Pengikut Blog Ayie

Selasa, 6 Disember 2011

Selamat Hari Asyura


Assalamualaikum.. Hari ini, 10 Muharram adalah Hari Asyura.. Aku ucapkan selamat berpuasa sunat kepada semua umat Islam yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Tahukah korang dengan 10 Muharram iaitu Hari Asyura yang terdapat peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam, antaranya:

*  Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

*  Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

*  Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

*  Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

*  Allah menjadikan Siti Hawa.

*  Allah menjadikan Syurga.

*  Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

*  Taubat Nabi Adam diterima Allah.

*  Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

*  Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

*  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

*  Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

*  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

*  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

*  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

*  Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

*  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

*  Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.





AYIE PUTRA berkata-kata: Selamat Hari Asyura buat semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan