Pengikut Blog Ayie

Rabu, 29 Februari 2012

Tamat Sudah Sampling

Alhamdulillah.. Sampling aku sudah habis untuk Final Year Project.. Setelah 11 kali sampling di Kedah (2 minggu sekali) teruji mental dan fizikal semasa sampling tersebut. Terpaksa meredah semua perkara semasa sampling dijalankan. Masuk sungai, ukur sungai, ambil air sungai dan bermacam2 lagi. Setiap ukuran kualiti air dan ambil sampel air dilakukan di kesemua sungai. Dalam 16 sungai aku dan geng projek nie pergi buat sampling sambil dibantu penyelia.

Paling mencabar, aku dan geng aku terpaksa menghidu pelbagai bau yang ada dalam pelbagai sungai tue. Busuk usah cakapla, ada sungai penuh dengan sampah, tahi, sisa-sisa buangan kilang dan banyak lagi. Tapi sekarang dah tidak lagi sebab sampling di sana sudah habis. Yang paling aku tak tahan muka mula hangus dibakar oleh sinaran mentari ketika kajian dilakukan.

Memang busy giler masa tue, lepas sampling aku and the geng kena selalu pergi lab untuk buat analisis makmal.. Dalam 3 4 hari jugakla sampai tertidur di dalam lab. Itulah kenangan aku dan geng aku sepanjang sampling ini dijalankan. Sekarang dah start key in data yang diambil semasa sampling dan bermulalah kesibukan utuk menulis report plk. Tengoklah picture kami semasa sampling tersebut. Walaupun penat tapi kami enjoy sebab boleh tambah pengalaman untuk sambung master nanti. InsyaAllah..






AYIE PUTRA berkata-kata: Berbaloi jika FYP nie dapat A..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan