Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 6 Januari 2012

My Final Exam 2012

Assalamulaikum. Selamat pagi guys. Entry kali, exam week. Wah, cepatnya masa berlalu dah nak exam. Nervousnya aku (Nervous la sangat dah 4 sem dah aku exam) hahaha. Aku macam tak percaya jew yang aku nie dah nak habis belajar. Tinggal 1 sem lagi nak habis (Dalam hati bilalah nak abes). Semalam cousin aku call, tanya aku buat apa. Aku jawab tengah study sebab dah nak exam pada 10.1.12. Beliau macam tak percaya yang aku dah sem 5. Cepatkan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 3 tahun aku duk kat USM nie.

Back to my topic ialah persiapan aku nak hadapi exam nie. Bagi aku exam kali nie sangat penting aku sebab dah tiba masanya aku bangkit daripada dibuai mimpi yang lama. Aku perlu buktikan yang aku mampu beroleh kejayaan yang cemerlang seperti sahabat-sahabat aku yang lain. Rasa di hati nak merasa jugalah DEAN LIST untuk exam kali nie. Terfikir juga di dalam hati ini, tak mungkin aku xboleh Dekan List sedangkan orang lain pun boleh. Lagi pun aku terfikir kenapa orang yang sama yang dapat (Dah rezeki mereka). Alangkah bestnya kalu aku juga ada lam list tersebut. Tak tahulah nak ucap apa kalau rezeki kalau dapat Dean List. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Wah!!! Tingginya AZAM aku kali nie. Boleh tercapai ke???Insyaallah, berkat usaha & tawwakal yang kita lakukan selama ini dengan bersungguh-sungguh tak mustahil kita boleh mendapatkannya. Amin. Teringat lagi kata-kata bekas pegetua sekolah aku dulu, kata-katanya berbunyi beginini:

" KEJAYAAN DICIPTA OLEH PELAJAR BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA "

10.1.12 paper Pemikiran Geografi, 18.1.12 paper Alam Sekitar, Sumber Asli & Pembangunan & paper terakhir 19.1.12 paper Analisis Wilayah dan Setempat. Aku berharap aku boleh buat yang terbaik dan juga sahabat-sahabat aku yang lain semoga kita berjaya. Bangun pagi di hari Jumaat yang mulia ini semangat nak start study bertambah kuat bila dapat dorongan ibu bapa & bapa saudara aku yang telah membakar semangat aku (Belajar jadi orang Berjaya). Terharu. Aku akan buktikan aku pun boleh.. Aku tak mahu harapan mereka.Okla, nak sambung study. Sekian jew entry kali nie..


AYIE PUTRA berkata-kata: Dean List: If everyone can do it..me too..Wish me GOOD LUCK!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan