Assalamualaikum..Kelantan dah banjir, kampung di sekitar kampung aku (Kampung Bunohan) dah mula banjir. Kampung aku hanya kat belakang sawah padi sahaja yang banjir. Umah aku tak kena banjir kerana tempatnya lebih tinggi.
Teringat lagi kenangan masa sebelum aku masuk universiti. Zaman kecik-kecik dulu. Lucu dan seronok bila aku mengenangkan peristawa masa banjir dulu. Banjir di Kelantan biasanya bulan 11, 12 dan bulan 1. Jadi, asal nak banjir jew aku suka coz masa 2 aku suka memukat ikan. Hobilah katakan walaupun aku kurang minat makan ikan darat. Rela duit habis semata-mata nak beli beberapa utas pukat untuk memukat ikan. Paling banyak aku beli 6 utas kot aku beli. Lupa pulak!! Aku suka memukat bila air bah mula naik kat kawasan sawah padi di belakang aku. Masa ini ikan-ikan tengah galak. Pernah aku dapat ikan berkilo-kilo bila ia kena pukat yang aku tahan. Biasanya pada mula-mula air tengah naik. Mungkin ikan dari sungai yang berpindah bila air sungai melimpahi tebing.
Pengalaman seterusnya, masa bah bila dapat main air. Tak sah kalau bah xmain air..haha Masa kecik-kecik dulu, aku siap buat rakit lagi semata-mata nak main air bah. Siap kena marah kat nenek aku lagi kerana tebang pokok pisangnya. haha. Nakal jugak aku dulu-dulu yea. Seingat aku, masa air bah dekat dada dan tengkok aku sempat mandi dan bermacam-macam gaya renang aku cuba dengan keselamatan diutamakan. Nakal-nakal jugak, keselamatan tak dilupakan jugak.
Aku suka juga naik bot bila bah berlaku. Biasanya aku naik bot di kampung sepupu aku kerana kampungnya kalau banjir memang akan tenggelam kerana dekat dengan Sungai Golok. Orang kampung situ siap buat bot penambang lagi untuk mencari rezeki. Aku naik bot yang kepunyaan sepupu aku. Masa banjir nie la untuk mengelilingi kawasan banjir di sekitar kampung nie. Memang banjir di sini telah menjadi kebiasaan sahaja bagi penduduk di sini bahkan ia dijadikan pesta pula dengan jual putu ubi yang menjadi kegemaranku.
Kali nie aku tak dapat merasa kehangatan bermain air bah. Sedihnya, tak dapat balik kerana berada di perantauan. Sabar je la.. Lain kali boleh main air bah lagi. Nie beberapa gambar yang diambil semasa bah di belakang umahku ketika dahulu.
AYIE PUTRA berkata-kata: Kenangan lama yang mengamit memoriku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan