Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 21 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamulaikum..
Tahniah ducapkan kepada Ally Iskandar kerana telah mendirikan masjid beberapa hari lalu..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
SELAMAT PENGANTIN BARU..



AYIE PUTRA berkata-kata: Aku bila pulak nak kawin???hahahaha

My Favorite Song!!!

Assalamualaikum..
Pernah tak korang dengan lagu nasyid nie..
First time aku minat lagu nie lepas aku menonton video perkahwinan pasangan yang mengikut Islam..
Majlisnya simple tapi menarik..
Kerana semuanya dibuat bersederhana..
Bersederhana inilah yang dituntut Islam..
Hehe..
Aku asyik bincang topik perkahwinan jew sekarang nie..
Cuti2 sempena Hari Raya Cina ramailah yang mendirikan rumah tangga..
Sangat tersentuh hati aku bila mendengarnya..
Nie lirik lagunya..

SAAT LAFAZ SAKINAH – Far East
Heningnya,
Sunyi suasana,
Lafaz sakinah bermula..

Apa rasa,
Diterjemah hanya,
Sebak abah tangis ibunda...
Adalah aku wali puteriku,
Serah kini amanahku ini padamu,
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta,
Lebih dari yang ku berikan kepadanya...

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku,
Tangisannya kini ku serah padamu,
Bukan bermakna dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu,
Jadikanlah dia wanita syurga,
Mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya,

Ku akur,
Akan pesanmu,
Puterimu kini amanahku,

Iringilah,
Dengan doamu,
Bahagia kami dari redhamu...

Ulang Chorus


AYIE PUTRA berkata-kata: Inginkan perkahwinan nanti yang bersederhana tapi bahagia..Amin..

Wordless#Saturday:: Just For Fun



AYIE PUTRA berkata-kata: Dah banyak kali aku tengok movie..The best movie for me..

Jumaat, 20 Januari 2012

Berhati-hati Memilih SAHABAT

Bukan senang nak cari sahabat yang betul2 sahabat..
  Kebanyakannya, hanya ada bila ada kepentingan..
  Ayat2 manis, muka2 comel semua ada time perlu,
Time tak perlu, pandang pun xnak, apatah lagi berhubung..
Biarlah apa yang orang nak buat pada kita..
  Semua tue hanya ujian Allah bagi nak uji iman kita..
  Sebab antara kita, bukan semuanya sempurna..
  Dan biarlah apa yang orang nak buat pd kita,
Sebab fungsi kita membant
u dan memberi selagi termampu,
Takpelah, pahala kita dapat tolong orangkan..:)

Bila terlalu berharap dan bergantung pada manusia,
Kita akan rasa jatuh dan lemah,
Sedangkan ALLAH, sekalipun tak pernah tinggalkan kita,
Sekalipun tak pernah, cuma kita, yang selalu lupakan Allah,
Jangan risau, dalam ramai2 orang dalam dunia nie, Allah dah hadirkan ramai lagi sayang kita,
Ramai lagi yang concern pasal kita, ramai lagi yang ikhlas dan jujur berkawan dengan kita..
Hargailah mereke sebaik2 mungkin..:)



AYIE PUTRA berkata-kata: Kerana SABAHAT membawa kita ke arah kebaikan dan kerana SAHABAT juga membawa kita ke arah keburukan jika salah memilih SAHABAT..

Selamat Pengantin Baru

Assalamulaikum..
Kenduri sana sini bila musim cuti Raya Cina nie..
Tanggal 26 Januari 2012 my cousin Farahana aka Farah akan melangsungkan perkahwinan..
Alhamdulillah, bolehla Ayie makan gulai kawah..
Nak tunggu yang sendiri punya lambat lagi la..
Jodoh pun xde lagi macam mana nak kawin..(promote nampak)hehe
Aku akan balik ke Kelantan pada 23 haribulan..
Sempat lagila nak beli hadiah untuk my cousin tue..
Korang ada cadangan x nak hadiahkan apa yang sesuai untuknya???
Ayie tengah blur2 lagi nak cari hadiah apa..
Nanti kena survey dulula kat kedai..
Tunggu & lihat nanti apa hadiah aku akan berikan..
Jengjeng!!!
Dengar ura-ura tema perkahwinan my cousin warna hijau..
Ok, gak warna ini..
Bagi Ayie lebih suka warna purple..
Tak tahula kenapa warna nie menjadi pilihanku..
Mungkin aku pelajar USM kot..(gurau jew)hahaha
Last sekali, Ayie nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..
Semoga berkekalan hingga akhir hayat sempanjang melayari bahtera hidup..



AYIE PUTRA berkata-kata: Ada sape-sape nak jadi bakal isteri saya tak??(ayat poyo)hahaha..

Perubahan DRASTIK Aku

Assalamulaikum..
Baru hari aku berkesempatan nak update my blog..
3 minggu nie busy dengan final exam..
Alhamdulillah, semalam exam aku telah tamat..
Rasa happy sangat sebab bebas daripada tekanan dan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan..
Kenangan manis dan pahit yang aku alami sepanjang aku berada di semesta 5 ini..
Tapi, semua itu mematangkan aku agar menjadi lebih kuat dan bersabar untuk menghadapinya..
Mengharungi rintangan dan dugaan..
Back to my topic ialah berkaitan dengan tajuk entry aku nie..
Perubahan DRASTIK Aku Semesta nie..
Apa yang berubahnya???


Ok2, aku hanya nak share dengan korang akan perubahan aku dalam menghadapi peperiksaan semesta nie dengan semesta lepas..
Memang perubahan drastik yang telah aku buat..
Ini mungkin keazaman aku nak berjaya seperti orang-orang lain juga..
Aku ambil contoh paling dekat, aku juga mahu seperti kawan-kawan aku juga..
Ada yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang cemerlang dari segi pointer dan ANUGERAH DEKAN..
So, dalam hati aku berkata tak mustahil aku boleh cemerlang seperti mereka jika aku mahukannya dengan berusaha bersungguh-sungguh..
Teringat lagi kata-kata pengetua aku masa sekolah dulu..
" Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah "
Pilihan itu terletak di tangan kita sendiri mahu berubah atau tidak..
Lagi pun aku tak mahu menghampakan kedua-dua ibu bapaku yang banyak berjaya kepada aku..
Dengan kejayaan inilah aku mampu membalas jasa-jasa mereka..
Lagi pun aku nak sulung, mestilah aku menjadi abang yang role model kepada adik aku..
Kesedaran inilah membuatkan aku terdetik untuk menjadi insan yang berjaya seperti sahabat-sahabat aku..
Kata-kata azimat pengetua aku lagi..
" Bukan kita melihat orang lain berjaya tapi biar orang lain melihat kita berjaya "
" Kalau ada 1000 orang yang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 100 orang terbaik,aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 10 orang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya dan kalau ada 1 orang terbaik akulah orangnya "
Bila aku terfikir balik kata-kata tersebut telah menjadikan satu aspirasi untuk aku mencapai kejayaan..
Sebelum ini aku terbuai dengan kejayaan yang lalu tanpa memikirkan untuk mencipta sejarah baru..
Kata-kata pegetua aku yang nie aku mencabar diri aku untuk melakukan perubahan drastik ini..
" Leka dan dibuai dengan kejayaan lalu tak bermakna kejayaan baru akan tercipta "
" Kejayaan dicipta oleh pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa "
Ada ke kejayaan yang dimiliki oleh insan-insan seperti Nik Nur Madihah amnya tanpa berusaha..
Tak bukan, kejayaan mereka kerana semangat, keazaman dan usaha mereka..
Tak mustahil mereka boleh berjaya dan tak mustahil juga aku boleh berjaya jika aku berusaha..
Lagi pun sembelum nie aku kurang motivasi macam mana nak jadi insan yang berjaya..
Lihat sajalah keluarga aku, mereka berjaya sebagai pensyarah dan cikgu kerana usaha mereka..
" Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang  melayang "
Keazaman aku mula berubah drastik ketika aku balik kampung hari tue..
Emak aku pesan kat aku belajar bersungguh-sungguh..
Di samping bapa saudaraku yang mendapat manfaat apabila dia mendapat pointer tinggi dan berjaya dengan cemerlang..
Kesan motivasi inilah aku mahu bangkit, yang aku boleh berjaya juga seperti mereka..
InsyaAllah aku akan buktikan..
Antara perubahan DRASTIK aku ketika menghadapi peperiksaan semesta ini..
Banyak baca buku motivasi dan rahsia-rahsia pelajar yang telah berjaya..
Set my mind aku boleh membuat dengan terbaik..
Banyak masa untuk study banyak berubah daripada semesta lepas..
Buat kerangka dan formula untuk memahami subjek yang aku ambil..
Masa exam yang aku ubah secara drastik pergi ke Dewan Peperiksaan awal sejam..
Sebelum ini dekat nak mula exam baru pergi, cam exam pukul 9.00pagi, pukul 8.00 pagi aku dah pergi..
Sebab kalau pergi awal kita boleh refesh balik tajuk-tajuk dengan tenang tanpa terburu-buru..
Nie antara resepi kejayaan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar yang cemerlang..
Yang paling penting setiap kali nak exam aku selalu call ibu bapa aku terutamanya ibu aku supaya mendoakan anaknya sipaya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat restunya..
Dan tak lupa selalu buat Solat Hajat selepas solat wajib dan ketika tengah malam selepas bangun tidur sekejap serta banyakan berdoa kepada Allah moga dipermudahkan urusanku..
Itu sahaja yang sempat aku kongsikan untuk korang semua..
Semoga perubahan DRASTIK ini membawa aku kejayaan seperti insan-insan lain juga..
" Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan aku sendiri..
" Kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha bersungguh-sungguh "
Thanks sudi baca..
Moga bermanfaat..
Sekadar perkongsian..
^____^

PILIHAN terletak di tangan anda!!!

AYIE PUTRA berkata-kata: Aku BANGKIT demi harapku dan harapanmu..


Wordless#Friday: Macam-macam Ada



AYIE PUTRA berkata-kata: Nak cari jugakla satu, berkenan..