Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 18 Mei 2012

Sabar Menghadapi Ujian DariNya..

Kadang-kadang kita DIUJI dengan KARENAH manusia..
Kita betanya pada diri:

"AKU TAK PERNAH buat orang lain cam tu, kenapa orang buat kat aku macam nie? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku" 

Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIAH..
UjianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?
TarbiahNya ialah supaya jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita.. 

Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej PENGAJARAN yang diajar di mana-mana..
Di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..
Teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..
Hanya Dia..

Sahabat ibarat CERMIN kita..
Contoh bila kita tengok cermin,
Kita nampak tudung kita tidak betul,
Kita BETULKAN jadi nampak elok..


Macam itulah sahabat,
Dia melihat silap kita lalu perbetulkan dan mengingatkan silap kita..
Bukan terus menghina dan melemparkan kata-kata sinis kepada kita..
Nilailah sahabat kita, yang BAIK, teruskan jadi TAULADAN..
Yang buruk harus DITINGGALKAN..

Sumber: Aii (Official)



AYIE PUTRA berkata-kata: SABAR itu separuh daripada IMAN..


Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

Assalamulaikum..
Lama xupdate belog..
Busy sangat2 sekarang nie..
So, entry aku hari ini ada apa pada tarikh 16 MEI tue???
Korang semua tahu di sebalik tarikh tersebut..
Hari ini adalah Hari Guru buat semua cikgu-cikgu & pensyarah yang banyak berjasa kepada kita..
Mula mengenal A, B, C..
Tahu tulis & baca..
Sehinggalah berjaya ke menara ilmu..
Memang besar pengorbanan guru kepada kita yang tanpa jemu & mudah putus asa mengajar kita dulu serta melayan karenah kita..
Banyak kenangan aku dengan guru-guruku ini..
Bila aku kenang balik memang bukan senang mereka nak mengajar aku & sahabat-sahabat aku dari tak tahu apa-apa sehinggalah aku tahu tulis & baca..
Tanpa jasamu cikgu, aku mungkin tak tahu semua nie sehingga aku mencapai kejayaan..
Buat semua guru-guru di seluruh negara SELAMAT HARI GURU..
Buat semua cikgu aku masa aku kenal dulu semasa Pra 1995 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunohan yang mana aku mula2 mengenal A, B, C..
Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Bunohan dari tahun 1996-2001..
Cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat 2002-2008..
Dan semua pensyarah yang mengajarku sejak aku masuk USM dari 2009-2012..
Terima Kasih Cikgu..
Terima kasih untuk segala-galanya..
Begitu banyak ilmu guru-guru curahkan kepada ku sehingga menjadi seorang insan yang berjaya..
Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik cikgu-cikgu semua..
Secebis doa ku pohonkan pada Ilahi agar semua guru dikurnakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, diberkati olehNya dunia & akhir..
InsyaAllah..

" GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA "


AYIE PUTRA berkata-kata: Jasamu cikgu tetap ku kenang..