AYIE PUTRA berkata-kata: Semakin Allah sayangkan hambaNya, semakin kuat dugaan buat kita..
Pengikut Blog Ayie
Jumaat, 13 Januari 2012
Alhamdulillah..
Assalamulaikum..
Morning..
Syukur Alhamdulillah..
Semalam aku dah ambik BAUCAR BUKU RM200..
Terima kasih pada kerajaan yang memberi bantuan tersebut..
Walaupun nilainya RM200 tapi aku berterima kasih kerana dapat beli buku yang bermanfaat untuk aku..
Ilmu pengetahuan lebih bernilai daripada nilai tersebut jika dibandingkan..
So, gunalah baucar tersebut dengan sebaik-baiknya..
Agar ia memberikan 1000 manfaat..
Orang memberi, kita merasa..
AYIE PUTRA berkata-kata: Bersyukur dengan bantuan yang diberikan..
Khamis, 12 Januari 2012
KERAMAT The Movie
Assalamulaikum. Movie pilihan untuk entry hari ini ialah KERAMAT. Memang seram kot. Aku belum tengok lagi walaupun ia dah mula ditayangkan di seluruh pawagam mulai hari ini. Adakah filem ini setanding filem Al-Hijab??? Aku tengok Al-Hijab pun dah macam nak tercabut jantung. Saspen betol. (Tanjat Boboi..hahaha). Movie KERAMAT ini dibintangi oleh Zul Suphian, Mon Ryanti, Rebecca Nur Al Islam, Adey Syafrien, Hairul Azreen, Putri Mardiana.
SINOPSIS
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
AYIE PUTRA berkata-kata: Memang sekarang musim filem berhantu ke?
Memori Semesta 5
Assalamulaikum.. Alhamdulillah, akhirnya aku dah nak habiskan semesta 5 nie. 2 paper lagi aku exam. Moga ia dipermudahkan. Amin. Sebenarnya, nbanyak memori suka duka & pahit manis semasa aku sem nie. Yang pahit & duka tue aku simpan jew dalam hati. Yang aku nak korang tahu sem nie kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Nak tahu kenangan apa???
Kenangan semasa aku ambil kursus Kajian Luar Geografi. Memang seronok bila mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa tersebut. Dalam kursus nie, semua pelajar kena buat kajian luar bergantung pada penyelia masing-masing & tajuk kajian berbeza-beza juga.
Semasa nak pilih penyelia masa tue membuatkan aku blur nak pilih siapa penyelia aku. Tak tahu nak pilih penyelia kajian berfokus kepada Geografi Manusia or Fizikal. So, kerana ikut sahabat aku, aku try isi untuk penyelia yang berfokus kajiannya pada pelancongan. Ramai la pulak yang isi borang itu. Lagi pun penyelia tue buat selected. Memang penyelia tue diminati untuk membuat kajian luar di bawah seliaan mungkin beliau yang baik dan mudah berbicara (mudoh baso ore klate kato).
Aku pun tak mengharap 100% aku akan dapat buat kajian luar dengan penyelia tersebut. Kalau ada rezeki dapatla, kalau tak reda jewla. Memang rezekiku tidak menjadi milik aku kerana aku tak dapat penyelia tue. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku dapat buat kajian luar nie di bawah seliaan Dr. Sue. Mula-mula memang tak beberapa tahu Dr. nie macam mana. Bila dah dapat kajian luar dengannya baru aku tahu beliau memang yang baik sangat. Aku bersyukur dengan ketentuan Allah walaupun pada permulaannya aku minta penyelia lain.
Semua ahli group aku seramai 9 orang. Aku rasa paling sedikit kot bilangan pelajar di bawah beliau jika dibandingkan dengan penyelia lain tak silap aku sampai ada 15 orang. Bagus gak, kalau sedikit, beliau boleh bagi tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya berbanding dengan ahli group yang ramai. Bertuah group kami yang dianggotai oleh Fahmi, Latip dan aku bagi laki. Memang sikit pun. Ahli perempuan pula Farah Hanan, Solehah, Aznie, Anum, Laila dan Isma.
Dengan kajian ini jugalah aku kenal erti permuafakatan antara ahli kami. Berkerjasama semasa mendapatkan responden, analisis data dan banyak lagi dilakukan bersama. Di samping, dorongan dan bantuan penyelia kami yang bersusah payah membantu & menjayakan sepanjang kajian ini dilakukan.Tanpa bantuan penyelia macam Dr. Sue, mungkin semua nie tak akan sempurna.
Penyelia kami ini memang baik sangat. Beruntung kami menjadi anak didiknya sepanjang kajian luar dilakukan. Sikap beliau yang selalu ambil berat tentang kami, turun padang semasa pergi sampling dan anlisis data. Susah nak dapat penyelia sebaik beliau. Yang paling best beliau selalu belanja kami. Tak caya tanyalah sahabat-sahabat aku tue. Makan nasi, air dan kuih beliau sponsor. Yang paling best dapat duit RM50 (Duit raya Haji)..hahaha. Sekarang, report kajian luar tue dah dihantar. Tak sabar nak tunggu keputusannya nanti (nervous+excited). Mudah-mudahan dapat result yang cemerlang. InsyaAllah. Aku nak tunjukkan beberapa gambar semasa pembentangan kajian luar hari tue.
Laila
Farah
Aznie
Anum
Reaksi Dr.Sue
Penerangan diberikan
Senyum jew Dr. Sue
Nervous
Isma
Latip
Fahmi
AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga semuanya mendapat A..
Pagi yang Excited
Assalamulaikum..
Morning..
Excited pulak aku pagi-pagi nih..
Hahaha..(Bangun awal)
Ingat nak study tapi xde mood lagi..
Adoi..
Hari ini aku nak pergi ambil baucer buku yang bernilai RM200..
4 keping RM50 setiap satu..
Terfikir gak, nak beli buku apa erk???
Kalau dapat beli buku keagamaankan best gak..
Cam buku Tanyalah Ustaz Azhar Idrus ke..
Boleh jugak tambah ilmu agama..
Jom ramai-ramai kita ambil baucer tue..
Sapa tak nak bagi kat aku jew.(muka xmalu)haha
Tak silap aku pukul 11.00pagi nanti ada pelanjaran baucer tue kat universiti aku..
Nak pergi jugakla..
Nak study, lambat lagi nak exam.
Ringan sikitla bebanan aku sebagai pelajar..
Terima kasih PM..
AYIE PUTRA berkata-kata: Orang memberi kita merasa..
Rabu, 11 Januari 2012
My Love: Siapakah Yang Bertuah Tue???
Assalamulaikum..
Haha, macam jiwang la pulak entry aku nih.
Biasala tue, aku memang jiwang pun.
My Love???
Siapa tue.
Girlfriend aku ke???
Salah tue.
Aku mana ada awekla.
Lagipun siapala suka kat aku.
Xde rupa macam korang (yea erk???) Tipu.
Ada rupa tapi xde yang sudi bertatah di hatiku.
Chewaah, ayat xboleh blah..haha
My Love itu adalah.......hurmmm
Jap lagi aku kasitau..
Bagi surprise sikit.
Something dah lama aku berkenan dan terpikat.
Berkenan kepadamu membuatkan aku teringat-inagtkanmu.
Walaupun orang lain semua dah ada sepertimu.
Aku jew xde.
Mungkin rezeki bukan milik aku lagi.
So, aku kena sabar dan terus bersabar.
Tak lama lagi dikau akanku "pinang".
Kasi power sikit ayat nih. hahaha..
Di mana-mana aku lihatmu, hatiku sentiasa berkenan walaupun namamu berbeza.
Dua-dua aku suka.
Susah nie bila 2 benda yang sudah aku berkenan.
So, kena buat keputusan yang terbaik agar aku tak salah memilih.
Agar xmenyesal nanti.
Nak tahu My Love aku yang aku selalu berkenan tue..
Nie ha..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
KAMERA DSLR NIKON D3100
Hahahaha..
Inilah My Love aku.
Dah lama aku berkenan nak beli kamera DSLR.
Tapi, belum ada bajet lagi.
Harap tahun ni aku dapat merealisasikan impian yang "terendam" selama ini.
Lagi pun tahun ini last aku belajar & nak bergraduasi.
So, aku tak tahu nak pilih yang mana satu.
Ada yang kata NIKON lebih baik & ada yang kata CANON lebih baik.
Aku dah buat keputusan yang aku akan beli NIKON D3100 nie.
Lagi pun aku baru permulaan nak belajar guna DSLR nie.
Sebelum nie pakai kamera yang biasa jew.
Memangla banyak benefit bila guna kamera DSLR nie daripada guna yang biasa.
Keinginan untuk membeli kamera DSLR nie membuak-buak bila tengok sahabat aku tangkap gambar semuanya cantik.
Lagipun aku suka tengok design Nikon yang lebih cantik & sesuai dengan aku.
Ini kerana disignnya lebih sesuai diguna oleh remaja macam aku nie.
Aku dah survey beberapa kedai, tak silap aku harga kamera nie RM1500 ke bawah.
Bagi aku, buat apa beli kamera mahal-mahal coz aku mahu belajar dahulu selok-belok sebagai photografi.
Nanti kerja nanti bolehla pakai yang mahal. hehe
Tunggu yea My Love.
Nanti kau akan ku punyai.
Tinggal masa dan detik sahaja aku akan angkat kamu.
Mudah-mudah aku dapat memilikinya.
InsyaAllah..
AYIE PUTRA berkata-kata: Makan, minum, tido aku masih teringatkanmu..haha
Langgan:
Catatan (Atom)






