Pengikut Blog Ayie

Sabtu, 23 April 2011

Andai Dapat Ku Undurkan..

Jasamu Cikgu-STPM

Salam..Entry kali nie Ayie nk share kenangan bersama2 cikgu Tingkatan Enam di Smkce 2007/2008..



Banyak kenangan manis berselit suka duka selama 2 tahun Ayie melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam..

Kini, sudah menjangkau 2 tahun lebih Ayie meninggalkan kenangan lalu di Tingkatan Enam..

Rindu kat cikgu2 Ayie..

Mereka banyak berjasa pada Ayie dan rakan-rakan seperjuangan berjaya hingga ke peringkat universiti..

Banyak ilmu-ilmu dicurahkan tanpa mengenal erti penat lelah mengajar kami..

Kini, Ayie berasa bangga kerana jasa-jasa cikgu2 dulu Ayie sekarang berjaya dan tinggal setahun lg untukku mendapatkan ijazah..

Ok,serba sedikit tentang kenangan Ayie bersama cikgu2 yg power blako..

Ayie masa tingkatan Enam ambek aliran ekonomi tp xminat pun ekonomi..

Ayie lebih minat pada Geografi..

Alhamdulillah, sampai kini Ayie masih meneruskan pengajian dalam bidang Geografi..

Class Ayie masa tingkatan enam 6 ATAS 1 yang hanya ada 2 putra dan 20 lebih putri..

Sapa lag putra 2 kalau bukan Ayie dan sorang lagi kawan Ayie, Shah namanya..

Guru class Ayie masa 2 Cikgu Rosmani..

Ramai suke kat cikgu nie yg peramah, suka buat lawak dan macam2 lg..

Memang happening satu class bila cikgu Ros mengajar..

Beliau mengajar Ayie dlm bidang Sejarah Malaysia..

Dalam class xsah kalau xgelak coz cikgu nie suke buat lawak jenaka..

Samapai kawan-kawan dan Ayie sendiri menjadi bahan jenaka cikgu..

Al-maklumla cikgu sejarah..

Xnak bagi studentnya mengantuk..JJJ

Cikgu nie juga kuat bagi motivasi suruh belajar bersungguh2..

Org Kelantan sebut “ Mengepek biar buih mulut-mulut nok suruh anok murid berjayo sumo ”

Sampai sekarang masih teringat kata-kata cikgu itu..

Cikgu sejarah sorang lagi namanya cikgu Sanusi..

Beliau mengajar dalam Sejarah Tamadun..

Nampak gimik muka macam serius..

Tp beliau ok dan sporting..

Dalam class sambil mengajar cikgu nie suka buat joke..

Sampai kitaorang kecut perut asyik duk tergelakan jenaka 2..

Cikgu Bahasa Melayu Ayie yang mengajar BM 1 yg ada fonologi,sintaksis,semantik dan sewaktu dgnnya..hehe

Cikgu nie pun memang sporting..

Berbagai2 cara cikgu mengajar kami coz faham2 jew la nk ingat BM 1 susah sikit..

Lebih2 lagi bab fonologi..

Hurmm..Macam2 bunyi kuar dan nk hafal bunyi-bunyi yg dihasilkan oleh mulut..

Walaupun susah bab nie, teknik yg diajarkan oleh cikgu Noor Aini ini amat kami banggakan..

Terima kasih cikgu yg xjemu2 ajar kami..JJJ

BM 2 yang meliputi kesalahan bahasa dan karangan..

Cikgu yg mengajar Ayie siapa lg kalau bukan cikgu yg digeruni oleh studentnya..

Cikgu Asmawati, beliau garang tapi beliau baik..

Masih ingat lagi, masa cikgu nie semua student class Ayie senyap dan sunyi..

Faham-fahamla yer kenapa..hehe

Cara pengajaran cikgu nie juga berkesan..

Contohnya, masa Ayie belajar dulu setiap minggu ada homework karangan,kalau cuti jew karangan mesti double..

Kena cari artikel lg..

Tp cara nie mmg berkesan sehinggalah ramai yg berjaya dlm peperiksaan STPM dgn cemerlang..

1 lagi bila exam macam pertengahan tahun kalau xlulus kena rotan..

Sebab penangan rotan 2 jugaklah ramai yang lulus dgn jaya dlm STPM dan berjaya ke universiti..JJJ

Paling Ayie x minat matapelajaran masa tingkatan Enam adalah Ekonomi..

Xtaula kenapa, masa f5 minat pulak..

Ekonomi 1 atau Mikroekonomi diajar oleh cikgu Mazlan..

Perlbagai latihan diberikan dlm class..

Paling Ayie minat masa cikgu nie mengajar bab yg ada keluk-keluk..

Tp kalau bab pengiraan, hurmm sabo jew la..

Suka buat lawak jenaka jugak dlm class sampai xkering gusi asyik gelak..

Cikgu Ekonomi 2 atau Makroekonomi diajar oleh cikgu Najib..

Makro paling Ayie xminat coz dia meliputi aspek yg luas..

Tp alhamdulillah bila exam STPM Ayie lulus jugak..JJJ

Cikgu MUET Ayie masa 2 cikgu chan dan cikgu Wan Latifah..

Best dpt belajar dengan cikgu2 nie..

Bagi matapelajaran yang Ayie paling minat xsalah lagi kalau bukan Geografi..

Cikgu Azah org yg penting dlm pengurusan tingkatan Enam dan PERTINA di samping cikgu-cikgu yg laen..

Cikgu nie mengajar Ayie dalam Geografi Manusia..

Suka sangat pengajaran cikgu nie..

Macam universiti dah coz ada pembentangan n buat nota jawapan exam mengalahkan tesis..

Alhamdulillah berkat cikgu mengajar Ayie, STPM bagi matapejaran cikgu Ayie lulus dgn cemerlang..JJJ

Cikgu mok panggilan manja oleh students..

Cikgu mok atau cikgu Wan Siti Aminah mengajar dalam Geografi Fizikal..

Best sgt belajar dgn cikgu mok..

Banyak ilmu-ilmu berguna yg Ayie dapat..

Selalu buat lawak jenaka..

Tp xtau la masa 2 ramai yg kata Ayie nie anak murid kesayangan cikgu nie..

Xtau la,no komen..hehehe

May be muka Ayie ada iras-iras AZ (Anuar Zain)..poyo giler diriku ini,haha

Xtipu, tp ini luahan sendiri yg dikuarkan dari mulut cikgu mok ini..

May be juga cikgu nie peminat AZ kot..heheJJJ

Pengajian Am, subjek yang paling penting..

Xlulus student kena repeat blk..serammm

PA 1 (Kenegaraan) diajar oleh cikgu Mat Rani..

Beliau suke jgk buat joke..

PA 2  pula diajar oleh cikgu Adnan..

Seorang yang baik juga..

Rindu semua cikgu2 masa tingkatan Enam..

Betapa ku rasakan betapa pentingnya dan jasa-jasa cikgu kpd anak didiknya berjaya..

Terima kasih cikgu..

Jasamu tetap akan ku kenang sampai bila2:)

JJJJJJJJJJJJ

2 ulasan:

  1. Salam. Memang kenangan di sekolah itu yang paling terindah bersama teman dan guru-guru tercinta. Tanpa ilmu yang mereka curahkan siapalah kita ini. Sampai boleh menjejakan kaki ke Universiti

    BalasPadam
  2. Betul 2..Tanpa mengenal erti penat n lelah guru mencurahkan ilmu dgn harapan anak muridnya berjaya..Tanpa jasamu cikgu, siapalah aku di universiti ini..

    BalasPadam