Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 30 September 2011

LIBAS

Movie pilihanku ialah LIBAS..
Dah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 29 September 2011..


Antara para pelakon dalam movie nie Rosyam Nor sebagai Raja Libas, Scha sebagai Ratna, Johan Raja Lawak sebagai Hamadi, Beego sebagai Megat, Mohd Fadzly bin Kamarulzaman sebagai Kumok, Mohd. Razib sebagai Jurulatih Malaysia, Z.Zamrie sebagai Aek Mangkorn, Taiyuddin Bakar sebagai Sukchai, Adam Corrie sebagai Propchai, Yank Kassim sebagai Jurulatih Siam, Sabri Yunus sebagai Hj Hasbullah Awang, Sathiya sebagai Mamak, Johan Abdullah sebagai Mr. Wilson.

Berikut adalah sinopsis cerita LIBAS:


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya…

AYIE PUTRA berkata-kata: Suka tengok drama " Gelora di Hati Sara " arahan Rosham Nor..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan