Pengikut Blog Ayie

Khamis, 8 Mac 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia

Assalamualaikum. Hari ini 8 Mac 2012 merupakan Hari Wanita Sedunia buat semua kaum Hawa. Tak kiralah sama ada kanak-kanak, ibu-ibu, remaja wanita dan sebagainya yang bergelar Hawa. Tarikh ini disambut bagi meraikan hari wanita yang banyak berjasa kepada keluarga, negara dan sebagainya.

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada ibukku yang banyak berjasa kepada keluargaku serta semua yang bergelar wanita.

" Perempuan bukan dijadikan di atas kepala untuk sanjung dan dipuja. Perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk di pijak-pijak sebagai alas kaki. Tetapi perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki, dekat dengan hati untuk disanyangi, dekat dengan tangan untuk dilindungi.."

 

AYIE PUTRA berkata-kata: Selamat Hari Wanita..

Ahad, 4 Mac 2012

Sepanjang Cuti Semesta Lalu

Assalamulaikum.. Walaupun sudah lama berlalu namun aku nak tunjukkan gambar mengenai masakan yang aku buat semasa cuti semesta lalu. Boring duk saja-saja kat umah aku cuba buat pelbagai masakan. Lelaki pandai masak macam aku ini mempunyai satu kelebih sebab boleh merasai masakan air tangan sendiri. Kalau kahwin nanti bolehla tolong isteri di dapur. Pelbagai masakan aku buat cuma gambar hanya sedikit sahaja yang sempat aku snap..

Kek Batik

Kek Belang

Kek Oren

Kek Pandan

Puding Koktail Pelangi

Kek Pandai Berkismis

Ayam Goreng Berempah

AYIE PUTRA berkata-kata: Untunglah kalau isteri aku memilih aku sebagai suaminya..hehe

Jumaat, 2 Mac 2012

Berdebar-debar Tunggu Result

Assalamualaikum.. Hah, result STPM dah nak kuar rabu nie? Nervous..Nervous.. Tidur pun xlena, makan tak lalu (2 kali tambah adala..hehe) dan bermacam2 gelagak lagi bila result dah nak kuar. Yang nervous tue bukan akan tapi adik-adik junior aku terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chabang Empat, Tumpat, Kelantan. Sekolah lama aku dulu dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 6 aku belajar di situ. Banyak kenangan manis yang tak akan aku lupakan sepanjang aku dan sahabat-sahabatku semasa di tingkatan 6.

Paling best kat sini dapat cikgu2 yang baik. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka sepanjang aku ambi STPM nie. Aku bukannya pelajar yang pandai pun. Namun, aku mahu belajar ke arah itu. (Lari topik suda). Kembali ke topik asal, masa nak tunggu result STPM paling aku takut. Semua pakat tanya aku agak2 dapat berapa terutamanya mak dan bapa saudara aku. Lagi la tambah nervous aku. Aku terima je result itu dengan reda kerana aku dah buat sehabis baik semasa exam tersebut. Semakin dekat result nak kuar semakin takut. Ingat lagi malam sebelum result kuar pagi esok aku asyik memikirkan result je sampai nak tidur pun tak lena (Brape A la yang aku dapat).

Pagi result kuar dalam pukul 10 or 11 pagi cikgu2 dah bagi result. Masa tu aku duk kat umah lagi. Ingat nak datang tengahari sikit sebab malu kat cikgu2 kalau result aku teruk. Siap check result dgn sms lagi nak tahu keputusan namun tak ada respon pun. So, aku berpakat untuk pergi ambil result bersama2 sahabat baik aku Yana(Fitriyana). Masa sampai sekolah tu aku buat muka tebal je pergi ambil result. Alhamdulillah, result STPM aku ok. Aku dapat 5P bagi kertas Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah & Ekonomi. Berapa A dapat??Biarlah rahsia yang penting aku dalam top 3 yang cemerlang kat sekolah aku. Syukur sangat kerana dapat membalas jasa2 cikgu dan kedua-dua ibu bapaku yang bersusah-payah ingin melihat aku berjaya. Kini, aku sudah berjaya di menara ilmu (USM). Korang bila lagi?

Semoga junior-junior di SMKCE mendapat result yang cemerlang. Buktikan kita semua boleh berjaya..


AYIE PUTRA berkata-kata: Kejayaan dicipta oleh pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa..

Khamis, 1 Mac 2012

Wordless#Thursday: Tak Sempat Tengok


AYIE PUTRA berkata-kata: Dengar orang cakap Adnan Sempit 2 lagi best..

Rabu, 29 Februari 2012

Tamat Sudah Sampling

Alhamdulillah.. Sampling aku sudah habis untuk Final Year Project.. Setelah 11 kali sampling di Kedah (2 minggu sekali) teruji mental dan fizikal semasa sampling tersebut. Terpaksa meredah semua perkara semasa sampling dijalankan. Masuk sungai, ukur sungai, ambil air sungai dan bermacam2 lagi. Setiap ukuran kualiti air dan ambil sampel air dilakukan di kesemua sungai. Dalam 16 sungai aku dan geng projek nie pergi buat sampling sambil dibantu penyelia.

Paling mencabar, aku dan geng aku terpaksa menghidu pelbagai bau yang ada dalam pelbagai sungai tue. Busuk usah cakapla, ada sungai penuh dengan sampah, tahi, sisa-sisa buangan kilang dan banyak lagi. Tapi sekarang dah tidak lagi sebab sampling di sana sudah habis. Yang paling aku tak tahan muka mula hangus dibakar oleh sinaran mentari ketika kajian dilakukan.

Memang busy giler masa tue, lepas sampling aku and the geng kena selalu pergi lab untuk buat analisis makmal.. Dalam 3 4 hari jugakla sampai tertidur di dalam lab. Itulah kenangan aku dan geng aku sepanjang sampling ini dijalankan. Sekarang dah start key in data yang diambil semasa sampling dan bermulalah kesibukan utuk menulis report plk. Tengoklah picture kami semasa sampling tersebut. Walaupun penat tapi kami enjoy sebab boleh tambah pengalaman untuk sambung master nanti. InsyaAllah..






AYIE PUTRA berkata-kata: Berbaloi jika FYP nie dapat A..

29 FEBRUARI

Assalamulaikum..Topik hari ini, kenapa 29 Februari???Nak tuhu apa yang istimewa pada tarikh tersebut. Hanya 4 tahun sekali sahaja 29 Februari ada dalam kelendar kerana tarikh tersebut merupakan tahun lompat. So, bagi mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya korang pasti tertunggu2 tarikh tersebut. 

Sangat unik sekali sebab mereka yang lahir pada tarikh 29 Februari sebab sambut birthday hanya 4 tahun sekali. Bagi aku tarikh birthday aku pada tarik 7 Jun. Tiap2 tahun boleh sambut birthday. Berbeza dengan mereka yang sambut birthday pada tarikh 29 Februari kerana mereka tidak boleh sambut setiap tahun.



AYIE PUTRA berkata-kata: Mereka yang lahir 29 Februari ialah mereka yang lambat tua..

Isnin, 20 Februari 2012

Semesta Baru Azam Baru..

Assalamualaikum.. Lama xupdate blog disebabkan kesibukan, Takde mood nak tulis & banyak masa dihabiskan untuk bercuti di kampung sepuas-puasnya, (cuti sebulan je pun). Hari ini aku semangat sekali nak mengupadate my blog kerana hari ini merupakan first day aku start kuliah untuk semesta akhir. Tidak lama lagi aku akan konvo. Tak silap aku dalam bulan 9 kot..

Bermulalah kuliah pertama aku untuk semesta akhir ini.. Semangat berkobar-kobar nak pergi kuliah.. Moga semangat aku ini berkekalan sehingga akhir semesta ini.. Azam aku untuk last sem ini aku xmahu lagi mengulangi kegagalan lalu dan aku harus bangkit dari mimpi-mimpi kejayaan lalu agar aku x leka untuk mencipta kejayaan yang lebih baik daripada itu. Ya Allah berkatilah usaha-usahaku ini.. Amin..


AYIE PUTRA berkata-kata: Hadiah paling bermakna ini untukmu ayah dan ibuku..