Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 2 Mac 2012

Berdebar-debar Tunggu Result

Assalamualaikum.. Hah, result STPM dah nak kuar rabu nie? Nervous..Nervous.. Tidur pun xlena, makan tak lalu (2 kali tambah adala..hehe) dan bermacam2 gelagak lagi bila result dah nak kuar. Yang nervous tue bukan akan tapi adik-adik junior aku terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chabang Empat, Tumpat, Kelantan. Sekolah lama aku dulu dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 6 aku belajar di situ. Banyak kenangan manis yang tak akan aku lupakan sepanjang aku dan sahabat-sahabatku semasa di tingkatan 6.

Paling best kat sini dapat cikgu2 yang baik. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka sepanjang aku ambi STPM nie. Aku bukannya pelajar yang pandai pun. Namun, aku mahu belajar ke arah itu. (Lari topik suda). Kembali ke topik asal, masa nak tunggu result STPM paling aku takut. Semua pakat tanya aku agak2 dapat berapa terutamanya mak dan bapa saudara aku. Lagi la tambah nervous aku. Aku terima je result itu dengan reda kerana aku dah buat sehabis baik semasa exam tersebut. Semakin dekat result nak kuar semakin takut. Ingat lagi malam sebelum result kuar pagi esok aku asyik memikirkan result je sampai nak tidur pun tak lena (Brape A la yang aku dapat).

Pagi result kuar dalam pukul 10 or 11 pagi cikgu2 dah bagi result. Masa tu aku duk kat umah lagi. Ingat nak datang tengahari sikit sebab malu kat cikgu2 kalau result aku teruk. Siap check result dgn sms lagi nak tahu keputusan namun tak ada respon pun. So, aku berpakat untuk pergi ambil result bersama2 sahabat baik aku Yana(Fitriyana). Masa sampai sekolah tu aku buat muka tebal je pergi ambil result. Alhamdulillah, result STPM aku ok. Aku dapat 5P bagi kertas Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah & Ekonomi. Berapa A dapat??Biarlah rahsia yang penting aku dalam top 3 yang cemerlang kat sekolah aku. Syukur sangat kerana dapat membalas jasa2 cikgu dan kedua-dua ibu bapaku yang bersusah-payah ingin melihat aku berjaya. Kini, aku sudah berjaya di menara ilmu (USM). Korang bila lagi?

Semoga junior-junior di SMKCE mendapat result yang cemerlang. Buktikan kita semua boleh berjaya..


AYIE PUTRA berkata-kata: Kejayaan dicipta oleh pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan