Pengikut Blog Ayie

Selasa, 1 November 2011

Tak Mahu Pisang Berbuah Dua Kali

" Jangan kau sangka aku semurah itu..Aku masih ada maruah diri "

Assalamulaikum. Pernah tak korang mendengar petikan ini?? Mesti semua dah tahu. Petikan ini aku ambil dalam movie Sembilu yang hot ketika dulu, lakonan Erra, Awie dan Ziana Zain.

Entry aku bukan mahu menceritakan movie tue tapi topik yang utama mengenai diriku. Aku akan belajar daripada sejarah lalu agar kesilapan lampau tidak akan berulang lagi. Sejarah yang aku lalui dulu telah mematangkan aku. Cukup sekali sahaja aku melaluinya walaupun perit tapi aku perlu tabah menghadapinya. Sejauh mana kita mampu merancang namun Allah yang menentukannya.

Aku tak mahu pisang berbuah dua kali, tiga or empat kali. Ceritanya begini disebabkan salah faham aku dan kawan-kawan aku membuatkan segala-galanya berubah. Bahaya betul, bila aku single timbul pula gosip yang mengatakan aku ada hubungan seseorang. Tak faham aku, salahkah aku berkawan dengan seseorang 2. Kali nie dah 2 kali aku kena gosip, kalau positif takpe la, tapi yang negatif pulak yang timbul. Kalau aku couple mesti banyak lagi gosip2 yang kuar dari mulut-mulut manusia. Tuhan itu Maha Kaya memelihara aku daripada keburukkan, so aku xbercouple sebab aku tahu hukum bercouple adalah HARAM. Bila aku single jew mesti kena gosip jew. Mungkin ini dugaan Tuhan keatas hambaya, Ia mahu menguji kesabaran hambaNya.

Maafkanku sebab aku perlu membuka semula peristiwa lalu. Moga ia dijadikan pengajaram pada semua. Aku bukanlah lelaki semurah itu dan aku ada maruah diri. Adakah status aku single senang senang jew mereka tuduh aku macam-macam. Kisah nie aku ada seorang kawan perempuan, disebabkan aku baik dengannya sebagai kawan sahaja. Tak lebih daripada tue. Aku bukannya suka merampas seseorang lagipun aku memang xsuka bila aku berkawan orang lain marah dan cemburu buta tanpa usul periksa. Salahkah aku, aku berkawan sahaja, biasalah kawankan seperti adik-beradik juga. Contohnya mesti tanya khabar dan like stutusnya di facebok. Mengkin orang tue cemburu kot. Baru hari nie aku dapat mesej seseorang tue bakal jadi tunang dengan kawan aku tue. Ya Allah, maafkan hambaMu.




Firman Allah dan sabda Nabi:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagia...n dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.


So, hari nie aku telah banyak belajar daripada kesilapan. Bukan niatku untuk menjadi orang ketiga dalam meruntuhkan hubungannya. Persepsi aku hanyalah kawan dengannya tapi persepsi orang lain manalah kita tahu. Mulai hari ini aku akan selidik status kawan aku tue..hehe. Aku bimbang kes salah faham ini berlaku lagi. Aku sudah serik!!! Sorry, I can't be perfect..



AYIE PUTRA berkata-kata: Seribu kemaafan atas kesilapanku ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan