Pengikut Blog Ayie

Khamis, 17 November 2011

Ada Hikmah Dari-NYA

Assalamualaikum..Entry kali ADA HIKMAH DARI-NYA. Sempat untuk aku mengupdate blog selepas balik test untuk paper Alam Sekitar sebentar tadi.


Topik nie mengenai diriku semasa berada di kampus semesta nie. Mungkin ini dugaan daripada-Nya untuk menguji kesabaran hamba-Nya. Kisahnya, aku beberapa kali sakit berturut-turut. Lepas satu sakit pulih, penyakit lain pula yang datang. Aku menganggap ini semua dugaan kepadaku sebagai hamba-Nya. Allah mahu menguji kesabaran dan ketabahan aku menghadapi semua nie. Alhamdulillah, aku dapat menerimanya dengan reda kerana semua nie ujian dari-Nya. Sebagai manusia, aku perlu kuat menghadapinya tanpa berputus asa.
 
 
First sekali masa aku mengalami sakit kepala yang teramat-amat sakit. Susah untuk aku ungkapkan jika seseorang itu tak mengalaminya sendiri. Hanya orang mengalaminya sahaja tahu berapa sakitnya pada masa tue. Aku berserah pada Allah walaupun sakit sangat aku alaminya. Dalam seminggu ada 2 kali or sekali kena sakit nie. So, terpaksalah aku ke klinik untuk mengambil ubat.
 
 
 
Ia mungkin tanda-tanda kearah migrain bila aku pergi jumpa doktor. Sekarang nie alhamdulillah penyakit migrain aku xalami lagi. Allah Maha Mengetahuinya, mungkin kesabaran aku menghadapinya, sakit kepala dah tak aku alami. Pergi medical check up hari pun doktor kata tekanan darah aku berada tahap normal. Alhamdulillah..


Lepas 2 3 minggu berikut aku depan pula.. Dugaan, mungkin keadaan cuaca kat kampus di sini kurang ok menyebabkan aku demam. Lepas tue aku mengalami batuk-batuk pula.. Memang tak tahan asyik batuk-batuk jew, dengan kuatnya dan batuk tak berhenti-henti. Terpaksala berulang-alik pergi klinik ambil ubat. Tak silap aku 2 3 kali jugak la pi sana dan terpaksa ambil MC daripada pergi kuliah. Sampai sekarang aku masih mengalami batuk lagitapi ok sedikit daripada mula-mula batuk hari tue. Ubat batuk yang diberikan oleh doktor pun dah 3 botol aku minum. Sekadar ikhtiar dengan makan ubat klinik dan mencuba pelbagai petua, namun masalah batuk aku nie belum pelih sepenuhnya lagi.


AYIE PUTRA berkata-kata: Sakit itu ada Penyembuhnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan