AYIE PUTRA berkata-kata: Carilah isteri kerana AGAMANYA kerana kamu bakal beroleh keuntungan.
Pengikut Blog Ayie
Sabtu, 7 Januari 2012
BUNOHAN THE MOVIE
Assalamulaikum. Berita yang menggembirakan aku dan semua penonton filem yang tak sabar-sabar menanti kemunculan movie ini di pawagan-pawagan di seluruh Malaysia pada 8 MAC 2012. Dah tak lama tue. Kenapa aku excited sangat nak tengok movie nie kerana pelakonnya ke??Tak juga. Yang pelakon cerita ini aku letak nom 2 dan yang paling penting kerana judul movie ini asal daripada nama kampung aku KAMPUNG BUNOHAN, TUMPAT, KELANTAN. Lagipun movie ini telah menjadikan kampung aku sebagai lokasi penggambaran. Paling best aku suka tengok jalan cerita ini lain daripada yang lain. Jika dibandingkan movie sebelum ini lebih kepada konflik cinta. Yang ini lebih kepada konflik keluarga (adik-beradik). Cerita ini lebih kepada aksi tomoi atau pergaduhan. Baru aku jumpa movie yang benar-benar tonjolkan aspek seperti ini macam dalam movie ini lebih kepada aksi tomoi. Ok, setakat ini sahaja entry kali ini. Kalau ada apa-apa yang menarik tentang movie ini aku akan update. Ingat 8 MAC 2012..
AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga movie ini setanding kutipan Ombak Rindu..
Jumaat, 6 Januari 2012
My Final Exam 2012
Assalamulaikum. Selamat pagi guys. Entry kali, exam week. Wah, cepatnya masa berlalu dah nak exam. Nervousnya aku (Nervous la sangat dah 4 sem dah aku exam) hahaha. Aku macam tak percaya jew yang aku nie dah nak habis belajar. Tinggal 1 sem lagi nak habis (Dalam hati bilalah nak abes). Semalam cousin aku call, tanya aku buat apa. Aku jawab tengah study sebab dah nak exam pada 10.1.12. Beliau macam tak percaya yang aku dah sem 5. Cepatkan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 3 tahun aku duk kat USM nie.
Back to my topic ialah persiapan aku nak hadapi exam nie. Bagi aku exam kali nie sangat penting aku sebab dah tiba masanya aku bangkit daripada dibuai mimpi yang lama. Aku perlu buktikan yang aku mampu beroleh kejayaan yang cemerlang seperti sahabat-sahabat aku yang lain. Rasa di hati nak merasa jugalah DEAN LIST untuk exam kali nie. Terfikir juga di dalam hati ini, tak mungkin aku xboleh Dekan List sedangkan orang lain pun boleh. Lagi pun aku terfikir kenapa orang yang sama yang dapat (Dah rezeki mereka). Alangkah bestnya kalu aku juga ada lam list tersebut. Tak tahulah nak ucap apa kalau rezeki kalau dapat Dean List. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Wah!!! Tingginya AZAM aku kali nie. Boleh tercapai ke???Insyaallah, berkat usaha & tawwakal yang kita lakukan selama ini dengan bersungguh-sungguh tak mustahil kita boleh mendapatkannya. Amin. Teringat lagi kata-kata bekas pegetua sekolah aku dulu, kata-katanya berbunyi beginini:
" KEJAYAAN DICIPTA OLEH PELAJAR BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA "
10.1.12 paper Pemikiran Geografi, 18.1.12 paper Alam Sekitar, Sumber Asli & Pembangunan & paper terakhir 19.1.12 paper Analisis Wilayah dan Setempat. Aku berharap aku boleh buat yang terbaik dan juga sahabat-sahabat aku yang lain semoga kita berjaya. Bangun pagi di hari Jumaat yang mulia ini semangat nak start study bertambah kuat bila dapat dorongan ibu bapa & bapa saudara aku yang telah membakar semangat aku (Belajar jadi orang Berjaya). Terharu. Aku akan buktikan aku pun boleh.. Aku tak mahu harapan mereka.Okla, nak sambung study. Sekian jew entry kali nie..
AYIE PUTRA berkata-kata: Dean List: If everyone can do it..me too..Wish me GOOD LUCK!!!
Wordless#Friday: ALLAH Selalu Bersamaku..
AYIE PUTRA berkata-kata: KepadaMu Ya Allah daku memohon keampunan & kepadamu jua daku mengadu & berharap..
Khamis, 5 Januari 2012
Rabu, 4 Januari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)






