Pengikut Blog Ayie

Selasa, 19 April 2011

Ayie & Dinner

Hey guyz, baru sempat nk update blog..
Walaupun event 2 dah berlalu..

Ayie nk story jgk pasal dinner utk sidang nie
Kalau xsilap 5 dinner Ayie join..
Hehe..

Nk share pasal dress yg Ayie pakai masa dinner hari 2..
Al-maklumlah Ayie xpandai nk berfesyen macam org laen..
Hehe..(Low Profile la plk) JJJ

Daripada 5 dinner yg Ayie join 2 kali jew Ayie dpt Anugerah Pakaian Terbaik..

Thanks..Mood happy masa 2..
Julung2 kali dpt Anugerah macam nie..

Dinner Permas


Dinner Kelab Sejarah

Dinner Permata
Dinner Kelab Geografi
Hadiah yg Ayie dapat utk Anugerah Sultan utk Kelab Sejarah
&
Anugerah King utk Kelab Geografi
 
p/s: Harap semesta depan dpt menang lagi..InsyaAllah.. JJJ

Makan Kueh..

Salam, entry kali nie mengenai kuih yang femes kat Kelantan bila tiba puasa..
Sedap kuih nie..




Ada bermacam2 warna (kuning,hijau,merah,oren dll)
Ayie xtau la korang panggil kuih nie nama apa..
Ada yang panggil Kuih Puteri Mandi, Teri Mandi, Kuih Kepik Idung..
Kalau Kuih Puteri Mandi org panggil may be sebab kuih 2 digambarkan sebagai puteri sedang mandi mean kelapa parut yg menjadi kuah kuih 2 kot..
Kalau Kepik Idung mungkin rupa kueh 2 yang kempis dan kemek..
Org panggil kuih apa pun itu xpenting..
Yg penting rasa kuih 2..
Memang sedap..
Lemak2 Manis..
Masa study week hari ibu Ayie buatkan kuih ini..
Umm..
Sedap sungguh coz lama xmakan kuih Kelantan kalau xtiba bln puasa..
Yum2 sampai menjilat ibu jari..huhu J

HKLBR Pecah Panggung!!!

Hebat betul penangan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah sampai semua org terikut2 setiap kata2 yg dibawa oleh watak..


Daripada kanak2 hinggalah org tua tahu tagline lam citer nie..
Bg Ayie citer nie memang best giler..
5 stars tuk citer nie..

Comprak "Plawok, plawok, plawok"

Rasa hilang tension tgk citer nie wlpn berulang2 kali..
Sampai kecut perut duk tergelak2kan adegen lawak dlm citer nie..
Lawak sungguh sampai xterkata..
Nk tau cubala tgk..

Tok Bomoh pun kena sampuk, haha..

Dgr ura2 citer nie mmg pecah panggung..
Sampai 5 juta plus2 kutipan citer nie..
Tahniah kpd pengarang yg buat citer nie..
Ucop "Angkat tangan macam saya"

 
Lokasi penggambaran HKLBR..

Antara pelakon2 citer nie:
Awie
Ummi Nazeera
Johan
Zami Ismail
Man Kadir
Pekin Ibrahim
Shy8
& ramai lagi..

Lepas citer nie pecah panggung byk plk pages baru kat facebook..
Bak cendawai yg tumbuh slps hujan..
Bisa sungguh citer nie sampai merebak satu dunia..hehe
Antara link facebook berkaitan Hantu Kak Limah Balik Rumah:
1
 2
 3
4
5
6
7
8
9
10
Nak byk link lg try cari kat facebook..
Banyak berbeno macam pisang goreng panas2..
Selamat beramah!!!

Tip2 Menghadapi Final Exam..

Entry kali nie Ayie just nk share tip2 sebelum kita menghadapi peperiksaan yg boleh membantu kita dlm membuat persediaan..



Antara tip2 yg boleh diamalkan:

Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini.

Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.

Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di universiti, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan.

Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di universiti dan di rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di universiti mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pen, pensel dan pemadam, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke dewan peperiksaan.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Di sini terdapat serba sedikit tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan yg kini sedang berlangsung.

 Di harap dengan panduan tip-tip di atas sumber drp Berita Harian, kita sebagai pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Selamat Beramal dan Semoga Berjaya!!!

Saya Nak DEKAN semesta ini..

Salam, awal Ayie bangun hari nie sejak minggu exam tiba..
Kalau x minggu exam mesti tido blk..
Motif entry kali nie sampai x tido gara2 nk study..
Biasala Ayie suke study last minute..he2
Semua org xkira universiti mana sekrg mesti sibuk duk study..
Maklumla masing2 ada impian dan harapan utk berjaya dengan cemerlang dlm exam..
Yg paling penting nie..
Terraaaaaaaaa..
Saya Nak DEKAN semesta nie..
Bukan senang nk DEKAN dan bukan susah x nk DEKAN.. 

Tinggi impian dan harapanku serta semua pelajar nak Anugerah Dekan..
Nak merasa jgk nikmatnya camnew spt org yg pernah dapat..
Insyaallah dgn usaha yg lebih, doa dan tawwakal pada yg Esa kita mampu utk berjaya dan dapat Dekan..Amin2
Good Luck semua..
Nk DEKAN ???
“Gantunglah cita2mu setinggi langit, tanamkan azammu sedalam2 lautan”
Tidak mustahil nk dpt DEKAN jika kita berusaha bersungguh2 utk mendptkannya..GoGoGo

Isnin, 18 April 2011

Final Exam 2011

Alhamdulillah..
Bermulanya perjuanganku dlm peperiksaan semesta ini dgn first paper pd petang td..
Tinggal beberapa paper lagi sebelum Ayie menamatkan Second year..
Exam td??
Ok, boleh jawab dgn baik..
Ada soalan yg senang dan ada yg susah sikit..
Sampai tangan naek kebas 3 jam tangan menulis tanpa henti..ha3
Sekarang tawwakal jew yg mampu coz Ayie dah buat sebaik mungkin..
Utk exam yg seterusnya Ayie ucapkan semoga berjaya buat diri sendiri dan semua sahabat2 Ayie..
Semoga korang semua berjaya..
Jgn lupa bykan study dan berdoa kpd yg Esa moga dipermudahkan dlm menjawab exam..


Good Luck For All!!

Rabu, 30 Mac 2011

Apam Bakar Kelantan

Pernah x mkn kueh nie..


Kuih nie pemes kat Kelantan..

Nama kueh nie Apam Bakar..

Kueh nie ada story kenapa org panggil apam..

Kalau kat negeri luar susah nk tengok kueh nie..

Memang sedap kueh nie..

Kat kelantan dulu2 apam ni salah satu kuih yg dihidangkan masa buat kenduri tahlil untuk 40 hari..

Mungkin adat org Kelantan kot buat keh nie masa tahlil yg ke 40 hari..

Kueh ini juga sesuai untuk ibu2 yg dlm pantang sbb resipinya ada halia dengan lengkuas..

Nk yg sedap kena bakar dgn dapur kayu macam bakar kueh baulu..

Nie adalah resepi nk buat kueh apam..

Tryla buat..

Senang jew..huhu

 APAM BAKAR

Bahan2nya:

1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh lada hitam
~~~semua bland dan ambik airnya saje..
1 sudu besar yis mauripan
4-5 biji pisang~~~dibland
1 cwn gula~~~manis ikit sesuailh
1/2 paket tepung beras
air secukupnya
kelapa putih~~~digaul sedikit garam untuk mkn ngan apam nnt..

Cara2nya:

Masukkan air halia n gula kedlm bland..

Masukkan tepung n sedikit air bland hingga tepung sebati..

Adunan agak2 cair-pekatnya mcm adunan kuih ketayap..

Lepas tuang adunan td kedalam bekas besar@besen,periuk ke janji bekas suda..

Masukkan pisang dan akhir sekali letak yis kacau2 biar rata..perap adunan ni selama 4-5 jam..

Lepas tu bolehlh bakar kat kuali ..letak mnyak sikit kat kuali mcm kita buat penkek biasa tu..

Kalau nk buat mnum ptng buat adunan belah pg,ptng boleh bakar..
 Selamat mencuba..hehe

P/S:Senang jew nk buat kueh nie..Apam bakar makan bersama kelapa, sedap sehingga menjilat ibu jari kaki..Oppsss!!!Silap, sedap sehingga menjilat ibu jari..Belum cuba belum tau!!!