Pengikut Blog Ayie

Isnin, 5 Disember 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum.. Siapa xkenal Khairul Fahmi atau Apex yang mengharumkan nama negara kerana menjadi penjaga gol terbaik buat skuad Harimau Malaya. Di sebalik kejayaan Apex kini tidak dapat lari daripada kontroversi dan pelbagai tomahan negatif yang berlaku ke atas Apek. Aku tak mahu nyatakan apa kontroversinya sebab korang mungkin dah tahu banyak cerita mengenai Apek di media massa. So, pendapat akula biarlah dia dengan masalah dia. Dosa dan pahala beliau biarlah Allah yang menentukan. Tak perlulah kita sebagai manusia untuk menghukumnya, biarlah dia dengan Allah yang mengadilinya. Lagi pun kita sebagai manusia dah cukupkah pahala kita untuk mengaibkan orang lain. Fikir-fikirkanlah. Kita juga tak sepatutnya membuka aib seseorang sebab dalam agama pun melarang umatnya membuka aib orang. Kalau nak nasihat seseorang pun gunalah cara yang berlandaskan agama.


Kembali ke tajuk utama entry kali nie mengenai berita sedih yang berlaku kepada Apex dan keluarganya. Terkejut tadi bila aku baca berita sedih Apex dan keluarganya apabila adik Apek, Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16 tahun yang pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 pagi  tadi kerana denggi & demam panas. Takziah kepada Apex dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan oleh-Nya. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada  Allahyarham. Semoga arwah di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin..



AYIE PUTRA berkata-kata: Dari-Nya kita datang & dari-Nya kita kembali..

Coming Soon:KL Gangster 2

Assalamualaikum.. Setelah KL Gangster 1 yang hangat dengan penonton dan kutipan beberapa juta sekarang KL Gangster 2 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Bagi aku, aku suka sangat tengok movie KL Gangster 1 hari tue kerana ceritanya setanding cerita dari luar negara dan penuh dengan aksi. Tue yang aku suka sangat tengok macam real punyer. Aku dah boring tengok movie banyak mengisahkan cinta dan hantu. So, kalau ada cerita macam nie okla, boleh release tension. Tol x??? Antara pelakon dalam movie ini antaranya Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Adi Putera, Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar & Rosyam Nor.


 
SINOPSIS:
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong. Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan ibunya?




AYIE PUTRA berkata-kata: Kalau movie OMBAK RINDU aku suka..Tak sabar nak tunggu kemunculan KL Gangster 2..

Wordless#Monday::Thanks a Lot


AYIE PUTRA berkata-kata: Terima kasih kepada kawan Ayie yang bagi hadiah nie..

Sabtu, 3 Disember 2011

Malam Kokurikukulum 2011

Assalamualaikum..Best semalam aku tengok persembahan sempena Hari Kokurikulum 2011 di Dewan Budaya. Aku sangat terhibur dengan persembahan mereka antaranya persembahan tarian moden dan tradisional, gitar, okestra Cina, kawad badan uniform, pentomin, koir dan sebagainya. Hilang tension dengan assignment bila tengok persembahan ini ada yang lucu membuatkan hati aku dan penonton tergelak. Rugi siapa tak mai malam tue. Nie antara gambar yang sempat aku snap masa pesembahan tersebut.














AYIE PUTRA berkata-kata: Teringat lagi persembahan yang aku asyik tergelak..haha

Jumaat, 2 Disember 2011

Wordless#Friday:Maskot & Logo Sukan Olimpik 2012 Yang Pelik




AYIE PUTRA berkata-kata: Percaya atau Tidak???Mungkin ada agenda di sebaliknya. Anda tengok dan menilainya sendiri..

Khamis, 1 Disember 2011

Puisi Daripada Suami Kepada Isteri Tercinta

Sangat tertarik bila aku baca puisi Zahiril kepada Shera yang penuh dengan makna.. Puisi khas daripada suami untuk isteri yang tercinta.. Aku ingin ucapkan Selamat pengantin baru untuk pasangan Zahiril dan Shera. Semoga kekal hingga akhir hayat. Jom baca puisi tersebut.

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


AYIE PUTRA berkata-kata: Nak cipta puisi jugaklah di hari perkahwinan aku nanti..hoh0

Musim KahwinTiba Lagi

Assalamualaikum.. Asal cuti sekolah sahaja pelajar sekolah semua happy. Bagaimana pula yang nk menuju gerbang perkahwinan?? Mestilah bertambah seronok lagi, masa cuti beginilah ramai orang buat kenduri atau bekwah. Tengok sajalah bunga manggar yang terpacak kat tepi jalan 2.. Itu tandanya ada kenduri la tue. Tak kira di bandar atau kampung kebanyakan mereka memilih tarikh untuk membuat kenduri kahwin bila tibanya cuti sekolah. Mungkin masa cuti ramai orang bekerja bercuti seperti cikgu. Lagipun masa cuti sekolah inilah sanak-saudara dapat berkumpul. Kalau bukan masa cuti sekolah agak susah sikitla nak balik.

Aku suka kenduri kat kampung aku. Nak tahu kenapa? Mestilah best sebab semangat gotong-royong antara penduduk kampung dapat dilihat antaranya sikap tolong-menolong membuat persiapan kenduri. Kalau hari sebelum kenduri, ada jiran-jiran tolong dirikan khemah, persiapan untuk memasak dan sebagainya. Di sinilah kita boleh tengok mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Masa kenduri lagi best, sebabnya orang lelaki dan wanita saling bekerjasama. Macam kenduri di kampung aku, yang menyediakan bahan masakan adalah wanita dan yang memasaknya adalah lelaki. Itu yang uniknya bila kenduri kat kampung aku. Paling aku suka makan gulai kawah. Menu wajib bagi setiap kenduri. Selain itu, ada acar masak umbuk kelapa, ayam pedas, ayam kurma, pencuci mulut dan sebagainya. Tak lupa juga semasa kenduri ada jemputan DJ khas yang tak kering gusi dan celoteh yang menghagatkan majlis kenduri tue selain lagu-lagu yang di putarkan, ada acara silat sepanjang majlis kenduri tue. Pada malamnya ada persembahan dikir bagi memeriahkan majlis kenduri tue. Memang terhibur. Itulah yang paling best kenduri kat tempat aku.

So, kepada yang mendirikan rumah tangga di bulan cuti sekolah ini, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.



AYIE PUTRA berkata-kata: Orang lain ramai dah kahwin.. Aku bila lagi??haha