Assalamulaikum. Baru sempat nak update filem yang aku tonton pada hari sabtu lepas. Keinginan nak menonton filem Bunohan ini sejak trailer mula ditayangkan di Utube & facebook Bunohan membuatkan aku xsabar-sabar nak menontonnya. Pada 8 Mac 2012 filem ini ditayang di seluruh pawagam. Aku sempat tengok filem ini beberapa hari selepas itu disebabkan kekangan masa di mana aku dan kawan aku rancang nak pergi tengok masa mula-mula ditayangkan. Aku hanya pergi pawagam dengan sahabat baik aku iaitu Syuk. Sepatutnya kami pergi ke sana ramai lagi tapi yang lain xboleh join kitaorang. Ok, sebelum aku memberi padangan mengenai filem ini jom baca sinopsis filem ini dulu.
SINOPSIS
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar (PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.
Pandangan aku mengenai filem ini adalah yang terbaik untuk filem aksi sebegini yang jarang dilakukan oleh pengarah-pengarah lain. Namun, Dain Said bangkit daripada filem pertamanya DUKUN yang tidak dapat ditayangkan atas sebab-sebab tertentu. Kebangkitan daripada itu membuatkan beliau tidak mudah mengalah dan terus bangkit sehinggalah menjadikan filem Bunohan yang terbaik. Dari segi jalan cerita yang menarik telah menjadikan penonton seperti aku lebih banyak berfikir untuk mengetahui perkara yang sebenar berlaku dalam filem. Agak berbeza dengan filem-filem yang lain kerana jalan ceritanya sangat simple menyebabkan penonton tidak banyak berfikir mengenai jalan ceritanya.
Di samping pelakon-pelakon yang hebat yang berdialog Kelantan 100% dalam movie nie harus dipuji kerana mereka sanggup belajar bahasa Kelantan bagi menyesuaikan lagi dengan filem ini. Visual dan latar pengambaran adalah bertaraf 5 bintang aku bagi kerana ia sehebat filem-filem Hollywood. Memang menarik visualnya menyebabkan mata aku terpegun melihat karya yang sebaik ini. Tahniah kepada pengarah filem nie. Paling aku suka semasa aksi tomoi di mana aksi-aksi yang dilakonkan nampak seperti real. Unsur kebudayaan masyarakat dalam filem ini seperti mak yong, serunai & main puteri telah menunjukkan masyarakat ketika itu kaya dengan budaya serta unsur-unsur mitos seperti buaya jadian, saka dan banyak lagi telah memberi impak kepada penonton yg berteka-teki antara kaitan unsur tersebut dengan cerita yang diketengahkan. Memang hebatla filem nie serta berbaloi membayar tiket untuk menonton filem ini. Sampai sekarang aku rasa nak tengok lagi agar aku lebih memahami apa yang ingin disampaikan dalam cerita ini. Jarang kita dengar hero yang berlakon dalam sesebuah filem tak mati untuk ending sesebuah cerita tetapi filem ini telah memberi kelainan di mana hero semuanya mati Ilham, Pok Eng & Adil kecuali yang jahat sahaja hidup iaitu Bakar.
AYIE PUTRA berkata-kata: 5 BINTANG untuk Filem BUNOHAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan