Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 11 Mac 2011

Tsunami Jepun 2011


Sayu dan pilu melihat penderitaan yg dialami oleh rakyat Jepun akibat Tsunami..
Sungguh dashyat ujian Allah kepada manusia dgn bala bencana spt ini..
Adah ini petanda kiamat semakin dekat???
Sama2 kita renung2kan..
Sejauh mana kita mengelak pun, kalau Allah nk turunkan ujian macam nie kita xboleh mengelaknya..
Moga saudara kita di sana tabah menghadapi ujian ini..TAKZIAH..
Nie beberapa news dan pictures yg Ayie sempat masukkan lam entry kali nie..
Sungguh Dashyat..

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud
2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters
Lagi news........
Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi
Credit to Berita Harian Online  dan Metro Online..





YA ALLAH YA TUHAN KAMI, Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Esa..Lindungilah Kami, Kasihanilah Kami, Sayangilah Kami YA ALLAH..Lindungilah semua umatMu di muka bumi ini daripada malapetaka dan bencana YA ALLAH..

1 ulasan: