Pengikut Blog Ayie

Khamis, 12 Januari 2012

Memori Semesta 5

Assalamulaikum.. Alhamdulillah, akhirnya aku dah nak habiskan semesta 5 nie. 2 paper lagi aku exam. Moga ia dipermudahkan. Amin. Sebenarnya, nbanyak memori suka duka & pahit manis semasa aku sem nie. Yang pahit & duka tue aku simpan jew dalam hati. Yang aku nak korang tahu sem nie kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Nak tahu kenangan apa???

Kenangan semasa aku ambil kursus Kajian Luar Geografi. Memang seronok bila mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa tersebut. Dalam kursus nie, semua pelajar kena buat kajian luar bergantung pada penyelia masing-masing & tajuk kajian berbeza-beza juga.

Semasa nak pilih penyelia masa tue membuatkan aku blur nak pilih siapa penyelia aku. Tak tahu nak pilih penyelia kajian berfokus kepada Geografi Manusia or Fizikal. So, kerana ikut sahabat aku, aku try isi untuk penyelia yang berfokus kajiannya pada pelancongan. Ramai la pulak yang isi borang itu. Lagi pun penyelia tue buat selected. Memang penyelia tue diminati untuk membuat kajian luar di bawah seliaan mungkin beliau yang baik dan mudah berbicara (mudoh baso ore klate kato).

Aku pun tak mengharap 100% aku akan dapat buat kajian luar dengan penyelia tersebut. Kalau ada rezeki dapatla, kalau tak reda jewla. Memang rezekiku tidak menjadi milik aku kerana aku tak dapat penyelia tue. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku dapat buat kajian luar nie di bawah seliaan Dr. Sue. Mula-mula memang tak beberapa tahu Dr. nie macam mana. Bila dah dapat kajian luar dengannya baru aku tahu beliau memang yang baik sangat. Aku bersyukur dengan ketentuan Allah walaupun pada permulaannya aku minta penyelia lain.

Semua ahli group aku seramai 9 orang. Aku rasa paling sedikit kot bilangan pelajar di bawah beliau jika dibandingkan dengan penyelia lain tak silap aku sampai ada 15 orang. Bagus gak, kalau sedikit, beliau boleh bagi tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya berbanding dengan ahli group yang ramai. Bertuah group kami yang dianggotai oleh Fahmi, Latip dan aku bagi laki. Memang sikit pun. Ahli perempuan pula Farah Hanan, Solehah, Aznie, Anum, Laila dan Isma.

Dengan kajian ini jugalah aku kenal erti permuafakatan antara ahli kami. Berkerjasama semasa mendapatkan responden, analisis data dan banyak lagi dilakukan bersama. Di samping, dorongan dan bantuan penyelia kami yang bersusah payah membantu & menjayakan sepanjang kajian ini dilakukan.Tanpa bantuan penyelia macam Dr. Sue, mungkin semua nie tak akan sempurna.

Penyelia kami ini memang baik sangat. Beruntung kami menjadi anak didiknya sepanjang kajian luar dilakukan. Sikap beliau yang selalu ambil berat tentang kami, turun padang semasa pergi sampling dan anlisis data. Susah nak dapat penyelia sebaik beliau. Yang paling best beliau selalu belanja kami. Tak caya tanyalah sahabat-sahabat aku tue. Makan nasi, air dan kuih beliau sponsor. Yang paling best dapat duit RM50 (Duit raya Haji)..hahaha. Sekarang, report kajian luar tue dah dihantar. Tak sabar nak tunggu keputusannya nanti (nervous+excited). Mudah-mudahan dapat result yang cemerlang. InsyaAllah. Aku nak tunjukkan beberapa gambar semasa pembentangan kajian luar hari tue.

Laila

Farah

Aznie

Anum

Reaksi Dr.Sue

Penerangan diberikan

Senyum jew Dr. Sue

Nervous

Isma

Latip

Fahmi

AYIE PUTRA berkata-kata: Semoga semuanya mendapat A..

2 ulasan: