Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 20 Januari 2012

Perubahan DRASTIK Aku

Assalamulaikum..
Baru hari aku berkesempatan nak update my blog..
3 minggu nie busy dengan final exam..
Alhamdulillah, semalam exam aku telah tamat..
Rasa happy sangat sebab bebas daripada tekanan dan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan..
Kenangan manis dan pahit yang aku alami sepanjang aku berada di semesta 5 ini..
Tapi, semua itu mematangkan aku agar menjadi lebih kuat dan bersabar untuk menghadapinya..
Mengharungi rintangan dan dugaan..
Back to my topic ialah berkaitan dengan tajuk entry aku nie..
Perubahan DRASTIK Aku Semesta nie..
Apa yang berubahnya???


Ok2, aku hanya nak share dengan korang akan perubahan aku dalam menghadapi peperiksaan semesta nie dengan semesta lepas..
Memang perubahan drastik yang telah aku buat..
Ini mungkin keazaman aku nak berjaya seperti orang-orang lain juga..
Aku ambil contoh paling dekat, aku juga mahu seperti kawan-kawan aku juga..
Ada yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang cemerlang dari segi pointer dan ANUGERAH DEKAN..
So, dalam hati aku berkata tak mustahil aku boleh cemerlang seperti mereka jika aku mahukannya dengan berusaha bersungguh-sungguh..
Teringat lagi kata-kata pengetua aku masa sekolah dulu..
" Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah "
Pilihan itu terletak di tangan kita sendiri mahu berubah atau tidak..
Lagi pun aku tak mahu menghampakan kedua-dua ibu bapaku yang banyak berjaya kepada aku..
Dengan kejayaan inilah aku mampu membalas jasa-jasa mereka..
Lagi pun aku nak sulung, mestilah aku menjadi abang yang role model kepada adik aku..
Kesedaran inilah membuatkan aku terdetik untuk menjadi insan yang berjaya seperti sahabat-sahabat aku..
Kata-kata azimat pengetua aku lagi..
" Bukan kita melihat orang lain berjaya tapi biar orang lain melihat kita berjaya "
" Kalau ada 1000 orang yang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 100 orang terbaik,aku adalah salah seorang daripadanya, kalau ada 10 orang terbaik, aku adalah salah seorang daripadanya dan kalau ada 1 orang terbaik akulah orangnya "
Bila aku terfikir balik kata-kata tersebut telah menjadikan satu aspirasi untuk aku mencapai kejayaan..
Sebelum ini aku terbuai dengan kejayaan yang lalu tanpa memikirkan untuk mencipta sejarah baru..
Kata-kata pegetua aku yang nie aku mencabar diri aku untuk melakukan perubahan drastik ini..
" Leka dan dibuai dengan kejayaan lalu tak bermakna kejayaan baru akan tercipta "
" Kejayaan dicipta oleh pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa "
Ada ke kejayaan yang dimiliki oleh insan-insan seperti Nik Nur Madihah amnya tanpa berusaha..
Tak bukan, kejayaan mereka kerana semangat, keazaman dan usaha mereka..
Tak mustahil mereka boleh berjaya dan tak mustahil juga aku boleh berjaya jika aku berusaha..
Lagi pun sembelum nie aku kurang motivasi macam mana nak jadi insan yang berjaya..
Lihat sajalah keluarga aku, mereka berjaya sebagai pensyarah dan cikgu kerana usaha mereka..
" Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang  melayang "
Keazaman aku mula berubah drastik ketika aku balik kampung hari tue..
Emak aku pesan kat aku belajar bersungguh-sungguh..
Di samping bapa saudaraku yang mendapat manfaat apabila dia mendapat pointer tinggi dan berjaya dengan cemerlang..
Kesan motivasi inilah aku mahu bangkit, yang aku boleh berjaya juga seperti mereka..
InsyaAllah aku akan buktikan..
Antara perubahan DRASTIK aku ketika menghadapi peperiksaan semesta ini..
Banyak baca buku motivasi dan rahsia-rahsia pelajar yang telah berjaya..
Set my mind aku boleh membuat dengan terbaik..
Banyak masa untuk study banyak berubah daripada semesta lepas..
Buat kerangka dan formula untuk memahami subjek yang aku ambil..
Masa exam yang aku ubah secara drastik pergi ke Dewan Peperiksaan awal sejam..
Sebelum ini dekat nak mula exam baru pergi, cam exam pukul 9.00pagi, pukul 8.00 pagi aku dah pergi..
Sebab kalau pergi awal kita boleh refesh balik tajuk-tajuk dengan tenang tanpa terburu-buru..
Nie antara resepi kejayaan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar yang cemerlang..
Yang paling penting setiap kali nak exam aku selalu call ibu bapa aku terutamanya ibu aku supaya mendoakan anaknya sipaya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat restunya..
Dan tak lupa selalu buat Solat Hajat selepas solat wajib dan ketika tengah malam selepas bangun tidur sekejap serta banyakan berdoa kepada Allah moga dipermudahkan urusanku..
Itu sahaja yang sempat aku kongsikan untuk korang semua..
Semoga perubahan DRASTIK ini membawa aku kejayaan seperti insan-insan lain juga..
" Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah kelemahan aku sendiri..
" Kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha bersungguh-sungguh "
Thanks sudi baca..
Moga bermanfaat..
Sekadar perkongsian..
^____^

PILIHAN terletak di tangan anda!!!

AYIE PUTRA berkata-kata: Aku BANGKIT demi harapku dan harapanmu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan