Pengikut Blog Ayie

Ahad, 30 Oktober 2011

Kajian Luar: Hubungan Kejiranan Antara Penduduk Tempatan dan Pekerja Antarabangsa

Assalamualaikum guys. Entry aku hari nie mengenai paper Kajian Luar yang aku ambil semesta nie. So, kenalah buat sampling untuk mencari responden. Penyelia aku ialah Dr. Suriati yang banyak membantu aku dan kawan aku mencari responden serta dibantu oleh Cik Colin. Antara kawan aku yang group dengan aku ialah Fahami, Latif, Isma, Anum, Solehah, Farah dan Laila.

Hari pertama sampling memang penat, maklumlah first day sampling..huhu. Lokasinya pertama kitaorang kena cari responden untuk ditemu ramah dan pemerhatian di Kampung Batu Uban atau  Flat Desa Riang dan Kampung dan Flat Taman Lip Sin.

Di Kampung Batu Uban, sampling bermula dari 9.00 pagi sampai 2.00 petang. Aku Kumpulan 2 untuk kumpulan yang ditugaskan mencari responden di sekitar kawasan nie. Kumpulan aku ialah Solehah dan Laila. Sampai penat kitaorang naik turun flat mencari responden. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga.

Shoot dulu sebelum mendapatkan responden..

Pelbagai responden orang tempatan dan orang luar kami dapat. Banyak jugakla pengalaman yang kitaorang dapat sepanjang sampling mencari responden. Masa kami pergi tak berapa ramai sangat pekerja asing di sini kerana time tue mereka bekerja. Terpaksalah bersabar dan berusaha untuk mendapatkan responden, siap ketuk pintu dari bilik ke bilik. Hasilnya banyak juga respon positif dan negatif antara kedua-dua responden tempatan dan orang luar kami dapat semasa sampling tersebut. Ada responden yang baik hati, bagi kami singgah rumah mereka dan dilayan dengan baik dan bagi minum air. Ada juga responden yang tidak mahu ditemu ramah. May be sebab malu or ingat kami nie penjual kot..hahaha

Suka sangat rumah responden nie, nice!!! 

Lokasi kedua di Flat Taman Lip Sin bermula jam 2.50 hingga 6.30 petang. Di sini dikatakan ramai orang Cina, so susahla sikit nak cari responden bangsa lain dan orang luar. So, kenalah kumpulan kami naik turun flat cari responden. Ada responden di sini tidak mahu ditemu ramah. Mungkin persepsi mereka ingat kami nie penjual kot..huhu. Responden orang tempat di sini kurang faham kedatangan kami sebagai penyelidik hanya untuk mencari responden. Mereka tidak mahu bekerjasa apabila kami mahu menemu ramah mereka.

Masa temu ramah dilakukan..


Bergambar sebagai kenang-kenangan..

Sampling hari kedua bersambung lagi. Lokasinya di Flat Jalan Tengah bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan responden dari negara luar seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia dll. Ada yang sporting dan ada yang tak berapa ok sebab mereka takut. Maybe ingat kami nie polis or wartawan.haha. Macam-macam responden kami dapat. Yang paling kami rasa terguris hati dan telah menguji kesabaran kami apabila seorang responden yang tak sempat jadi responden kami. Sabo jew la, may be dugaan sebagai penyelidik akan rasa bila membuat sampling untuk mendapatkan responden. Nak tahu kena???Penduduk tempatan tue seorang pak cik, kurang baikla layan kami sebagai penyelidik, tak hormat langsung kami, kalau xnak jadi responden xnak bagitau kat kami. Pelbagai asalan diberikan dan beliau mempertikaikan soalan-soalan soal selidik itu. Kami just sabar dan terangkan tujuan kedatangan kami. So, apa lagi kami kata terima kasih jew la pak cik, kalau xnak kami cari orang lain lagi sebagai responden. Dalam hati " Kalau xnak cakapla xnak, xla membuang masa kami ". Sabar jew time tue, hanya aku, Solehah dan Laila jew tahu hal nie.



Fisrt sampai singgah kedai dulu..

Sebelum kajian dilakukan, breakfast dulu..

Lokasi kedua di Flat Relau di mana sampling mencari responden bermula pukul 2.00 hingga 6.30 petang. Menarik kawasan flat nie coz persekitar di sini macam kami berada di Medan, Indonesia. Banyak sangat pekerja Indonesia di sini sehingga tempat ini dipaanggil Mini Medan. Tengok sajalah kedai-kedai kebanyak dari warga luar seperti Kedai Bakso, Pecal Lele, Gerai-gerai dan banyak lagi kalau aku nak ceritakan..2 hari 3 malam pun xabes..haha.

Temu bual dilakukan..

Responden yang sporting dan belanja kami makan..

Di sekitar Flat Relau dari segi pemerhatian kami ramai sangat pekerja asing di mana ramai pekerja pergi dan balik kerja naik bas pekerja. Paling menojol warga Indonesia, Nepal dll. Paling best temu ramah warga luar kat situ memang sporting dan happening, layanan mereka memang baik. Alhamdulillah, kami dapat makan free lagi kerana mereka baik sangat.

Lokasi terakhir, hari ketiga lokasinya di Kampung Perlis dan sekitarnya  yang bermula dari jam 9.00 hingga 2.00 petang. Best jugak tempat nie coz kebanyakkan rumah di kawasan ini ada rumah kampung dan unsur-unsur kampung banyak lagi di sini walaupun di sekitarnya ada flat-flat yang tinggi. Paling best pergi tempat Air Terjun Bayan Lepas pergi photoshot sambil mencari responden..hehe. kira 2 dalam 1 la nie. Paling menarik masa kami pergi Flat kat situ, lupa plk namanya, ada satu bilik warga luar dengan jumlah penghuninya yang ramai. Memang seronok tengok gelagat mereka yang sporting coz masa kami pergi mereka tengah makan, siap panggil kami makan lagi.hehe. Memang baik warga Vietnam nie.Kami xmakan, non-halal.

Signboard air terjun Bayan Lepas..

Time for shoot..
Persekitaran di sekitar flat ini agak kotor coz di belakang flat tersebut banyak sampah-sarap dibuang begitu saja. So, harap lepas nie mereka membersihkan sampah-sarap yang dibuang di situ. Di sini ramai pekerja asing coz majikan meletakkan flat di sini untuk pekerja-pekerja mereka. Tak silap aku mereka nie pekerja kilang Thosiba kot. Yang sempat kami temu ramah warga luar di sini seperti orang Myanmar, Filipina dll. Suka sangat temu ramah mereka, sampaikan ada responden tue menjadikan kami tempat luahan berkaitan dengan pekerjaan mereka. Ada yang positif dan negatif. Rasa simpati jugakla pada mereka, kalau takde kajian macam nie sudah tentu kami tak tahu mengenai benda nie. Satu pengalaman yang menarik.

Salah seorang responden kami..

Seronoknya makan beramai-ramai..


 
Lokasi terakhir untuk kajian kami adalah di sekitar Bayan Lepas dan Komplek Bukit Jambul (BJ) pada pukul 2.00 hingga pukul 5.00 petang. Seronok sangat sambil buat pemerhatian sambil shopping..hehehe. Biasanya kawasan nie menjadi tumpuan warga asing untuk lepak, shopping dll. Biasanya warga Indonesia, Bangladesh dll. Ada juga yang bekerja di sini, contohnya di Mydin ada pekerja dari Bangladesh, India dll. Kedai-kedai biasa pun ada seperti kedai makan, pakaian dll ada yang menggunakan pekerja asing dari luar sebagai pelayan, tukang masak, pembantu jaga kedai dll. Yang pernah aku jumpa masa pemerhatian terdiri dari warga Indonesia. Kalau kumpulan lain tak tahu la mereka jumpa pekerja dari mana.

Antara kilang yang terdapat di sekitar kawasan kajian..

Pukul 5.00 petang kami mula bertolak balik USM di samping bershopping. Walaupun penat 3 hari pergi sampling tapi aku berasa seronok mempelajari ilmu secara tidak langsung daripada warga asing nie, contohnya belajar loghat negara mereka. Terima kasih kepada semua yang saling bekerjasama dalam menjayakan pencarian responden serta bantuan penyelia, Dr. Suriati dan Cik Colin. So, inilah pengalaman yang tidak akanku lupakan. Lepas kajian luas tue badan aku rasa macam nak deman, selesema dan batuk. May be kena hujan dan panas masa sampling tue tapi takpe yang penting seronok walaupun kepenatan.

AYIE PUTRA berkata-kata: Rasa terikut-ikut budaya mereka dari segi makanan..Sedap!!!(Slang Fahami)hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan