Assalamualaikum.. Asal cuti sekolah sahaja pelajar sekolah semua happy. Bagaimana pula yang nk menuju gerbang perkahwinan?? Mestilah bertambah seronok lagi, masa cuti beginilah ramai orang buat kenduri atau bekwah. Tengok sajalah bunga manggar yang terpacak kat tepi jalan 2.. Itu tandanya ada kenduri la tue. Tak kira di bandar atau kampung kebanyakan mereka memilih tarikh untuk membuat kenduri kahwin bila tibanya cuti sekolah. Mungkin masa cuti ramai orang bekerja bercuti seperti cikgu. Lagipun masa cuti sekolah inilah sanak-saudara dapat berkumpul. Kalau bukan masa cuti sekolah agak susah sikitla nak balik.
Aku suka kenduri kat kampung aku. Nak tahu kenapa? Mestilah best sebab semangat gotong-royong antara penduduk kampung dapat dilihat antaranya sikap tolong-menolong membuat persiapan kenduri. Kalau hari sebelum kenduri, ada jiran-jiran tolong dirikan khemah, persiapan untuk memasak dan sebagainya. Di sinilah kita boleh tengok mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Masa kenduri lagi best, sebabnya orang lelaki dan wanita saling bekerjasama. Macam kenduri di kampung aku, yang menyediakan bahan masakan adalah wanita dan yang memasaknya adalah lelaki. Itu yang uniknya bila kenduri kat kampung aku. Paling aku suka makan gulai kawah. Menu wajib bagi setiap kenduri. Selain itu, ada acar masak umbuk kelapa, ayam pedas, ayam kurma, pencuci mulut dan sebagainya. Tak lupa juga semasa kenduri ada jemputan DJ khas yang tak kering gusi dan celoteh yang menghagatkan majlis kenduri tue selain lagu-lagu yang di putarkan, ada acara silat sepanjang majlis kenduri tue. Pada malamnya ada persembahan dikir bagi memeriahkan majlis kenduri tue. Memang terhibur. Itulah yang paling best kenduri kat tempat aku.
So, kepada yang mendirikan rumah tangga di bulan cuti sekolah ini, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
AYIE PUTRA berkata-kata: Orang lain ramai dah kahwin.. Aku bila lagi??haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan