Macam best jew dengar tajuk movie nie..Sebuah filem romantik komedi Syamsul Yusof terbitan Skop Productions yang bakal ditayangkan pada 17 NOVEMBER 2011. Hari nie la..Ia dibintangi oleh pelakon iaitu Scha Alyahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Harun Salim Bachik. Nakal siot cerita nih dengan aksi-aksi mereka, pasti xkering gusi asyik ketawa bila tengok citer nie..Tak sabar nak tengok jugak..
SINOPSIS
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.
Trailer filem AKU BUKAN TOMBOI
AYIE PUTRA berkata-kata:Fuh!!!Famous jugak nama Harry(macam nama aku la tue) sebagai watak lam movie nie..Hari tue dalam movie Bini-biniku Gengster..huhu
Alhamdulillah, sebentar lagi aku akan balik kampung..(Jangan jealous walaupun orang lain dah lama balik) Packing pun sudah, tunggu masa nak naik bas jew malam nie.. So, aku berasa seronok sangat nak balik kampung sebab aku rasa bebas daripada stres berada di u ini dengan limpahan assignment.. Lagipun aku rindu nak jumpa family kerana dekat 2 bulan xjumpa mereka..hehe
Sebelum itu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN..Kalau buat kenduri jangan lupa jemput Ayie..hehe(gurau jew). Semoga kita bergembira di hari raya yang mulia ini..Makan daging tue jangan banyak sangat, nanti bahaya untuk kesihatan..Doakan Ayie selamat perjalanan balik kampung dan selamat balik ke Usm..Amin
Sebelum balik kampung, jom layan lagu nih!!!
AYIE PUTRA berkata-kata:Cuti diutamakan sambil assignment tidak dilupakan..
Assalamualaikum..Alamak Toyol The Movie kini kembali ke pawagam yang akan ditayangkan pada 3 November 2011.. Jom pakat tengok!!! Filem komedi ini pasti membuat kita tak kering gusi asyik tertawa aksi-aksi toyol dalam cerita nie..
Sinopsis:
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
AYIE PUTRA berkata-kata:Toyol zaman sekarang pun pandai belakon jugak ke??haha