Pengikut Blog Ayie

Isnin, 5 Disember 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum.. Siapa xkenal Khairul Fahmi atau Apex yang mengharumkan nama negara kerana menjadi penjaga gol terbaik buat skuad Harimau Malaya. Di sebalik kejayaan Apex kini tidak dapat lari daripada kontroversi dan pelbagai tomahan negatif yang berlaku ke atas Apek. Aku tak mahu nyatakan apa kontroversinya sebab korang mungkin dah tahu banyak cerita mengenai Apek di media massa. So, pendapat akula biarlah dia dengan masalah dia. Dosa dan pahala beliau biarlah Allah yang menentukan. Tak perlulah kita sebagai manusia untuk menghukumnya, biarlah dia dengan Allah yang mengadilinya. Lagi pun kita sebagai manusia dah cukupkah pahala kita untuk mengaibkan orang lain. Fikir-fikirkanlah. Kita juga tak sepatutnya membuka aib seseorang sebab dalam agama pun melarang umatnya membuka aib orang. Kalau nak nasihat seseorang pun gunalah cara yang berlandaskan agama.


Kembali ke tajuk utama entry kali nie mengenai berita sedih yang berlaku kepada Apex dan keluarganya. Terkejut tadi bila aku baca berita sedih Apex dan keluarganya apabila adik Apek, Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16 tahun yang pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 pagi  tadi kerana denggi & demam panas. Takziah kepada Apex dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan oleh-Nya. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada  Allahyarham. Semoga arwah di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin..



AYIE PUTRA berkata-kata: Dari-Nya kita datang & dari-Nya kita kembali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan