AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga kita dapat mengamalkannya..
Pengikut Blog Ayie
Jumaat, 25 November 2011
Banjir Datang Lagi
Assalamualaikum..Kelantan dah banjir, kampung di sekitar kampung aku (Kampung Bunohan) dah mula banjir. Kampung aku hanya kat belakang sawah padi sahaja yang banjir. Umah aku tak kena banjir kerana tempatnya lebih tinggi.
Teringat lagi kenangan masa sebelum aku masuk universiti. Zaman kecik-kecik dulu. Lucu dan seronok bila aku mengenangkan peristawa masa banjir dulu. Banjir di Kelantan biasanya bulan 11, 12 dan bulan 1. Jadi, asal nak banjir jew aku suka coz masa 2 aku suka memukat ikan. Hobilah katakan walaupun aku kurang minat makan ikan darat. Rela duit habis semata-mata nak beli beberapa utas pukat untuk memukat ikan. Paling banyak aku beli 6 utas kot aku beli. Lupa pulak!! Aku suka memukat bila air bah mula naik kat kawasan sawah padi di belakang aku. Masa ini ikan-ikan tengah galak. Pernah aku dapat ikan berkilo-kilo bila ia kena pukat yang aku tahan. Biasanya pada mula-mula air tengah naik. Mungkin ikan dari sungai yang berpindah bila air sungai melimpahi tebing.
Pengalaman seterusnya, masa bah bila dapat main air. Tak sah kalau bah xmain air..haha Masa kecik-kecik dulu, aku siap buat rakit lagi semata-mata nak main air bah. Siap kena marah kat nenek aku lagi kerana tebang pokok pisangnya. haha. Nakal jugak aku dulu-dulu yea. Seingat aku, masa air bah dekat dada dan tengkok aku sempat mandi dan bermacam-macam gaya renang aku cuba dengan keselamatan diutamakan. Nakal-nakal jugak, keselamatan tak dilupakan jugak.
Aku suka juga naik bot bila bah berlaku. Biasanya aku naik bot di kampung sepupu aku kerana kampungnya kalau banjir memang akan tenggelam kerana dekat dengan Sungai Golok. Orang kampung situ siap buat bot penambang lagi untuk mencari rezeki. Aku naik bot yang kepunyaan sepupu aku. Masa banjir nie la untuk mengelilingi kawasan banjir di sekitar kampung nie. Memang banjir di sini telah menjadi kebiasaan sahaja bagi penduduk di sini bahkan ia dijadikan pesta pula dengan jual putu ubi yang menjadi kegemaranku.
Kali nie aku tak dapat merasa kehangatan bermain air bah. Sedihnya, tak dapat balik kerana berada di perantauan. Sabar je la.. Lain kali boleh main air bah lagi. Nie beberapa gambar yang diambil semasa bah di belakang umahku ketika dahulu.
AYIE PUTRA berkata-kata: Kenangan lama yang mengamit memoriku..
Khamis, 24 November 2011
Rabu, 23 November 2011
Coming Soon
OMBAK RINDU THE MOVIE
Assalamualaikum..Entry kali nie aku nak cerita pasal satu movie yang best bagi aku. Aku suka sangat movie nie walaupun aku baru sahaja tengok trailer. Cerita nie penuh dengan emosional kerana ia merupakan sebuah cerita yang diadaptasikan daripada sebuah novel. Bakal ditayang pada 1 DISEMBER 2011. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Maya Karim, Aaron Aziz dan Bront Palarea. Selamat Menonton..
Sinopsis OMBAK RINDU:
Filem Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Trailer OMBAK RINDU:
AYIE PUTRA berkata-kata: Sediakan tisu yang lebih bila nak tengok movie nie..hehe
23-11-2011
Assalamualaikum..20.11.2011..Menarik kan tarikh nie??? Walaupun ia telah berlalu namun ia tetap menjadi bualan orang ramai akan susunan nombor tersebut. Namun, tarikh 23-11-2011 lebih lagi menarik bagi aku..Nak tahu kenapa???
AYIE PUTRA berkata-kata: Maaf, xde hadiah istemewa untukku hadiahkan kepadamu melainkan ucapan dan doa..^___^
Tarikh 23-11-2011 tak kurang menariknya daripada 20-11-2011 yang menarik itu. Tapi tarikh 23-11-2011 adalah tarikh Birthday adik aku, Zulhafiz buat kali yang ke-21 tahun. Beliau adalah special bagi aku kerana dia merupakan satu-satunya adik aku. Al-maklumlah aku hanya ada 2 adik-beradik saja..Dengan ucapan semoga Zul beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, dimurahkan rezeki serta beroleh keberkatan olehNya. Amin2..Jom dengar lagu nie..
AYIE PUTRA berkata-kata: Maaf, xde hadiah istemewa untukku hadiahkan kepadamu melainkan ucapan dan doa..^___^
Selasa, 22 November 2011
HARIMAU MALAYA telah MEMBUKTIKANNYA
Wajah kegembiraan terpancar bagi setiap pemain bola sepak MALAYSIA apabila berjaya menundukkan garuda..Kami wakil seluruh rakyat MALAYSIA mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat HARIMAU MALAYA yang telah bermain bersungguh-sungguh. Semoga kejayaan akan tercipta lagi selepas ini..
AYIE PUTRA berkata-kata: Harimau Malaya sememangnya kuat..
Malaysia JUARA
Syukur Alhamdulillah team bola sepak Malaysia menang pingat EMAS seterusnya mengekalkannya untu 2 tahun berturut-turut. Nervous semasa aku tengok live kat Astro tadi. Walaupun team negara Indonesia telah mendahului 1-0 separuh masa pertama. Gol team Indonesia dilakukan oleh tandukan Gunawan. Masa kedua, Malaysia telah menyamakan gol di mana 1-1 antara Malaysia dan Indonesia. Gol penyamaan Malaysia dilakukan oleh Asrarudin Putra sehinggalah Malaysia dan dan Indonesia seri 1-1 ke masa penamat dan kedua-dua pasukan bermain pada masa tambahan namun keputusan tidak berubah membawa ke sepakan penalti dibuat.
Alhamdulillah, Malaysia menang dengan penalti 4-3..Apapun HARIMAU MALAYA tetap hebat kerana telah meratah Garuda di stadium sendiri. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH buat MALAYSIA yang telah membuktikan negara kita boleh menang..
Langgan:
Catatan (Atom)








