat aku, aku try isi untuk penyelia yang berfokus kajiannya pada pelancongan. Ramai la pulak yang isi borang itu. Lagi pun penyelia tue buat selected. Memang penyelia tue diminati untuk membuat kajian luar di bawah seliaan mungkin beliau yang baik dan mudah berbicara (mudoh baso ore klate kato).

Aku pun tak mengharap 100% aku akan dapat buat kajian luar dengan penyelia tersebut. Kalau ada rezeki dapatla, kalau tak reda jewla. Memang rezekiku tidak menjadi milik aku kerana aku tak dapat penyelia tue. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku dapat buat kajian luar nie di bawah seliaan Dr. Sue. Mula-mula memang tak beberapa tahu Dr. nie macam mana. Bila dah dapat kajian luar dengannya baru aku tahu beliau memang yang baik sangat. Aku bersyukur dengan ketentuan Allah walaupun pada permulaannya aku minta penyelia lain.

Semua ahli group aku seramai 9 orang. Aku rasa paling sedikit kot bilangan pelajar di bawah beliau jika dibandingkan dengan penyelia lain tak silap aku sampai ada 15 orang. Bagus gak, kalau sedikit, beliau boleh bagi tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya berbanding dengan ahli group yang ramai. Bertuah group kami yang dianggotai oleh Fahmi, Latip dan aku bagi laki. Memang sikit pun. Ahli perempuan pula Farah Hanan, Solehah, Aznie, Anum, Laila dan Isma.

Dengan kajian ini jugalah aku kenal erti permuafakatan antara ahli kami. Berkerjasama semasa mendapatkan responden, analisis data dan banyak lagi dilakukan bersama. Di samping, dorongan dan bantuan penyelia kami yang bersusah payah membantu & menjayakan sepanjang kajian ini dilakukan.Tanpa bantuan penyelia macam Dr. Sue, mungkin semua nie tak akan sempurna.

Penyelia kami ini memang baik sangat. Beruntung kami menjadi anak didiknya sepanjang kajian luar dilakukan. Sikap beliau yang selalu ambil berat tentang kami, turun padang semasa pergi sampling dan anlisis data. Susah nak dapat penyelia sebaik beliau. Yang paling best beliau selalu belanja kami. Tak caya tanyalah sahabat-sahabat aku tue. Makan nasi, air dan kuih beliau sponsor. Yang paling best dapat duit RM50 (Duit raya Haji)..hahaha. Sekarang, report kajian luar tue dah dihantar. Tak sabar nak tunggu keputusannya nanti (nervous+excited). Mudah-mudahan dapat result yang cemerlang. InsyaAllah. Aku nak tunjukkan beberapa gambar semasa pembentangan kajian luar hari tue.

Laila

Farah

Aznie

Anum

Reaksi Dr.Sue

Penerangan diberikan

Senyum jew Dr. Sue

Nervous

Isma

Latip

Fahmi

AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga semuanya mendapat A..

Pagi yang Excited

Assalamulaikum..
Morning..
Excited pulak aku pagi-pagi nih..
Hahaha..(Bangun awal)
Ingat nak study tapi xde mood lagi..
Adoi..
Hari ini aku nak pergi ambil baucer buku yang bernilai RM200..
4 keping RM50 setiap satu..
Terfikir gak, nak beli buku apa erk???
Kalau dapat beli buku keagamaankan best gak..
Cam buku Tanyalah Ustaz Azhar Idrus ke..
Boleh jugak tambah ilmu agama..
Jom ramai-ramai kita ambil baucer tue..
Sapa tak nak bagi kat aku jew.(muka xmalu)haha
Tak silap aku pukul 11.00pagi nanti ada pelanjaran baucer tue kat universiti aku..
Nak pergi jugakla..
Nak study, lambat lagi nak exam.
Ringan sikitla bebanan aku sebagai pelajar..
Terima kasih PM..


AYIE PUTRA berkata-kata: Orang memberi kita merasa..

Wordless#Thursday::Ombak Lagi Ke???


AYIE PUTRA berkata-kata: Dah lima kali aku tengok movie ni..huhuhu

Rabu, 11 Januari 2012

My Love: Siapakah Yang Bertuah Tue???

Assalamulaikum..
Haha, macam jiwang la pulak entry aku nih.
Biasala tue, aku memang jiwang pun.
My Love???
Siapa tue.
Girlfriend aku ke???
Salah tue.
Aku mana ada awekla.
Lagipun siapala suka kat aku.
Xde rupa macam korang (yea erk???) Tipu.
Ada rupa tapi xde yang sudi bertatah di hatiku.
Chewaah, ayat xboleh blah..haha
My Love itu adalah.......hurmmm
Jap lagi aku kasitau..
Bagi surprise sikit.
Something dah lama aku berkenan dan terpikat.
Berkenan kepadamu membuatkan aku teringat-inagtkanmu.
Walaupun orang lain semua dah ada sepertimu.
Aku jew xde.
Mungkin rezeki bukan milik aku lagi.
So, aku kena sabar dan terus bersabar.
Tak lama lagi dikau akanku "pinang".
Kasi power sikit ayat nih. hahaha..
Di mana-mana aku lihatmu, hatiku sentiasa berkenan walaupun namamu berbeza.
Dua-dua aku suka.
Susah nie bila 2 benda yang sudah aku berkenan.
So, kena buat keputusan yang terbaik agar aku tak salah memilih.
Agar xmenyesal nanti.
Nak tahu My Love aku yang aku selalu berkenan tue..
Nie ha..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


KAMERA DSLR NIKON D3100
Hahahaha..
Inilah My Love aku.
Dah lama aku berkenan nak beli kamera DSLR.
Tapi, belum ada bajet lagi.
Harap tahun ni aku dapat merealisasikan impian yang "terendam" selama ini.
Lagi pun tahun ini last aku belajar & nak bergraduasi.
 Walaupun pilihan aku ada dua iaitu NIKON & CANON.



So, aku tak tahu nak pilih yang mana satu.
Ada yang kata NIKON lebih baik & ada yang kata CANON lebih baik.
Aku dah buat keputusan yang aku akan beli NIKON D3100 nie.
Lagi pun aku baru permulaan nak belajar guna DSLR nie.
Sebelum nie pakai kamera yang biasa jew.
Memangla banyak benefit bila guna kamera DSLR nie daripada guna yang biasa.
Keinginan untuk membeli kamera DSLR nie membuak-buak bila tengok sahabat aku tangkap gambar semuanya cantik.


Lagipun aku suka tengok design Nikon yang lebih cantik & sesuai dengan aku.
Ini kerana disignnya lebih sesuai diguna oleh remaja macam aku nie.
Aku dah survey beberapa kedai, tak silap aku harga kamera nie  RM1500 ke bawah.
Bagi aku, buat apa beli kamera mahal-mahal coz aku mahu belajar dahulu selok-belok sebagai photografi.
Nanti kerja nanti bolehla pakai yang mahal. hehe


Tunggu yea My Love.
Nanti kau akan ku punyai.
Tinggal masa dan detik sahaja aku akan angkat kamu.
Mudah-mudah aku dapat memilikinya.
InsyaAllah..

AYIE PUTRA berkata-kata: Makan, minum, tido aku masih teringatkanmu..haha

Wordless#Wednesday:Renungan


AYIE PUTRA berkata-kata: Cari calon isteri..

Bawang Besar Yang Kreatif

Assalamulaikum..
Menarik entry kali aku nak kongsikan.
Pernah tak korang tengok bawang besar.
Ala yang selalu tengok mak korang masak or goreng tue.
Tak kenal takpe.
Meh aku nak tunjuk jap lagi.
Aku suka dengan kekreatifan sesorang dalam seninya.
Orang berhati seni mungkin tahu what I mean.
Korang pun akan terpengun dengan hasil kerja orang berseni camnie.
Tengok hanya bawang besar yang biasa kita tengok berubah menjadi pelbagai seni pula dari segi susunan dan idea kreatif tersebut.
Jom tengok picture yang aku maksudkan tue.
Cantikkan???
Nice..

Kura-kura

Gegurl

Siput

Princess

Ulat

Chef

Jam

Pemain hoki

Orang Tua

Bayi

AYIE PUTRA berkata-kata: Nak cuba buat jugaklah. Try guna bawang merah pulak..hahaha

Selasa, 10 Januari 2012

Baucer Buku RM200

Assalamulaikum. Berita baik yang baru aku terima iaitu hari pengambilan baucer buku yang bernilai RM200 dah boleh diambil bagi universit aku, USM. Universiti lain aku xsure lagi, mungkin akan menyusul selepas ini. Aku tak sabar menanti untuk mengambil baucer tersebut & terfikir nak beli buku apa nanti. Maklumat lanjut sila lihat poster di bawah.


Nie adalah salah satu kedai buku yang boleh kita tukar baucer tersebut. Bolehla nak pilih buku yang mana satu nanti. Yang penting jangan melebihi RM200. Kalau lebih tambah duit sendiri k. Bagi aku, dengan adanya baucer buku RM200 dapatlah ringankan kewangan aku nak beli buku. Rasa-rasa aku mungkin dalam 4 buah or 2 buah boleh dapat. Aku bersyukur sangat. Alhamdulillah..


 
AYIE PUTRA berkata-kata: Terima kasih PM..

Syukur Alhamdulillah

Assalamulaikum. Syukur kehadrat Allah hari aku dah habis axam untuk paper Pemikiran Geografi. Walaupun sebelum exam tiba pagi tadi aku diuji pada malam tersebut dengan migrain (sakit kepala+pening). Alhamdulillah daripada kesabaran aku menghadapi ujianNya yang mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pada pagi tu aku tidur dalam pukul 12.00 malam, selang beberapa jam aku terlelap, masa inilah aku kena migrain. Terpaksa aku telan ubat sakit kepala baru rasa sakit itu hilang sikit. Reda ujian olehNya kerana Allah ingin melihat kesabaranku dalam menghadapinya.

Syukur pada pagi tue dalam pukul 4.00 pagi aku bangun rasa sakit tue dah mula hilang. Mungkin tekanan darah aku meningkat disebabkan terlalu kuat aku memikirkan pasal exam. Aku dahla tak boleh tidur lambat-lambat & stress. Kalau semua nie ada, cik darah aku akan naik. Tengokla esok or lusa nak pergi klinik check darah.

Exam aku pula macam mana erk??? Setakat ini aku rasa aku boleh jawab dengan baik tapi tak tahula macam mana nanti, tunggu result nanti hope semuanya ok. Amin2. Soalan yang aku buat tadi aku buat 2 soalan spot yang dah jangkakan akan kuar. So, Ahamdulillah rezeki. Nasib baik ketika exam tue aku xmengalami apa-apa. Terima kasih Ya Allah.

Target aku sem nie untuk mendapat kecemerlangan dari sem lepas aku akan buktikan. 2 paper exam lagi menjadi harapanku. Doakannya moga aku mampu mencapainya. Insyaallah.


AYIE PUTRA berkata-kata: Syukur kehadrat ILAHI..

Wordless#Tuesday:Release Tension..


AYIE PUTRA berkata-kata: Berombak tsunami tension dgn study..haha

Semoga Berjaya

Assalamulaikum. Selamat menjalani peperiksaan buat semua sahabatku dan aku juga. Somoga kita semua beroleh kejayaan. Buat sehabis baik.


AYIE PUTRA berkata-kata: Wish me Good Luck k..

Ahad, 8 Januari 2012

Wordless#Saturday:: Renung-renungkahlah



AYIE PUTRA berkata-kata: Peringatan buat diriku juga..