Pengikut Blog Ayie

Isnin, 14 Mac 2011

Ayie dan Final Exam ke???


 Lebih kurang 3 minggu l nk study week..
Xsabar nk blk study kat umah..
Lagi lama duk kat sini lg tension..
Tiket belum beli lagi..
Xde org nk sponsor ke???hehe
Mlm nie entry pasal exam jew..
Draf kuning dah kuar..
Xsbr nk hbskan sem nie..
Thn depan final year dah (Macam xcaya jew)huhu
Kat bawah nie ada draf kuning Final Exam Ayie..
18/4/11 (HGF 227)
22/4/11 (SBU 343)
27/4/11 (HGT 219)
28/4/11 (SBW 201)
MERDEKA!!!

Exam kali nie Ayie xtau r camnew coz sem nie ada paper kiler (HGT219)..
Kalau HGF227 (Iklim, Cuaca dan Biogeografi) soalan dia biasanya apa yg diajar dlm kuliah dan isu2 semasa..
SBU343 (Pengurusan Sistem Kesihatan)..Soalannya pasal kesihatan jew..
Tp xtau nk skor soalannya camnew..
Tp perlu fokus pada pembentangan kumpulan, mungkin 1 0r 2 soalan masuk..
HGT219 (Kaedah Kuantitatif dan Analisis Ruangan)..
Soalannya lebih pada pengiraan dan esei..
Yg pengiraan 2 Ayie kureng sikit..hehe

Yg ptg exam nanti buat yg terbaik, result biar gempaq..
Last sekali SBW201 (Teori dan Isu Pembangunan)..
Yang nie lg byk topik kena ulangkaji cz tiap2 minggu ada tutorial dan soalan lain2..
Nk skor pun agak susah sikit r..
Tp kalau baca, ingat dan faham Insyaallah blh jawab..
2 jew entry kali nie..
Xlarat nk taip, ngantuk..
Selamat Beramah..
PNGK, ASSIGNMENTS???tension2..
P/S:Selamat Mengulangkaji dan Semoga Berjaya..Cuti2 jugak study week 2, buku jgn lupa baca..hehehe

Sabtu, 12 Mac 2011

Gigih ke Pasar Malam


Gara2 nak makan nasi kerabu kat pasar malam td..
Ayie xkira hujan yg turun..
Tambahan lg sakit kepala yg Ayie alami xhilang lg..
Gigih tol..
Walaupun kurang sihat, teringin nk mkn nasi kerabu sakit/hujan diketepikan..
Dashyat tol Ayie nih..hehe
Pasar mlm 2 kat Sg Dua..
Dlm 1000 meter gakz pasar mlm 2 dgn hostel Ayie nie..
Thanks Jiwa Sastera(Syukri) sudi temankan Ayie p pasar malam..
Ayie just beli nasi kerabu dan apom jew..
Lapar sgt coz xmkn nasi lg hari nie..
Nasi kerabu kat sini sedap gakz cam kat Kelantan punyer..
Ayie ambek ayam bakar jew sbg lauk..
Harga RM5 jew..Murah kan???
Biasanya, xsah kalau dtg pasar malam nie xbeli air soya/bandung..
RM1 jew..
Very cheap kn???
Nie la nasi kerabu yg Ayie maksudkan..
Sedap sampai menjilat ibu jari tangan..hehe

Hari nie Ayie xambil sambal/sayur coz nk mkn ubat..

Nie apom yg Ayie beli, cukup rasa,cukup sedap..hehe
P/S: Bagi mereka yg belum cuba mkn nsi kerabu, blhla cuba sekarang..Sedap xterkata..Cuba sekali tentu nak lagi..hehehe

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa
Filem ke-8 terbitan KRU Studios tamat sesi penggambaran


Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).
Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.
Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.
Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Hikayat Merong Mahawangsa dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010.

KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama kepada MOSTI dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana banyak membantu dalam pembikinan filem ini. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.
SENARAI KREW & KAKITANGAN
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim
SENARAI PELAKON
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior
Credit to Sensasi Selebriti
Xsabar nk g tengokkk!!!!
Orang semua kata best..

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH KE-48

ABAH KAULAH RAJA DIHATIKU

Abah
Terima kasih di atas segalanya,
Kau tidah pernah mengeluh,
Malah sentiasa tersenyum,
Walau digamit keperitan,
Abah
Kini segala pengorbananmu,
Hampir terbalas,
Anakmu kini berjaya ke menara gading,
Dan percayalah,
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu,
Yang pasti aku tak pernah lupakanya,
Dan kini,
Aku begitu merinduimu,
Walaupun kita berjauhan,
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini,
Demi masa depanku dan harapanmu,
Namun percayalah abah,
Anakmu dirantauan ini,
Tidak pernah sesekali melupakanmu,
Dan percayalah aku begitu menyayangimu,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran..



Sajak Buat Ayah Tersayang..

 
Ku atur langkahku sebak,

Syahdu dan gementar,

Ada tangisan di wajah,

Menyentuh kenangan,

Ayah selalu berkisah,


Di samping pesan dan nasihat,


Masih basah di keringat,


Memantul warna senja igatanku padamu,


Tanpa sungutan..

,
Waktu ayah menyambutku pulang,



Usiamu diterjah putih kelabu,



Ada perit getir di wajahmu,



Kedut yang membungkus wajahmu,


Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu,


Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah,


Menghantar seribu luka di tumitmu,


Dulunya menguak rahsia jalan,


Aku menyambut memapah tubuh gementarmu,


Kulihat dengan genang air mata,


Sejuk dahiku kau kucup penuh restu..


Sepohon pokok rendang tua,


Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa,


Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku,


Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah,


Tentang kasihan ibu kepada kami,



Cepat benar masa berlalu
 
Ayah,


Seperti ibu yang selalu menangis gementar,


Memanjat harapan ke hadirat-Nya,


Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan,


Di antara turun hujan dan air matamu..


Ayah,


Anak-anakmu yang sudah dewasa ini,


Sesal dan terharu,


Bagai kehilangan kuasa lidah,


Sekalipun untuk mahu memohon maaf,


Atau....


Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu,


Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan,


Mengharapkan keredaan oleh ayah,


Bertemu bisik hati kami,


Betapa kami sayangkan ayah..
 
Ayah,
Tidak mampu pun suarakan,

Saat kami menyusun jari di pangkuan mu,

Dalam tangisan,
 
Memohon keampunan..

Ayah,


Terima kasih kerana airmata mu,

Tidak pernah gagal prihatin untuk kami,

Terima kasih kerana ingatanmu,

Tidak pernah gagal mengasihani kami,


Terima kasih kasih sayangmu yang takjub,

Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu,

Terima kasih atas segala susah payah,

Tidak pernah gagal memanjatkan doa,

Doa ibu membawa ke syurga...

Doa ayah jalan ke syurga..
 
Selamat Hari Ulang Kelahiran Ayah/Abah/Baba/Papa
----------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah..
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH yg ke-48..

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,berbahgia selalu dan direadaiolehNya..Amin2
Daripada Anakmu diperantauan..

Jumaat, 11 Mac 2011

Tsunami Jepun 2011


Sayu dan pilu melihat penderitaan yg dialami oleh rakyat Jepun akibat Tsunami..
Sungguh dashyat ujian Allah kepada manusia dgn bala bencana spt ini..
Adah ini petanda kiamat semakin dekat???
Sama2 kita renung2kan..
Sejauh mana kita mengelak pun, kalau Allah nk turunkan ujian macam nie kita xboleh mengelaknya..
Moga saudara kita di sana tabah menghadapi ujian ini..TAKZIAH..
Nie beberapa news dan pictures yg Ayie sempat masukkan lam entry kali nie..
Sungguh Dashyat..

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud
2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters
Lagi news........
Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi
Credit to Berita Harian Online  dan Metro Online..





YA ALLAH YA TUHAN KAMI, Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Esa..Lindungilah Kami, Kasihanilah Kami, Sayangilah Kami YA ALLAH..Lindungilah semua umatMu di muka bumi ini daripada malapetaka dan bencana YA ALLAH..

Bilik Vs Tokang Pecah

Alhamdulillah..
Sempat jgk kemas bilik walaupun sakit kepala xhilang lg..
Seblm kemas 2 blk Ayie macam tokang pecah..
Maklumlah hari minggu masa utk berehat dan kemas bilik..
Kalau xhari minggu memang xsempat nk kemas..
Bkn bersepah dgn sampah tapi bersepah dengan buku2 sbg bahan assignment..
Hari nie dlm masa 15 minit Ayie dpt mengemas blk nie dgn kemas..
X macam tokang pecah lg..hehe
Nie pictures blk Ayie yg xmacam tokang pecah lg..





P/S:Rajin tol budak nie..Sejuk perut emak mengandung 9 bln dapat anak yg rajin macam nie,hehe..Selamat Beramah..



TSUNAMI di JEPUN 11 Mac 2011


Tadi baru tgk berita Jepun dilanda TSUNAMI pula sepepas negara Acheh pada tahun 26/12/2004..
Kini, 11/3/2011 detik hitam berlaku di Jepun pula
Masyaallah..
Sunggun dasyat Ayie tgk vedio 2..
Kalau xsilap Ayie kekuatan gempa tue 8.9 magnitud..
Ketinggian ombak pun paling tinggi drp tsunami yg berlaku di Acheh dulu..
Takutnya Ayie..
Mungkin di Jepun terdpt byk bangunan jika dibandingkan kat Acheh..
2 sebab tsunami yg berlaku di kedua2 tempat berbeza..
Kereta yg dibawa arus tsunami bagai kotak2 yg terapung..
Takut, kalau benda nie berlaku di tempat Ayie..
Mintak2 dijauhkan daripada semuanya..
Kat Jepun, nyawa yg terkorban Ayie xsure ag..
Kalau korang nk kepastian blh rujuk news..
Mungkin semua yg berlaku nie sebagai ada sebabnya..
Kita xtahu..Hanya  Allah saja yg tahu..
Nie juga tanda2 kiamat kecil akan berlaku..
Ayie mengucapkan takziah kepada semua mangsa yg terlibat dalam kejadian tsunami nie..
Moga tabah dalam menghadapi dugaan olehNya ini..


P/S:Takut nk pergi jalan2 tepi pantai kat Penang nie..Banyak negara telah mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku..