Pengikut Blog Ayie

Ahad, 30 Oktober 2011

Just to Say Sorry My Friend

Assalamualaikum. Entry kali nie aku rasa macam serba-salah untuk diceritakan. Sebelum tue aku minta maaf padamu. Kisahnya begini, ada dua tiga orang kawan aku dari universiti lain datang ke universiti tempat aku, dua tiga hari lalu. Aku memang tidak sempat hendak berjumpa dengan mereka kerana masa tue aku ada di makmal kerana aku perlu key in data untuk kajian luar aku. So, aku tidak ada kesempatan nak jumpa mereka selama aku berada di makmal selama 3 hari berturut-turut. Banyak masa aku habiskan di makmal. Kawan-kawan aku yang datang sini kerana ada program kat sini. Clash pulak dengan aku kena pergi makmal. Aku bukannya tak jumpa mereka, malah aku semangat nak jumpa mereka. Maklumlah kawan-kawan nie semua aku jarang berjumpa. Ingat masa macam nie bolehla aku jumpa mereka tapi masa nie jugakla aku busy. Aku rasa serba-salah la pulak kot2 mereka terasa hati coz aku tak jumpa mereka. Kita tak tahukan setiap orang mempunyai perasaan yang berbeza dan aku berharap mereka tak terasa hati. Aku betol-betol sibuk. Sekali lagi aku memohon maaf!!

AYIE PUTRA berkata-kata: Maafkanku teman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan