Pengikut Blog Ayie

Isnin, 12 Disember 2011

Sampling Lagi

Alhamdulillah, semalam aku dan my gangs telah berjaya menjalankan sampling di Kedah buat kali ke-6. Best sangat sampling hari kerana cuacanya agak redup berbanding sebelum nie yang agak panas. Mula bertolak pukul 8.00pagi selepas sarapan. Sampai ke destinasi kajian, macam biasalah aku dan my gangs buat water quality dengan pengambilan sampel air dan analisis air tersebut dari segi kandungan garam, kekerohan dan banyak lagi.

Sampling hari ini dapat disiapkan dengan mengambil sampel air dan analisis air bagi 16 buah kawasan dari Sungai Bongkok sampailah ke Sungai Petani. Habis kajian ini pensyarah kami hendak berjumpa sahabat lamanya di Sungai Petani. So, kitaorang pun ikutlah sekali menziarahi rumahnya. Paling best sekali bila pergi umah tue. Nak tahu kenapa?? Paling best sebab dapat makan Laksa Kedah dan Laksa Buyung. First time aku makan, sedap giler rasanya. Dahla makan tengahari makan gulai batang pisang, sedapla pulak. Di rumah kawan pensyarajh aku jugak kami makan pisang goreng cicah manisan nira nipah. Memang kenyang sakan aku dan geng aku. Alhamdulillah..


AYIE PUTRA berkata-kata: Rasa nak makan lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan