Pengikut Blog Ayie

Isnin, 26 Disember 2011

Balik Kampung

Assalamulaikum. Malam nie aku dah nak balik kampung selama seminggu sebelum kembali semula untuk exam. Tak tahu nak tulis apa just nak ucapkan selamat bercuti (walaupun orang lain dah lama bercuti). Doakan perjalananku selamat sampai ke destinasi. Amin..


AYIE PUTRA berkata-kata: Cuti-cuti juga, study jangan dilupakan..

Wordless#Monday::PERHATIAN kepada PEROKOK


AYIE PUTRA berkata-kata: Alhamdulillah, aku bukan seorang perokok..

DURIAN time

Assalamualaikum.. Morning guys. Rasa nak makan durian lagi. Aku suka makan durian sebab rasa dan bau membuatkan kau tertarik nak makan durian walaupun sesetengah orang tak suka makan durian. Kata mereka buah nie bau busuk. Bagi aku buah nie bau sedap sehingga membangkitkan aroma yang menarik aku untuk makan buah ini.

Rama dah aku mengidam (macam orang mengandung la pulak) nak makan buah nie. Dulu, kalau ada orang jual durian aku hanya hidu bau saja. Nak beli tapi mahal sangat, mungkin bukan musin durian lagi kot. 2 hari yang lepas aku telah membeli buah durian yang telah lama aku idam-idamkan nak makan. Aku beli dekat kedai Sungai 2. Harga sebiji RM7 sekilo setengah. Bagi aku suka beli durian yang dilonggokkan sebab yang 2 lagi berbaloi daripada yang timbang nie kurang berbaloi sebab kulit durian berat lagi daripada isi yang ada di dalam buat 2. Nak buat macamne dah nak makan sangat, mahal pun beli juga la. Tapi alhamdulillah, durian yang aku beli 2 memang sedap dari segi rasa dan isinya. Ingat nak beli lagi kerana 1 biji tak cukup. Sekurang2nya 5 biji..huhu




AYIE PUTRA berkata-kata: Bestkan kalau ada kebun durian, hanya petik dan makan fresh2 kat kebun..

Ronda-ronda di Pesta Pulau Pinang

Assalamulaikum.. Selamat pagi. Boring tak tahu nak buat apa jadi aku update blog nie. Nak pergi kuliah pun dah habis untuk semesta nie. Minggu study week di habiskan untuk study (study ke??)..huhu. Banyak masa lagi nak study, sekarang kita enjoy dulu.



Entry kali nak share mengenai Pesta Penang yang aku pergi beberapa hari lalu. Bagi aku, memang best sebab kat sini bolehla aku hilangkan tension setelah stress with my assignments. Berminggu-minggu asyik mengadap laptop sampai rasa boring nak buat assignment. Nak buat macam mana aku sebagai pelajar kena sabar kerana bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian.



Aku pergi pesta nie dengan member aku Syukri sambil pergi beli tiket di Terminal Bas Sungai Nibong. Alang-alang datang sini kami pun pergi pesta nie. Tiket masuk RM3. Ronda-ronda sekeliling kawasan pesta memang seronok tengok orang berpusu-pusu ke hulu ke hilir. Memang ramai orang kat sini sampai aku pun pening. Pusing-pusing singgah kat satu tempat yang menarik perhatian aku. Memang aku suka tempat tue. Korang mesti tahu tempat tue macam kat taman I-City yang ada lampu-lampu perhiasan tue. Kat sini hanya mini jew kawasan lampu-lampu tue. Apa lagi kami bergambarla, maklumla hobi aku suka bergambar..haha



Lepas bergambar kat taman lampu-lampu tue kami pergi berjalan di sekitar permainan yang ada di situ. Memang banyak kalau korang nak maik, hanya bawa duit dan keberanian jew. Bagi aku ada permainan yang best dan yang paling aku dah xtak mahu naik dah cam Vortex. Serik aku naik permainan nie, rasa macam nak tercabut saja jantungku. Ingat kali ini nak naik Wheel (Roda Pusing) tapi tak ada rezeki kami kerana ramai sangat orang sehingga kena beratur panjang. Apa lagi tak jadi kami naik benda nie. Dalam hati aku, oh selamat duit aku..huhu



Pusing-pusing sekitar situ, member aku nie lapar la plk. So, kami try la makan nasi padang kat area situ. Nasi tue memang sedap sebab pedas sampai berair mata dan hidung..huhu. Yang paling aku rasa pedas bila nak bayar kerana kena cash RM10 seorang. Aduh!!! Cekit darah betul kedai nie, lain kali dah tak mahu makan dah.


Sebelum balik, kami pergi kat area jualan. Tengok semua barang yang dijuah semua nak beli. Dugaan betol. Semasa pusing-pusing ada sedikitla aku shopping. Mula-mula hanya nak ronda-ronda saja. Tepat pukul 12.00 pagi baru balik. Walaupun kehabisan duit tapi kami enjoy. Terlupa pulak bas Rapid ada sampai pukul 11.00 malam saja tapi kami balik berjalan kaki dari tapak pesta ke hostel. Nak naik teksi mahal sngat diaorang chash. Setakat tue sahaja entry aku kali nie. Thanks sudi baca..

AYIE PUTRA berkata-kata: Teringin nak pergi lagi..

Ahad, 25 Disember 2011

Kekenyangan

Assalamulaikum. Semalam dapat jugak aku merasa nasi kerabu kat Sungai 2 tue. Rasa macam x cukup saja. Harga pun berbaloi. Korang nak cuba bolehla datang kat pasar malam nie pada Hari Sabtu, 5.30 petang sehingga 10.00 malam.


AYIE PUTRA berkata-kata: Sedap hingga menjilat ibu jari tangan..

Khamis, 22 Disember 2011

Jalan-jalan Cari Makan..

Assalamulaikum.. Entry kali ini adalah pasal makanan..Aku suka makan, so kebanyakan entry pasal makanan. Kali ini pasal  Laksa Penang. Korang pernah makan ke laksa ini???

Alhamdulillah, dapat gak makan Laksa Pinang walaupun niat di hati nak makan Laksa Janggus kat Balik Pulau yang tersesohor tue. Nak buat macam mana tak de rezeki. Laksa Penang pun jadilah asalkan dapat makan laksa juga. Aku beli kat Pasar malam Sungai 2, harganya RM3.50. Rasanya memang sedap jugakla dengan pedasnya dan kuahnya yg pekat..


AYIE PUTRA berkata-kata: Tengok gambar sahaja pun buat aku terliur..

Wordless#Thursday::Sengal


AYIE PUTRA berkata-kata: Exam dah dekat tapi hati xmahu study lagi..

Rabu, 21 Disember 2011

Pembentangan Kajian Luar

Assalamulaikum..Lama xupdate belog..Oleh sebab kesibukkan aku dengan assignment dan presentation menyebabkan dalam seminggu nie asyik mengadap laptop buat assignment. Dah lama tarikh submit nk hampir suda.

Alhamdulillah, berkat usaha & x tido malam gara-gara assignment aku dapat menyiapkannya sebelum tarikh submit 2. So, hari nie presentation yang kedua last untuk semesta nie & satu lagi esok. Masa nak present tadi mula2 rasa nervous tue ada jugak la tapi buat-buat macam tak nervous..

Aku giliran ke-6 yang present hasil kajian luar kami yang berkaitan pekerja antarabangsa. Giliran pertama, Laila, kedua Farah, ketiga Anum, keempat Aznie, kelima Solehah & turn aku ke-6 & dua lagi member aku Fahmi & Latif.

Ok, semua sudah settle, Dr. pula suka dengan pembentangan kami. 2 jew entry aku untuk hari nie sebelum masuk tido..nite


AYIE PUTRA berkata-kata: Harap semua dapat A paper nie..

Wordless#Wednesday:Berdua Bersatu



AYIE PUTRA berkata-kata: Patah tumbuh hilang berganti..

Wordless#Teusday:Bahasa Tak Secantik Rupa


Ayie Putra berkata-kata:Adakah anda tergolong dalam kalangan ini????

Selasa, 13 Disember 2011

Aku Suka Lagu Ombak Rindu

Assalamualaikum.. Memang bestkan lagu ini bila kita dengar sahaja rasa tersentuh. Tambahan pula, lagu Hafiz & Adira nie adalah lagu tema movie Ombak Rindu yang meletup di panggung dengan kutipan RM9 juta. Tak tahu kenapa lepas sahaja aku tengok movie Ombak Rindu aku sukakan lagi nie. Mungkin maksud yang dalam kalau kita dapat fahami setiap lirik lagu nie. Jom tengok vedio & liriknya. Sama-sama kita memahami maksud di sebalik lagu nie..

OMBAK RINDU

Adira :Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


AYIE PUTRA berkata-kata: Teringin nak menonton lagi Ombak Rindu..So touching..

Wordless#Tuesday:Badai Ombak Rindu Melanda


AYIE PUTRA berkata-kata: Menghayati kisah cintanya membuat hatiku tersentuh..

Isnin, 12 Disember 2011

Sampling Lagi

Alhamdulillah, semalam aku dan my gangs telah berjaya menjalankan sampling di Kedah buat kali ke-6. Best sangat sampling hari kerana cuacanya agak redup berbanding sebelum nie yang agak panas. Mula bertolak pukul 8.00pagi selepas sarapan. Sampai ke destinasi kajian, macam biasalah aku dan my gangs buat water quality dengan pengambilan sampel air dan analisis air tersebut dari segi kandungan garam, kekerohan dan banyak lagi.

Sampling hari ini dapat disiapkan dengan mengambil sampel air dan analisis air bagi 16 buah kawasan dari Sungai Bongkok sampailah ke Sungai Petani. Habis kajian ini pensyarah kami hendak berjumpa sahabat lamanya di Sungai Petani. So, kitaorang pun ikutlah sekali menziarahi rumahnya. Paling best sekali bila pergi umah tue. Nak tahu kenapa?? Paling best sebab dapat makan Laksa Kedah dan Laksa Buyung. First time aku makan, sedap giler rasanya. Dahla makan tengahari makan gulai batang pisang, sedapla pulak. Di rumah kawan pensyarajh aku jugak kami makan pisang goreng cicah manisan nira nipah. Memang kenyang sakan aku dan geng aku. Alhamdulillah..


AYIE PUTRA berkata-kata: Rasa nak makan lagi..

Wordless#Monday::Demam Ombak Rindu Melanda


AYIE PUTRA berkata-kata:Aku pun sampai demam Ombak Rindu..Ades!!!

Jumaat, 9 Disember 2011

Wordless#Friday:Bubur Asyura


AYIE PUTRA berkata-kata: Teliurnya nak makan syuro..

Khamis, 8 Disember 2011

Pandangan Ayie Tentang Filem Ombak Rindu

Assalamualaikum.. Entry kali nie aku just nak kongsi mengenai cerita Ombak Rindu yang kian hangat diperkatakan oleh setiap orang. So, hari ini berkesempatan untuk menonton cerita tersebut denga kawan baik aku. Mula-mula tengok memang best kerana dapat melihat ketiga-tiga watak yang dibawa oleh Aaron Aziz sebagai Haris, isteri pertamanya Maya sebagai Nurul Izzah dan isteri keduanya Milah.


Permulaan ceritanya aku dah rasa tersentuh (sedih) bila Izzah diperlakukan oleh pak ciknya yang sanggup menjualnya sebagai pelacur. Masa itulah bermula kesedihan bila aku tengok watak Haris yang sanggup melacurkan Izzah serta membelinya sebagai hamba. Begitulah seterusnya bila Izzah dilakukan seperti hamba. Sedih bila Izzah diperlakukakan sebegitu. So, kekuatan agama yang ada pada Izzah telah mendorong Haris berkahwin di Thailand. Bermulalah bibit cinta mereka bila Izzah dapat melembutkan hati suaminya yang keras. Konflik keluarga bermula bila Milah balik dari luar negara. Nak tahu lebih lanjut korang tengokla sendiri ok..

Yang paling best aku tengok movie nie kerana jalan ceritanya mudah difahami iaitu isu konflik keluarga. Banyak jugakla lawak yang terdapat dalam citer nie walaupun dari permulaan kita disajikan dengan air mata, kekejaman dan percintaan antara dua darjat. Bagi aku movie nie aku bagi 4/5 bintang. Tak rugila kalau korang tengok cerita nie. Sangat romantik dan dramatis. Ending cerita nie Milah berkawan dengan Izzah dan beliau tidak sangka yang beliau bermadu dengan Izzah. Apa boleh buat Milah terpaksa mengundurkan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan tanpa cinta daripada Haris. So, Haris dan Izzah bersatu kembali macam keluarga yang bahagia. Tapi, kalau lebih menarik lagi bagi aku  sepatutnya endingnya dengan kehidupan bahagia Haris dan Izzah di samping cahaya matanya.


AYIE PUTRA berkata-kata: Aku mencari cinta seseorang yang seteguh cinta Nurul Izzah.

Selasa, 6 Disember 2011

Wordless#Tuesday:Puasa Sunat 9 & 10 Muharram



AYIE PUTRA berkata-kata: Selamat berpuasa sunat kepada semua..

Selamat Hari Asyura


Assalamualaikum.. Hari ini, 10 Muharram adalah Hari Asyura.. Aku ucapkan selamat berpuasa sunat kepada semua umat Islam yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Tahukah korang dengan 10 Muharram iaitu Hari Asyura yang terdapat peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam, antaranya:

 Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

 Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

*  Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

*  Allah menjadikan Siti Hawa.

Allah menjadikan Syurga.

*  Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

*  Taubat Nabi Adam diterima Allah.

Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

*  Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

*  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

*  Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

*  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

*  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.





AYIE PUTRA berkata-kata: Selamat Hari Asyura buat semua..

Isnin, 5 Disember 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum.. Siapa xkenal Khairul Fahmi atau Apex yang mengharumkan nama negara kerana menjadi penjaga gol terbaik buat skuad Harimau Malaya. Di sebalik kejayaan Apex kini tidak dapat lari daripada kontroversi dan pelbagai tomahan negatif yang berlaku ke atas Apek. Aku tak mahu nyatakan apa kontroversinya sebab korang mungkin dah tahu banyak cerita mengenai Apek di media massa. So, pendapat akula biarlah dia dengan masalah dia. Dosa dan pahala beliau biarlah Allah yang menentukan. Tak perlulah kita sebagai manusia untuk menghukumnya, biarlah dia dengan Allah yang mengadilinya. Lagi pun kita sebagai manusia dah cukupkah pahala kita untuk mengaibkan orang lain. Fikir-fikirkanlah. Kita juga tak sepatutnya membuka aib seseorang sebab dalam agama pun melarang umatnya membuka aib orang. Kalau nak nasihat seseorang pun gunalah cara yang berlandaskan agama.


Kembali ke tajuk utama entry kali nie mengenai berita sedih yang berlaku kepada Apex dan keluarganya. Terkejut tadi bila aku baca berita sedih Apex dan keluarganya apabila adik Apek, Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16 tahun yang pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 pagi  tadi kerana denggi & demam panas. Takziah kepada Apex dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan oleh-Nya. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada  Allahyarham. Semoga arwah di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin..



AYIE PUTRA berkata-kata: Dari-Nya kita datang & dari-Nya kita kembali..

Coming Soon:KL Gangster 2

Assalamualaikum.. Setelah KL Gangster 1 yang hangat dengan penonton dan kutipan beberapa juta sekarang KL Gangster 2 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Bagi aku, aku suka sangat tengok movie KL Gangster 1 hari tue kerana ceritanya setanding cerita dari luar negara dan penuh dengan aksi. Tue yang aku suka sangat tengok macam real punyer. Aku dah boring tengok movie banyak mengisahkan cinta dan hantu. So, kalau ada cerita macam nie okla, boleh release tension. Tol x??? Antara pelakon dalam movie ini antaranya Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Adi Putera, Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar & Rosyam Nor.


 
SINOPSIS:
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong. Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan ibunya?




AYIE PUTRA berkata-kata: Kalau movie OMBAK RINDU aku suka..Tak sabar nak tunggu kemunculan KL Gangster 2..

Wordless#Monday::Thanks a Lot


AYIE PUTRA berkata-kata: Terima kasih kepada kawan Ayie yang bagi hadiah nie..

Sabtu, 3 Disember 2011

Malam Kokurikukulum 2011

Assalamualaikum..Best semalam aku tengok persembahan sempena Hari Kokurikulum 2011 di Dewan Budaya. Aku sangat terhibur dengan persembahan mereka antaranya persembahan tarian moden dan tradisional, gitar, okestra Cina, kawad badan uniform, pentomin, koir dan sebagainya. Hilang tension dengan assignment bila tengok persembahan ini ada yang lucu membuatkan hati aku dan penonton tergelak. Rugi siapa tak mai malam tue. Nie antara gambar yang sempat aku snap masa pesembahan tersebut.














AYIE PUTRA berkata-kata: Teringat lagi persembahan yang aku asyik tergelak..haha

Jumaat, 2 Disember 2011

Wordless#Friday:Maskot & Logo Sukan Olimpik 2012 Yang Pelik




AYIE PUTRA berkata-kata: Percaya atau Tidak???Mungkin ada agenda di sebaliknya. Anda tengok dan menilainya sendiri..

Khamis, 1 Disember 2011

Puisi Daripada Suami Kepada Isteri Tercinta

Sangat tertarik bila aku baca puisi Zahiril kepada Shera yang penuh dengan makna.. Puisi khas daripada suami untuk isteri yang tercinta.. Aku ingin ucapkan Selamat pengantin baru untuk pasangan Zahiril dan Shera. Semoga kekal hingga akhir hayat. Jom baca puisi tersebut.

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


AYIE PUTRA berkata-kata: Nak cipta puisi jugaklah di hari perkahwinan aku nanti..hoh0

Musim KahwinTiba Lagi

Assalamualaikum.. Asal cuti sekolah sahaja pelajar sekolah semua happy. Bagaimana pula yang nk menuju gerbang perkahwinan?? Mestilah bertambah seronok lagi, masa cuti beginilah ramai orang buat kenduri atau bekwah. Tengok sajalah bunga manggar yang terpacak kat tepi jalan 2.. Itu tandanya ada kenduri la tue. Tak kira di bandar atau kampung kebanyakan mereka memilih tarikh untuk membuat kenduri kahwin bila tibanya cuti sekolah. Mungkin masa cuti ramai orang bekerja bercuti seperti cikgu. Lagipun masa cuti sekolah inilah sanak-saudara dapat berkumpul. Kalau bukan masa cuti sekolah agak susah sikitla nak balik.

Aku suka kenduri kat kampung aku. Nak tahu kenapa? Mestilah best sebab semangat gotong-royong antara penduduk kampung dapat dilihat antaranya sikap tolong-menolong membuat persiapan kenduri. Kalau hari sebelum kenduri, ada jiran-jiran tolong dirikan khemah, persiapan untuk memasak dan sebagainya. Di sinilah kita boleh tengok mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Masa kenduri lagi best, sebabnya orang lelaki dan wanita saling bekerjasama. Macam kenduri di kampung aku, yang menyediakan bahan masakan adalah wanita dan yang memasaknya adalah lelaki. Itu yang uniknya bila kenduri kat kampung aku. Paling aku suka makan gulai kawah. Menu wajib bagi setiap kenduri. Selain itu, ada acar masak umbuk kelapa, ayam pedas, ayam kurma, pencuci mulut dan sebagainya. Tak lupa juga semasa kenduri ada jemputan DJ khas yang tak kering gusi dan celoteh yang menghagatkan majlis kenduri tue selain lagu-lagu yang di putarkan, ada acara silat sepanjang majlis kenduri tue. Pada malamnya ada persembahan dikir bagi memeriahkan majlis kenduri tue. Memang terhibur. Itulah yang paling best kenduri kat tempat aku.

So, kepada yang mendirikan rumah tangga di bulan cuti sekolah ini, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.



AYIE PUTRA berkata-kata: Orang lain ramai dah kahwin.. Aku bila lagi??haha