Assalamualaikum..Macam best jew entry kali nie..Kalau sebuat pasal makan, perut aku mulalah nak mintak itu ini..hehe. Kali nie aku teringin pula nak makan kepci. KFC la tue, sebab lamadah tak pergi KFC. Malam nie entah kenapa teringin nak makan KFC. Paling best aku suka makan KFC kalau dah boring makan nasi. Sekali-sekala apa salahnye..hehe
Pengikut Blog Ayie
Selasa, 29 November 2011
Teringin Nak Makan KFC
Sabtu, 26 November 2011
SALAM MA'AL HIJRAH
Assalamualaikum..Selamat menyambut tahun baru 1 Muharram dan salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh negara. Semoga tahun baru Hijrah ini memberi seribu makna kepada kita. Berhijrahlah ke arah yang baik atau ke arah yang lebih baik.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1) Berpuasa- Maksud Hadis : Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
- Maksud Hadis : Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2) Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3) Berdoa
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Antara amalan sunat pd hari Asyura ( 10 muharram )
Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya..Salam Ma'al Hijrah buat semua.
Jumaat, 25 November 2011
Banjir Datang Lagi
Assalamualaikum..Kelantan dah banjir, kampung di sekitar kampung aku (Kampung Bunohan) dah mula banjir. Kampung aku hanya kat belakang sawah padi sahaja yang banjir. Umah aku tak kena banjir kerana tempatnya lebih tinggi.
Teringat lagi kenangan masa sebelum aku masuk universiti. Zaman kecik-kecik dulu. Lucu dan seronok bila aku mengenangkan peristawa masa banjir dulu. Banjir di Kelantan biasanya bulan 11, 12 dan bulan 1. Jadi, asal nak banjir jew aku suka coz masa 2 aku suka memukat ikan. Hobilah katakan walaupun aku kurang minat makan ikan darat. Rela duit habis semata-mata nak beli beberapa utas pukat untuk memukat ikan. Paling banyak aku beli 6 utas kot aku beli. Lupa pulak!! Aku suka memukat bila air bah mula naik kat kawasan sawah padi di belakang aku. Masa ini ikan-ikan tengah galak. Pernah aku dapat ikan berkilo-kilo bila ia kena pukat yang aku tahan. Biasanya pada mula-mula air tengah naik. Mungkin ikan dari sungai yang berpindah bila air sungai melimpahi tebing.
Pengalaman seterusnya, masa bah bila dapat main air. Tak sah kalau bah xmain air..haha Masa kecik-kecik dulu, aku siap buat rakit lagi semata-mata nak main air bah. Siap kena marah kat nenek aku lagi kerana tebang pokok pisangnya. haha. Nakal jugak aku dulu-dulu yea. Seingat aku, masa air bah dekat dada dan tengkok aku sempat mandi dan bermacam-macam gaya renang aku cuba dengan keselamatan diutamakan. Nakal-nakal jugak, keselamatan tak dilupakan jugak.
Aku suka juga naik bot bila bah berlaku. Biasanya aku naik bot di kampung sepupu aku kerana kampungnya kalau banjir memang akan tenggelam kerana dekat dengan Sungai Golok. Orang kampung situ siap buat bot penambang lagi untuk mencari rezeki. Aku naik bot yang kepunyaan sepupu aku. Masa banjir nie la untuk mengelilingi kawasan banjir di sekitar kampung nie. Memang banjir di sini telah menjadi kebiasaan sahaja bagi penduduk di sini bahkan ia dijadikan pesta pula dengan jual putu ubi yang menjadi kegemaranku.
Kali nie aku tak dapat merasa kehangatan bermain air bah. Sedihnya, tak dapat balik kerana berada di perantauan. Sabar je la.. Lain kali boleh main air bah lagi. Nie beberapa gambar yang diambil semasa bah di belakang umahku ketika dahulu.
AYIE PUTRA berkata-kata: Kenangan lama yang mengamit memoriku..
Khamis, 24 November 2011
Rabu, 23 November 2011
Coming Soon
OMBAK RINDU THE MOVIE
Assalamualaikum..Entry kali nie aku nak cerita pasal satu movie yang best bagi aku. Aku suka sangat movie nie walaupun aku baru sahaja tengok trailer. Cerita nie penuh dengan emosional kerana ia merupakan sebuah cerita yang diadaptasikan daripada sebuah novel. Bakal ditayang pada 1 DISEMBER 2011. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Maya Karim, Aaron Aziz dan Bront Palarea. Selamat Menonton..
Sinopsis OMBAK RINDU:
Filem Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Trailer OMBAK RINDU:
AYIE PUTRA berkata-kata: Sediakan tisu yang lebih bila nak tengok movie nie..hehe
Langgan:
Catatan (Atom)