Assalamualaikum.. Entry kali nie aku just nak kongsi mengenai cerita Ombak Rindu yang kian hangat diperkatakan oleh setiap orang. So, hari ini berkesempatan untuk menonton cerita tersebut denga kawan baik aku. Mula-mula tengok memang best kerana dapat melihat ketiga-tiga watak yang dibawa oleh Aaron Aziz sebagai Haris, isteri pertamanya Maya sebagai Nurul Izzah dan isteri keduanya Milah.
Permulaan ceritanya aku dah rasa tersentuh (sedih) bila Izzah diperlakukan oleh pak ciknya yang sanggup menjualnya sebagai pelacur. Masa itulah bermula kesedihan bila aku tengok watak Haris yang sanggup melacurkan Izzah serta membelinya sebagai hamba. Begitulah seterusnya bila Izzah dilakukan seperti hamba. Sedih bila Izzah diperlakukakan sebegitu. So, kekuatan agama yang ada pada Izzah telah mendorong Haris berkahwin di Thailand. Bermulalah bibit cinta mereka bila Izzah dapat melembutkan hati suaminya yang keras. Konflik keluarga bermula bila Milah balik dari luar negara. Nak tahu lebih lanjut korang tengokla sendiri ok..
Yang paling best aku tengok movie nie kerana jalan ceritanya mudah difahami iaitu isu konflik keluarga. Banyak jugakla lawak yang terdapat dalam citer nie walaupun dari permulaan kita disajikan dengan air mata, kekejaman dan percintaan antara dua darjat. Bagi aku movie nie aku bagi 4/5 bintang. Tak rugila kalau korang tengok cerita nie. Sangat romantik dan dramatis. Ending cerita nie Milah berkawan dengan Izzah dan beliau tidak sangka yang beliau bermadu dengan Izzah. Apa boleh buat Milah terpaksa mengundurkan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan tanpa cinta daripada Haris. So, Haris dan Izzah bersatu kembali macam keluarga yang bahagia. Tapi, kalau lebih menarik lagi bagi aku sepatutnya endingnya dengan kehidupan bahagia Haris dan Izzah di samping cahaya matanya.
AYIE PUTRA berkata-kata: Aku mencari cinta seseorang yang seteguh cinta Nurul Izzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan