Pengikut Blog Ayie

Jumaat, 20 Januari 2012

Movie Terbaru: Bujang Telajak The Movie

Assalamulaikum.. Dah tengok erk filem nie BUJANG TELAJAK?? Bagi aku dengar tajuk pun dah nampak lawaknya. Tue belum tengok pelakonnya lagi yg menjadi favorite aku. Siapa lagi kalau bukan Saiful Apek, Johan dan Nabil Rajak Lawak yang tak kering gusi aku asyik gelak dengan lawak mereka. Filem nie mula ditayangkan pada 19 Januari 2012. Bolehla tengok sebab aku dah habis exam. Filem komedi ini ialah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

SINOPSIS
Bujang Telajak merupakan mengisahkan tentang tiga orang rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis. Saiful, Nabil dan Johan merupakan tiga orang ahli silap mata professional. Ketika sedang membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan keayuan dan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura). Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa Puteri merupakan seorang guru tadika dan juga model sambilan.Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu, Saiful mula menyamar sebagai seorang yang buta untuk menambat hati Puteri. Menyedari bahawa Saiful mengetahui rahsia bagi memenangi hati Puteri, Nabil dan Johan pula menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu untuk memikat Puteri. Sepanjang tempoh penyamaran itu, mereka menggunakan pelbagai helah untuk meraih kasih Puteri termasuk cuba menggagalkan rancangan antara satu sama lain..



AYIE PUTRA berkata-kata: Mesti lawak kalau ada Johan..

1 ulasan: