Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 8 Oktober 2011

Forum Perdana

Assalamulaikum..
Alhamdulillah, sempat juga aku menghadiri rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan di Dewan Tengku Syed Putra DTSP sebentar tadi..
Banyak ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi bersama dengan topik yang agak menarik sekali..

Rakaman Forum Perdana ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia (MAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)..

Sesi rakaman forum tersebut akan dibahagikan kepada 2 topik perbincangan iaitu:

Forum i – ISU HIV/AIDS
Tajuk : Jalani Ujian Manfaatkan Rawatan

Ahli Panel : Y.Bhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan Bin Rahim Khan
Y.Brs. Tuan Hj. Ellias Hj. Zakaria
Y.Brs. Dr. Anita Suleiman
Moderator : Y.Brs. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Forum ii – ISU AKIDAH
Tajuk : Akidah Sesat Pemusnah Umat
Ahli Panel : Y.Brs. Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Abdul Majid
Y.Brs. Tuan Jaafar Suleiman
Moderator : Y.Brs. Ustaz Zakaria Othman




AYIE PUTRA berkata-kata: Tak sabar nak tengok rakaman nie dipertontonkan..Selamat menonton!!! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan