Pengikut Blog Ayie

Selasa, 11 Oktober 2011

Moment:::Hari Melantak SEDUNIA

Nie la lunch aku semasa pergi Penang Hill..
Air Batu Kacang ABC..
RM4 satu gelas..
Kerang Bakar cicah sos..
Harga RM8 satu pinggan..

AYIE PUTRA berkata-kata: Hari makan sedunia..Ingat nak makan soktong bakar Rm12 satu ekor..Budget lari..hoh

Moment::Trip to Penang Hill

Alhamdulillah..

Akhirnya aku dapat menaiki keretapi di Bukit Bendera buat kali ke2..

Bertemankan kawan aku yang happening Fatihah, Azura dan Sabri..

Mula bertolak dari pukul 10pg sehinggalah balik pada pukul9 mlm..

Memang best siot naek keretapi yang baru nie..

1st time aku naek keretapi dulu memakan masa yang agak lama sikit berbanding yang kini di mana lebih kurang 5 minit jew boleh sampai ke kemuncak bukit..

So, harap-harap laen kali dapat datang lagi..

Tiket ke bukit bendera, just Rm4 ringgit untuk student..




AYIE PUTRA berkata-kata: Insyaallah, kalau ada rezeki nak bawa my family datang sini..

Tinggal Kenangan

Assalamualaikum..
Entry kali nie agak sedih sedikit coz ia mengenai haiwan peliharaan (kucing) keluargaku telah mati dua tiga hari lepas..
Aku pun baru tau lepas mak aku call aku semalam..
Katanya, yang ada 4 ekor mati hanya tinggal seekor jew masih hidup..
Mak aku kata mungkin kucing 2 kena penyakit..
So, lepas nie mesti sunyi coz xde dah kucing yang suka bergurau sesamanya..
Kalau x, rumah aku 2 penuh dengan gelagak dan aksi-aksi kucingku yg suka berlari-lari..

AYIE PUTRA berkata-kata: Suka pelihara haiwan peliharaan seperti kucing..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Makan BAKSO..

Alhamdulillah..
Akhirnya aku dapat juga makan Bakso yang aku teringin nak makan..
Aku beli bakso nie kat Pasar Malam kat Sungai 2..
Harganya RM3..
Rasanya memang sedap!!!
Ditambah dengan kepedasan cili dan berbola deging..
Xsilap aku bakso rasanya macam nak sama dengan mee Cambul yang pernah aku makan kat Kelantan..
Korang nak rasa mesti cuba..





AYIE PUTRA berkata-kata: Pedas makan bakso sampai x boleh berkata-kata..haha




Apa nak jadi???

Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Malaysian Insider

AYIE PUTRA berkata-kata: Manusia jenis apa yang sanggup buat anak sendiri macam nie..X layak lelaki ini bergelar seorang bapa..Moga ia dijadikan pengajaran..



Forum Perdana

Assalamulaikum..
Alhamdulillah, sempat juga aku menghadiri rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan di Dewan Tengku Syed Putra DTSP sebentar tadi..
Banyak ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi bersama dengan topik yang agak menarik sekali..

Rakaman Forum Perdana ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)..

Sesi rakaman forum tersebut akan dibahagikan kepada 2 topik perbincangan iaitu:

Forum i – ISU HIV/AIDS
Tajuk : Jalani Ujian Manfaatkan Rawatan

Ahli Panel : Y.Bhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan Bin Rahim Khan
Y.Brs. Tuan Hj. Ellias Hj. Zakaria
Y.Brs. Dr. Anita Suleiman
Moderator : Y.Brs. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Forum ii – ISU AKIDAH
Tajuk : Akidah Sesat Pemusnah Umat
Ahli Panel : Y.Brs. Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Abdul Majid
Y.Brs. Tuan Jaafar Suleiman
Moderator : Y.Brs. Ustaz Zakaria Othman




AYIE PUTRA berkata-kata: Tak sabar nak tengok rakaman nie dipertontonkan..Selamat menonton!!! 



Jumaat, 7 Oktober 2011

Bakso


Teringin nak makan bakso..
Bakso nie asalnya dari seberang..
Nanti kalau aku jumpa, aku nak try makan..



AYIE PUTRA berkata-kata: Belum cuba belum tahu sedap ke x..hehe