Pengikut Blog Ayie

Selasa, 27 September 2011

Movie Pilihan!!!

Bini Biniku Gangster..



Kini ditayangkan di seluruh pawagang bermula 22 September 2011..

Dengar tajuk pun macam best..

Jangan lupa pergi tengok!!!

Sinopsis Bini Biniku Gangster:

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh di sudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Antara pelokon-pelakon dalam movie nie adalah SHAHEIZY SAM (Herry), INTAN LADYANA (Reanna) dan YANA SAMSUDIN (Manja)..


AYIE PUTRA berkata-kata: Lu Langsi, Wa Kawin Lagi..hehe

Isnin, 26 September 2011

Penang Hill

Macam best jew naik keretapi kat sini selepas beberapa bulan ditutup untuk direnovate..
Seingat aku, dah dekat setahun seblm ia direnovate..
Sekarang lagi best kerana keretapi nie dah ditukar yang baru..
Siap ada aircord lagi..
Harap2 dapat pergi sini lagi..
Nak cuba keretapi yang baru di samping menikmati keindahan di sekitar bukit nie..
Kalau yang dulu kereta api nie xsama dgn sekarang coz sekarang ia menggunakan elektrik sepenuhnya..

Keretapi yang dahulu..


Keretapi berwajah baru..


Di hadapan Bukit Bendera..


Pemandangan di atas bukit ini..

AYIE PUTRA berkata-kata: Mai sekali mesti nak datang lagi..



ANGRY Bird

Comelkan Angry Bird..
Bekenan aku tengok binatang nih masa kat expo CONVEX hari 2..
Tambahan pula binatang nie dia letak atas jambangan bunga..
So, masa konvo aku nanti harap dapat hadiah bunga yang ada Angry Bird..hehe


Nie Angry Bird yang sebenar..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mood konvo masih terasa lagi..

Sabtu, 24 September 2011

Baek Punyer!!!

Tarraa..
NASI KERABU
Cap pasar malam kat Sungai Dua..
Sedap..
Makan sekali mesti nak lagi..
Tengok 2, dah meleleh air liur 2..haha
Harganya dalam RM3-RM8..
Bergantung pada lauk yang diambil..
Macam aku pun dalam RM6..



AYIE PUTRA berkata-kata: Walaupun berada jauh di perantauan, NASI KERABU tetap di hatiku..Chewwah!!!

 




Selasa, 20 September 2011

Konvokesyen USM 2011

Assalamualaikum..

Esok adalah hari penting buat pelajar USM yang akan konvo..

Bestnya kalau aku di tempat mereka..hehe

Apapun, aku ucapkan TAHNIAH kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segulung ijazah..



AYIE PUTRA berkata-kata: 2012 giliran aku pula konvo, InsyaAllah..




Isnin, 19 September 2011

GATHERING

Assalamualaikum..

Entry kali nie pasal gathering aku dan sahabat yang paling syok..

Nak tau kenapa??

Memang happening masa 2 coz tengah berborak dengan mereka..

Nk tergelak pun ada tengok gelagat mereka makan KFC..

Maklumla sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai camnie..

Kitaorang semua makan menu yang sama jew..

Paling best sekali masa nak balik ada cabutan bertuah kerana ada FREE GIFT Kfc bagi..

Free Gift tersebut adalah>>>

*

*

*

*

*

*

*

*

Comelkan??hehe


Nie yang aku dapat..hehe

Bertuah jugak aku malam 2..




Thanks semua yang sponsor makanan 2..

Lain kali sponsorlah lagi..hehe

AYIE PUTRA berkata-kata: Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan olehNya..

Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

Semalam aku dapat msg dari mak saudaraku yang mengatakan sepupuku Adik Hanan dimasukkan hospital, KBMC..

Katanya, Hanan muntah-muntah..

Td, aku call ibuku yang mengatakan Adik Hanan masih lagi di wad dan makin beransur pulih..

Moga Adik Hanan cepat-cepat sembuh..

Amin..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mahu Adik Hanan kembali sihat selalu..Ya Allah berikanlah Adik Hanan kembali sihat seperti dahulu, Amin2..