Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 12 Mac 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH KE-48

ABAH KAULAH RAJA DIHATIKU

Abah
Terima kasih di atas segalanya,
Kau tidah pernah mengeluh,
Malah sentiasa tersenyum,
Walau digamit keperitan,
Abah
Kini segala pengorbananmu,
Hampir terbalas,
Anakmu kini berjaya ke menara gading,
Dan percayalah,
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu,
Yang pasti aku tak pernah lupakanya,
Dan kini,
Aku begitu merinduimu,
Walaupun kita berjauhan,
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini,
Demi masa depanku dan harapanmu,
Namun percayalah abah,
Anakmu dirantauan ini,
Tidak pernah sesekali melupakanmu,
Dan percayalah aku begitu menyayangimu,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran..



Sajak Buat Ayah Tersayang..

 
Ku atur langkahku sebak,

Syahdu dan gementar,

Ada tangisan di wajah,

Menyentuh kenangan,

Ayah selalu berkisah,


Di samping pesan dan nasihat,


Masih basah di keringat,


Memantul warna senja igatanku padamu,


Tanpa sungutan..

,
Waktu ayah menyambutku pulang,



Usiamu diterjah putih kelabu,



Ada perit getir di wajahmu,



Kedut yang membungkus wajahmu,


Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu,


Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah,


Menghantar seribu luka di tumitmu,


Dulunya menguak rahsia jalan,


Aku menyambut memapah tubuh gementarmu,


Kulihat dengan genang air mata,


Sejuk dahiku kau kucup penuh restu..


Sepohon pokok rendang tua,


Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa,


Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku,


Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah,


Tentang kasihan ibu kepada kami,



Cepat benar masa berlalu
 
Ayah,


Seperti ibu yang selalu menangis gementar,


Memanjat harapan ke hadirat-Nya,


Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan,


Di antara turun hujan dan air matamu..


Ayah,


Anak-anakmu yang sudah dewasa ini,


Sesal dan terharu,


Bagai kehilangan kuasa lidah,


Sekalipun untuk mahu memohon maaf,


Atau....


Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu,


Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan,


Mengharapkan keredaan oleh ayah,


Bertemu bisik hati kami,


Betapa kami sayangkan ayah..
 
Ayah,
Tidak mampu pun suarakan,

Saat kami menyusun jari di pangkuan mu,

Dalam tangisan,
 
Memohon keampunan..

Ayah,


Terima kasih kerana airmata mu,

Tidak pernah gagal prihatin untuk kami,

Terima kasih kerana ingatanmu,

Tidak pernah gagal mengasihani kami,


Terima kasih kasih sayangmu yang takjub,

Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu,

Terima kasih atas segala susah payah,

Tidak pernah gagal memanjatkan doa,

Doa ibu membawa ke syurga...

Doa ayah jalan ke syurga..
 
Selamat Hari Ulang Kelahiran Ayah/Abah/Baba/Papa
----------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah..
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH yg ke-48..

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,berbahgia selalu dan direadaiolehNya..Amin2
Daripada Anakmu diperantauan..

1 ulasan:

  1. TANPAmu abah & ibu Ayie mungkin xada di dunia ini..Terima kasih kedua2nya yg byk berjasa kpd ku..Sungguh besar pengorbananmu sehingga Ayie berjaya ke menara gading..Ayie mendoakanayah & ibu berada dlm keadaan sihat2 selalu dan dimurahkan rezeki olehnya..Selamat Hari Ulangtahun Abah..I LOVE U SO MUCH..

    BalasPadam