Pengikut Blog Ayie

Isnin, 26 Disember 2011

Ronda-ronda di Pesta Pulau Pinang

Assalamulaikum.. Selamat pagi. Boring tak tahu nak buat apa jadi aku update blog nie. Nak pergi kuliah pun dah habis untuk semesta nie. Minggu study week di habiskan untuk study (study ke??)..huhu. Banyak masa lagi nak study, sekarang kita enjoy dulu.



Entry kali nak share mengenai Pesta Penang yang aku pergi beberapa hari lalu. Bagi aku, memang best sebab kat sini bolehla aku hilangkan tension setelah stress with my assignments. Berminggu-minggu asyik mengadap laptop sampai rasa boring nak buat assignment. Nak buat macam mana aku sebagai pelajar kena sabar kerana bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian.



Aku pergi pesta nie dengan member aku Syukri sambil pergi beli tiket di Terminal Bas Sungai Nibong. Alang-alang datang sini kami pun pergi pesta nie. Tiket masuk RM3. Ronda-ronda sekeliling kawasan pesta memang seronok tengok orang berpusu-pusu ke hulu ke hilir. Memang ramai orang kat sini sampai aku pun pening. Pusing-pusing singgah kat satu tempat yang menarik perhatian aku. Memang aku suka tempat tue. Korang mesti tahu tempat tue macam kat taman I-City yang ada lampu-lampu perhiasan tue. Kat sini hanya mini jew kawasan lampu-lampu tue. Apa lagi kami bergambarla, maklumla hobi aku suka bergambar..haha



Lepas bergambar kat taman lampu-lampu tue kami pergi berjalan di sekitar permainan yang ada di situ. Memang banyak kalau korang nak maik, hanya bawa duit dan keberanian jew. Bagi aku ada permainan yang best dan yang paling aku dah xtak mahu naik dah cam Vortex. Serik aku naik permainan nie, rasa macam nak tercabut saja jantungku. Ingat kali ini nak naik Wheel (Roda Pusing) tapi tak ada rezeki kami kerana ramai sangat orang sehingga kena beratur panjang. Apa lagi tak jadi kami naik benda nie. Dalam hati aku, oh selamat duit aku..huhu



Pusing-pusing sekitar situ, member aku nie lapar la plk. So, kami try la makan nasi padang kat area situ. Nasi tue memang sedap sebab pedas sampai berair mata dan hidung..huhu. Yang paling aku rasa pedas bila nak bayar kerana kena cash RM10 seorang. Aduh!!! Cekit darah betul kedai nie, lain kali dah tak mahu makan dah.


Sebelum balik, kami pergi kat area jualan. Tengok semua barang yang dijuah semua nak beli. Dugaan betol. Semasa pusing-pusing ada sedikitla aku shopping. Mula-mula hanya nak ronda-ronda saja. Tepat pukul 12.00 pagi baru balik. Walaupun kehabisan duit tapi kami enjoy. Terlupa pulak bas Rapid ada sampai pukul 11.00 malam saja tapi kami balik berjalan kaki dari tapak pesta ke hostel. Nak naik teksi mahal sngat diaorang chash. Setakat tue sahaja entry aku kali nie. Thanks sudi baca..

AYIE PUTRA berkata-kata: Teringin nak pergi lagi..

2 ulasan: