Pengikut Blog Ayie

Isnin, 6 Februari 2012

Movie Terbaru:Hantu Dalam Botol Kicap

Assalamualaikum. Movie pilihan aku hari ini ialah Hantu Dalam Botol Kicap. Sebelum nie korang dah tengok kan filem hantu genre seram iaitu Sumpahan Kum Kum. Hantu Dalam Botol Kicap nie bagi aku sangat unik kerana tajuknya pun buat aku nak tergelak. Macam pelik erk? Tapi filem ini benar-benar kerana ia merupakan filem bergenre komedi dan seram. Mesti gelak sakan bila tengok nanti. Antara barisan pelakon filem ini antaranya ialah Angah Raja Lawak  sebagai Hantu Botol Kicap, Mon Ryanti (Rina), Zalif Sidek (Epul), Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre (Azri) Maimon Mutalib (Nenek Temah), Wawa Zainal (Puteri), Ruzaidi Abdul Rahman (Hussin) dan Zila Bakarin (Aminah). Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Februari 2012.

SINOPSIS
Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.



AYIE PUTRA berkata-kata: Gelak tengok filem Suatu Malam Kubur Berasap..haha

2 ulasan:

  1. hahahaha tau xpe...lwk die mnjdi gak la...tp suatu mlm kubur brasap 2 xbez sgt

    BalasPadam
  2. Ye ke??Blh tgkla..lawak suam2 kuku je..Time boring blh la tgk..

    BalasPadam