Assalamulaikum..
Lama xupdate belog..
Busy sangat2 sekarang nie..
So, entry aku hari ini ada apa pada tarikh 16 MEI tue???
Korang semua tahu di sebalik tarikh tersebut..
Hari ini adalah Hari Guru buat semua cikgu-cikgu & pensyarah yang banyak berjasa kepada kita..
Mula mengenal A, B, C..
Tahu tulis & baca..
Sehinggalah berjaya ke menara ilmu..
Memang besar pengorbanan guru kepada kita yang tanpa jemu & mudah putus asa mengajar kita dulu serta melayan karenah kita..
Banyak kenangan aku dengan guru-guruku ini..
Bila aku kenang balik memang bukan senang mereka nak mengajar aku & sahabat-sahabat aku dari tak tahu apa-apa sehinggalah aku tahu tulis & baca..
Tanpa jasamu cikgu, aku mungkin tak tahu semua nie sehingga aku mencapai kejayaan..
Buat semua guru-guru di seluruh negara SELAMAT HARI GURU..
Buat semua cikgu aku masa aku kenal dulu semasa Pra 1995 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunohan yang mana aku mula2 mengenal A, B, C..
Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Bunohan dari tahun 1996-2001..
Cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat 2002-2008..
Dan semua pensyarah yang mengajarku sejak aku masuk USM dari 2009-2012..
Terima Kasih Cikgu..
Terima kasih untuk segala-galanya..
Begitu banyak ilmu guru-guru curahkan kepada ku sehingga menjadi seorang insan yang berjaya..
Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik cikgu-cikgu semua..
Secebis doa ku pohonkan pada Ilahi agar semua guru dikurnakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, diberkati olehNya dunia & akhir..
InsyaAllah..
" GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA "
AYIE PUTRA berkata-kata: Jasamu cikgu tetap ku kenang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan