Pengikut Blog Ayie

Rabu, 14 Mac 2012

Movie Pilihan: 7 Petala Cinta

Assalamualaikum. Movie pilihan aku ialah 7 Petala Cinta ini bakal menemui penontonnya pada 15 Mac 2012. Dah lama aku menantikan filem romantik Islamik yg cukup indah & mengusik jiwa penonton. Antara pelakon dalam filem nia ialah Aeril Zafrel, Shima Anuar, Fizo Omar, Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak. Semoga filem ini seperti Filem Ketika Cinta Bertasbih dulu yang popular di seluruh negara. Semasa aku tengok trailer filem nie macam filem sedih jugakla. Dulu Ombak Rindu berjaya menawan hati penonton di pawagam dengan emosi kerana ada yg menitiskan air mata melihat filem tersebut. Semoga filem 7 Petala Cinta sehebat cerita tue jugak. Mesti tengok!!!

SINOPSIS
Kisah mengenai cinta sesama manusia di antara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dgn agamanya, cinta di antara ayah dan anaknya, cinta di antara guru & pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yg berada dlm kejahilan sehinggalah bertemu dgn ABY IKWAN, seorg guru di Madrasah Qalbun Salim yg tlh mengajar ATTAR mengenai Islam. Dlm diam, ATTAR menyimpan perasaan terhadap SAIDATUL NAFISA, namun redha apabila SAIDAUL NAFISA bertunang dgn HAMKA. SAIDATUL NAFISA & HAMKA disatukan di dlm satu ikatan pertunangan & akan dikahwinkan sebaik sahaja HAMKA pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku & HAMKA dikatakan telah meninggal dunia. SAIDATUL NAFISA meneruskan hidupnya dgn tabah naamun ABY IKWAN, ayah kepada SAIDATUL NAFISA mahu anaknya cepat-cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahgiaan dpt kembali kpd SAIDATUL NAFISA. HILMA AQILA, adik kpd HAMKA juga menuntuk di tempat yg sama dgn SAIDATUL NAFISA. Hubungan di antara HILMA AQILA & SAIDAUL NAFISA spt adik-beradik. Semejak kematian HAMKA, keluarga SAIDATUL NAFISA menjaga HILMA AQILA seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yg dipaksa menjadi elacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dn ATTAR & terdetik rasa suka di hati NIDA. ATTAR cuba utk membawa NIDA kembali ke pangkal jalan yg benar, namun NIDA mempunyai niat yg lain terhadap ATTAR. Ditakdirkan, jodoh SAIDATUL NAFISA adalah dgn ATTAR namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah SAIDATUL NAFISA & ATTAR bersatu? Apakah niat NIDA?



AYIE PUTRA berkata-kata: Di antara 7 Petala Bumi dan 7 Petala Langit, adanya 7 Petala Cinta.. 

1 ulasan: