Pengikut Blog Ayie

Isnin, 21 November 2011

DO THE BEST!!!

Assalamualaikum..Sebentar lagi aksi final bola sepak akan bermula apabila MALAYSIA vs INDONESIA pada malam ini..Berdebar rasanya..hoh0, Harap Malaysia akan MENANG dan dapat mengekalkan PINGAT EMAS untuk acara bola sepak..All the best!!!


AYIE PUTRA berkata-kata: Harimau Malaya Boleh!!!

Kestresan Menyiapkan Assignments

ASSIGNMENT..ASSIGNMENT..ASSIGNMENT.. Walaupun assignment aku punyalah banyak sempat lagi aku mengUpdate blog..haha.. Assignment membuatkan aku stress bila dah nak submit, kena cari buku-buku untuk rujukan ditambah pula dengan minggu test bagi setiap subjek aku. Buat masa sekarang baru satu test sudah habis, ada 2 3 paper lagi. Nak kena refresh balik apa yang diajar oleh lecturer, al-maklumla ilmu kalau lama-lama xrefresh mesti akan lupa.

Minggu nie ada satu assignment aku kena submit. Yang nie asimen untuk subjek Pemikiran Geografi. So, Alhamdulillah 90% sudah siap, tinggal lagi nak edit jew agar tak ada kesilapan dilakukan. Nak menyiapkan asimen membuatkan aku stress kerana artikel yang aku kena ulas telah menstreskan aku nak cari bidang, metodologi dan pendekatan yang digunakan dalam artikel nie. Sampai lebam kertas artikel tue aku kerjakan.haha. Ada lagi test utk paper Kajian Luar minggu depan. Alamak tak prepair lagi nih.

Dalam seminggu or dua minggu lepas tue asimen untuk subjek Analisis Wilayah Geografi pula nak kena hantar. Ades!!!Aku dapat tajuk nak kata senang susah, nak kata susah senang. Minggu nie kena cari bahan-bahan untuk rujukan. Untung ler member-member aku yang dapat tajuk senang. Lepas tue Report Homestay pula kena harta, pastue proposal Projek dan akhir sekali Kajian Luar yang submit hujung bulan 12. Baru start tulis sikit, fuh nak siapkan 50 pages kot. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.


AYIE PUTRA berkata-kata: Demam assignment pun sudah, nie nak demam exam pula coz jadual peperiksaan dah kuar..hoho

Ahad, 20 November 2011

Wordless#Sunday::Samsung Galaxy Ace



AYIE PUTRA berkata-kata: Untung ler kalau ada hp nih!!!

Sabtu, 19 November 2011

Wordless#Saturday:: Sekadar Renungan


AYIE PUTRA berkata-kata: Kongsi untuk manfaat bersama..

Tahniah HARIMAU MALAYA

Tahniah..Tahniah..Tahniah buat skuad Harimau Malaya yang telah mengalahkan skuad Myanmar 1-0 di Sukan Sea Indonesia sebentar tadi. Jaringan dilakukan oleh Fakri Saarani. Harimau Malaya mampu untuk melakukannya dan telah melayakkan Malaysia ke final nanti bagi mempertahankan pingat EMAS yang dimenangi pada Sukan Sea sebelum ini..


Jom tengok aksi kemenangan Harimau Malaya membaham Myanmar


AYIE PUTRA berkata-kata: HARIMAU MALAYA Boleh..Thumb up!!!

Jumaat, 18 November 2011

Wordless#Friday:Tahniah!!!


AYIE PUTRA berkata-kata: Duduk kelas tercorot tak bermakna kita tak pandai..Tahniah adik dah buktikannya yang adik juga boleh berjaya..Thumb up!!!

Khamis, 17 November 2011

Ada Hikmah Dari-NYA

Assalamualaikum..Entry kali ADA HIKMAH DARI-NYA. Sempat untuk aku mengupdate blog selepas balik test untuk paper Alam Sekitar sebentar tadi.


Topik nie mengenai diriku semasa berada di kampus semesta nie. Mungkin ini dugaan daripada-Nya untuk menguji kesabaran hamba-Nya. Kisahnya, aku beberapa kali sakit berturut-turut. Lepas satu sakit pulih, penyakit lain pula yang datang. Aku menganggap ini semua dugaan kepadaku sebagai hamba-Nya. Allah mahu menguji kesabaran dan ketabahan aku menghadapi semua nie. Alhamdulillah, aku dapat menerimanya dengan reda kerana semua nie ujian dari-Nya. Sebagai manusia, aku perlu kuat menghadapinya tanpa berputus asa.
 
 
First sekali masa aku mengalami sakit kepala yang teramat-amat sakit. Susah untuk aku ungkapkan jika seseorang itu tak mengalaminya sendiri. Hanya orang mengalaminya sahaja tahu berapa sakitnya pada masa tue. Aku berserah pada Allah walaupun sakit sangat aku alaminya. Dalam seminggu ada 2 kali or sekali kena sakit nie. So, terpaksalah aku ke klinik untuk mengambil ubat.
 
 
 
Ia mungkin tanda-tanda kearah migrain bila aku pergi jumpa doktor. Sekarang nie alhamdulillah penyakit migrain aku xalami lagi. Allah Maha Mengetahuinya, mungkin kesabaran aku menghadapinya, sakit kepala dah tak aku alami. Pergi medical check up hari pun doktor kata tekanan darah aku berada tahap normal. Alhamdulillah..


Lepas 2 3 minggu berikut aku depan pula.. Dugaan, mungkin keadaan cuaca kat kampus di sini kurang ok menyebabkan aku demam. Lepas tue aku mengalami batuk-batuk pula.. Memang tak tahan asyik batuk-batuk jew, dengan kuatnya dan batuk tak berhenti-henti. Terpaksala berulang-alik pergi klinik ambil ubat. Tak silap aku 2 3 kali jugak la pi sana dan terpaksa ambil MC daripada pergi kuliah. Sampai sekarang aku masih mengalami batuk lagitapi ok sedikit daripada mula-mula batuk hari tue. Ubat batuk yang diberikan oleh doktor pun dah 3 botol aku minum. Sekadar ikhtiar dengan makan ubat klinik dan mencuba pelbagai petua, namun masalah batuk aku nie belum pelih sepenuhnya lagi.


AYIE PUTRA berkata-kata: Sakit itu ada Penyembuhnya..