Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 11 Mac 2011

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ABAH!!!


Warkah Untuk Birthday Abah!!!
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar...
Ia sudah melimpah ruah…

Kerana abah aku disini...
Kerana abah aku gembira...
Kerana abah kuterasa bahagia…
Abah oh abah...

Abah…
Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh...
Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah...
Semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja...
Abah…
Ketika aku mengalah…
Engkau semangatku...
Ketika aku sakit…
Engkau penawarku...
Ketika aku bersedih…
Kau air mataku...
Ketika aku ketawa...
Engkau riangku...
Dan ketika engkau berduka?
Aku harap akulah penawar duka laramu...
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran abah...
______________________________________
Esok, tanggal 12 Mac 2011 hari yang paling bermakna bagi Ayie dan keluarga..
Coz  esok adalah Birthday Abah..
Ayie sangat sayangkan Abah..
Jasa2 abah xterbalas Ayie rasa sebagai seorg bapa dan suami..
Sebagai seorg anak, Ayie bersyukur dapat ayah seperti Abah..
Ayie mendoakan Abah sihat2 selalu..
Doakan Ayie agar jd anak yg soleh..
Warkah ini sebagai hadiah bermakna untuk Abah..
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH



P/S: Hargailah jasa2 kedua ibu bapa kita..Tanpa mereka tiadalah kita..Duit, harta, pangkat boleh dicari tapi ibu bapa hanya satu di dunia nie..So, sayangilah ibu bapa anda..Selamat Beramah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan